Wednesday, December 19, 2012

Amanah Vs Tong gas

Salam alaik...

Setelah sekian lama x update blog.. kini, buat julung2 kalinya dengan bergaya sekali aku menyusun dan meriba laptop lalu ku hayun jari jemari menaip! pkui 1 pagi baq ang ak tulis entry ni.. heheh

Amanah ke Tong gas?

Buat masa ni aku telah menghabiskan masaku utuk menjadi Bos Kecil di kedai makcik.. pelbagai mehnah juga la nak meniaga ni.. semua kena sort of.. dari kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai jamu, aktiviti mengaji al quran dan kedai jahit serta taylor cawangan baru.. dari segi duit, stok, staf, dan pelanggan..

Allah Allah ultuf bina.. Memang Allah nak tarbiyah sangat2 la.. Apalagi semua kejadian Allah yang susun.. kalo x fikir.. memang kita x tahu pun Allah nak test kita.. Allah Allah.. insiden2 seperti dimarahi customer dah jadi makanan ruji... perihal staf-staf.. kadang2 kita rasa kita x tahu nak tegur perangai staf kita yang lebih berusia.. tp sebenarnye kita pun kena banyak berdoa dan muhasabah diri bukannya asyik komplen dlm hati.. adakah kita dah buat yang terbaik selama kita berada diposisi pemegang amanah ni.. fuh.. berpeluh dahi.. uswah yang macam mana kita ni??

Jika diberi pilihan antara amanah dengan tong gas untuk dipikul selama sebulan.. nescaya relaku pilih tong gas berbanding amanah.. Dan hatta ke bilik air juga kan ku pikul tong gas itu!

Akhowat

Wah rasa dah lama sangat x jumpa dengan akhowat2 terchenta.. tp sebenarnya baru minggu lepas menjenguk mereka sebentar di Kahfi..

till then; seeru ala barakatillah =)



Sunday, October 21, 2012

Confrontation of conflicts!

In the name of Allah

Selesai menutup kedai jamu, ke kedai makan maka berlalu terus ke rumah. jam menunjukkan jam 10.30 malam.. sudah sebulan rasanya ak 'bercuti' dari meneruskan pelajaran..  benar ak rindu akan nottingham dan seisinya.. sesungguhnya Dia lah sebaik baik perancang, sebaik2 penentu rezeki.. bak kata pak cik HAMKA

"Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka)."
begitu besar harga sebuah keyakinan sehingga ianya menjadi sandaran kepada setiap apa yang berlaku.. thiqah binafsi, tawakkal ilallah!

Direhatkan

Sungguh, tidak pernah terlintas di fikiran bahawasanya aku akan direhatkan dipertengahan perjalanan study aku diuniversiti.. pahitnya hanya Allah sahaja yang tahu.. sudahlah direhatkan, dan pada mulanya ia nya menjadi agak konflik sedikit dengan ibubapaku lantas aku tidak berjaya meneruskan pelajaran ke tahun akhir.. logiknya, ibu bapa mana yang tidak risau dan terkilan sekiranya anak mereka tidak berjaya di tahun akhir.. ak tahu.. ak faham..  Alhamdulillah mereka menerima hakikat ini

hampir 2 minggu juga ak memerapkan diri, memujuk diri dan boleh dikatakan agak merajuk dengan Allah..kurang bijaknya aku apabila ak merajuk dengan tuhan yang lebih tahu apayang terbaik untukku, berulang ulang difikiranku.. dalil-dalil ini..


AND [thus it is:] We have not created heaven and earth and all that is between them without meaning and purpose, as is the surmise of those who are bent on denying the truth, but then, woe from the fire [of hell] unto all who are bent on denying the truth!  
As Sad : 27


Then did you think that We created you uselessly and that to Us you would not be returned? 
Al Mukminun: 115

memang sangat stress ketika itu.. dan sgt selalu mempersoalkan kenapa aku yang harus melalui ujian ini.. apalagi seorang akhowat yang sedang mendaki tangga hati adik2 usrah ..  sudah tentu menjadi uswah yang tidak baik.. dan menempangkan imej akhowat.. aseef jiddan akhowat sekalian

sayu dihati untuk mengkhabarkan berita kepada akhowat dan anak usrah..


message dari Aisha anal usrah

atas: msg ak 
bawah: message dari hana anak usrah

apakah kamu tidak ada perasaan sedih walau sekelumit apabila mendapat msg seperti ini...  insyaAllah akanku harungi semuaini dengan sabar , redho dan syukur.. moga Allah beri kekuatan..

Sinar

tidak ada bumi yang Allah biarkan makhluknya derita, tiada tempat yang Allah tidak tahu keberadaan makhluknya, tiada satuperkarapun yang dapat dilindungi dari pengetahuanNya



Dan pada sisi-Nya (sisi Allah) kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia (Allah), dan Dia (Allah) mengetahui apa yang di daratan dan yang di lautan. Dan tidak gugur sehelai daun melainkan dengan pengetahuan-Nya (pengetahuan Allah), dan tidaklah sebutir biji dalam kegelapan bumi, tidak yang basah dan tidak yang kering, melainkan ada dalam kitab yang nyata.  
(Al Anaam :59)

Sungguh Allah itu tahu semua tentang rasa makhluknya, semua gusar gundah hambanya, akan diubatiNya.

kini ak berada di Bandar Seri Putra untuk menguruskan kedai mak cikku.. sebelah malamnya pula mengajarkan al quran.. dan dihujung minggu membeli stok di Kuala Lumpur dan Nilai.. Alhamdulillah.. disamping itu turut belajar menjahit.. mungkin ini yang terbaik untukku pada waktu ini..

ya Allah, gantikanlah rezeki yang Kau tarik ini dengan rezeki yang lebih baik..

seeru ala barakatillah

p/s:
1. sudah berjaya memandu sebuah livina ke Nilai dan Jalan TAR Kuala Lumpur.. alhamdulillah
2. sudah berjaya juga menggunakan sebuah industrial sewing machine utk membuat baju sendiri.. tsumallhamdulillah





Thursday, July 5, 2012

Internship in Progress

Alhamdulillah tsummalhamdulillah.. berpagian nisfu syaaban sambil duduk tegak dan menghela udara dari aircond jenama ECE Technologies (promote company hehe) dapat la ak menulis entry ini buat julung julung kalinya di opis.. heheh..

Intern

Ianya tidak semudah mengungkapkan perkataan intern itu bahkan pelbagai perkara baru, kerenah baru, perangai baru persekitaran baru yang harus aku jebakkan