Monday, August 30, 2010

Bahagian 2

Alhamdulillah bertemu juga kita dengan ramadhan kali ini.. mudah mudahan ramadhan kali adalah sebuah batu loncatan untuk kita semua kea rah kehidupan yang lbih baik, optimis, lbih bertaqwa dan berkasih sayang… lakukanlah anjakan paradigma..( cewah cm datuk fazilah kamsah la plak hahha)


Mak cik??

Ok entry kali ini akan menyambung derap langkah kerjaya saya yang saya telah ceritakan dalam entry yang lepas.. berikutan tajuk entry yang agak mengundang kontroversi , saya hanya menamakan entry kali ini sebagai bahagian 2.. bukan untuk mencari publisiti murahan, saya bukannya kipas susah mati  fasha sandha yang ingin mengikut jejak langkahnya mengundang sensasi dan kontroversi ,saya hanya kipas susah mati (die-hard fan) syahir AF8 je.. hehe

Berikutan tajuk entry lepas.. sebenarnya pada permulaan kerjaya saya sebagai seorang KAK KANTIN, pelajar sekolah tersebut semuanya memanggil saya mak cik, padahal umur penulis baru belasan tahun, mana mungkin saya ingin dipanggil mak cik… pada mulanya saya biarkan saja.. munkin mereka terbiasa memanggil makcik kepada makcik2 kantin yang.. tapi entah kenapa, lama kelamaan ( x de la lama sgt, sehari dua lepas tu je),  aku merasa x best.. tanpa disedari ketika salah seorang plajar memintaku mengambil choki .. katanya “ mak cik , nak choki-choki satu”.. aku lip sync ayat nya.. “ huh mak cik???”..  aku merasakan sudah habis low aku punya volume ketika itu.. tetapi telinga pelajar itu dapat juga mengecam apa yang aku monologkan..  lalu dia pun berkata “ eh silap, kaaaaaaaaaaaaaakkk nak choki-choki”.. aku terasa seperti diejek- ejek dengan perkataan “kak”  itu.. ah biarkan.. buang current  sahaja jika aku melayan pelajar itu..Sebenarnya itu sahaja kisah mengenai panggilan mak cik…

Perangai pelajar harian biasa

Setelah diamati, memang kelakuan pelajar sekolah harian ini sukar diterima akal.. jika dibandingkan dengan perangai budak 2 sekolah aku dulu memang jauh panggang dari api..  boleh dikatakan pelajar yang paling brutal di sekolah aku, jika dimasukkan ke sekolah ini, mereka akan mejadi pelajar yang paling mulia disini.. fuh begitu hebat penangan plajar sekolah biasa… tatasusila dan adab sopan mereka tiada tolok bandingnya.. hamper sahaja aku bertukar menjadi dinosaur melihat telatah meraka yang terkinja-kinja dan tidak menghormati orang tua.. hanya iman didada mejadi pembenteng dari aku bertukar … jika budak tu melangkah seinchi dua lagi berdekatan dengan ku nescaya , akan aku blah dari situ( bukan takut nak belasah dia.. tapi badan dia besar dari aku woo, kecut perut aku)  cuba pembaca bayangkan.. salah seorang mak cik bertanyakan kepada serang pelajar ini tentang anak nya..  lalu plajar itu jawab dengan acuh x acuh je.. “ x tau…” ewah2 biadapnya budak ni.. mungki  pembaca tidak merasa apa yang saya rasa.. saya paling tidak tahan dengan mimic muka yang dibuat.. padahal anak makcik tersebut satu kelas dengan budak tuh dan mereka satu geng… pelbagai lagi kerenah mereka yang megundang rasa sakit hati dibenakku..  saya memohon maaf kerana entry kali ini agak berbau emosional , saya bukanlah ketua pelajar masa disekolah itu tetapi saya akui saya juga mempunyai jawatan di sekolah… saya sebagai AJK kebersihan 5 ikhlas tidak dpt menerima perkara ini... saya berasa bertanggungjawab terhadap masalah moral ini.. ianya tidak patut dipandang enteng..

Talipon bimbit

Buat pengetahuan rakan2.. saya masih tidak boleh digest lagi, sebab pelajar sekolah harian ingin membawa handset ke sekolah.. lain la cerita jika yang membawa handset adalah pelajar yang tinggal diasrama (nampak agak bias disini hehe).. mereka bawa nset kesekolah.. lpas waktu sekolah nset lagi, malam nnti nset lagi.. sms ape??x boring ke??  Mungkin juga saya telah terlalu tua ataupun kolot untuk membangkit-bangkitkan perkara ini.. bila kene rampas nset baru la menagis la.. hape la.. salahkan cikgu la.. satu jari tunjuk kat orang.. 4 lagi jari tunjuk kat diri sendiri.. jadi siapa yang salah?? Saya dh muak dengan semua sandiwara ni.. pastu kalo x mahu belajar.. ramai2 masuk dalam tandas.. ish bes sgt ke duduk dalam tandas.. ee..

Paling mengejutkan , hari kedua aku bertugas disekolah itu, aku dapat meihat sebuah drama sebabak.. Seorang plajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan dimarahi 2 cikgu disiplin..  aku tgk peajar perempaun tuh x kena banyak sgt pun.. pelajar lelaki tuh kena rotan beberapa das dan hampir ditumbuk oleh cikgu disiplin akibat perbuatan yang aku juga kurang pasti apa.

Kanak-kanak

budak ni lagi comel kalo in person..

Genap 2 minggu aku disekolah itu, tauke kantin meminta tolong aku bertugas pula dikantin sekolah rendah.. maka aku pun pergi kesekolah rendah.. aku ditugakan untuk mejaga RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan menjual air.. aku berasa sedikit aneh kerana selama ni aku melayan budak2 besar.. tetapi kali ini aku terpaksa berdepan dengan anak-anak kecil yang terlalu aktif dan x ketahuan.. pada mulanya aku pandang sebelah mata sahaja… “aahh keje ngan budak2 lagi senang.. x banyak songeh” monolog aku sendiri.. tetapi.. ternyata jangkaan aku meleset  110%.. aku rasa agak susah untuk mengendalikan anak kecil ni.. huhu…
Yang paling aku x boleh lupa apabila seorang budak ni.. nak beli air.. tapi x cukup duit.. aku bukan x bagi.. tapi nanti tauke marah aku.. jadi aku pun bertanya kepada budak tu.. “ada duit x lg?? x cukup ni” budak tu tiba-tiba menangis dan lari dr tempat tuh..  xsempat aku nak pangggil balik budak tuh.. aku rasa memang gila la.. sian pun ada… ish .. memang seriau aku.. huhu

**************

Kini aku tidak lagi bekerja, duduk dirumah dan kemas umah ja bila aku rasa sedikit rajin.. hobiku kini hanya berhibernasi..  rancangan televisyen yang ntah hape-hape kadang2 mengundang amarahku.. tambah2an cerita dongeng duyung.. x logic langsung.. sinetron2 juga telah menunjukkan ketidaklogikan yang nyata apabila episodnya semakin meleret.. sinetron Benci bilang cinta sebijik2 amik dari drama korea Princess Hour. Cuma macam biasa unsur2 yang x logic dimasukkan untuk memanjangkan lagi sinetron tersebut.. sinetron alisa pulak.. asyik bernasib malang sahaja.. ah mengarut!.. sinetron  cinta dan anugerah pulak memaparkan kebolehan asyraf Sinclair yang sudah fasih berbahasa Indonesia.. kini aku menonton sinetron Cinta Kirana pula.. aku ingin  lihat seberapa mengarutnya cerita itu akan jadi.. haha… Cuma yang boleh mengubat lara dihati ini adalah drama Thailand striving for the sun.. hahah..  aku suka tgk cerita org jahat nih.. memang dalam cerita x ada sorang yang baik pun,, semua jahat, tamak , haloba…
Setakat ini sahaja karutan aku untuk kali ini.. terima kasih kerana telah membuang masa disini untuk membaca semua idea dan pemikiran songsang saya.. huhu

Nota kaki

1. Cintai diri tu x salah, tapi janganlah ianya lebih dari cinta kita kepada Allah (Nur Kasih, 2010)
2. kita sudah pun masuk fasa terakhir dala  bulan Ramadhan.. maka dianjurkan lah kepada kita semua agar mengejar malam yang satu itu, yakni malam lailatulQadar( bukan lailatulQamdar!)
3. penulis sedang busy diumah membantu mak menyiapkan tempahan kuih raya...

3 comments:

~HuSnA ZuBiR~ said...

sma2 mgejar lailatul qadr ;)

btw, nk kuih qhaya!!!! :DD

p/s: comel lah budak tuhh

afifah said...

mai umah aku.. bley m kan kuih byk2..
hehe...

~HuSnA ZuBiR~ said...

hehe..bila eh..tringin gk..:D

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...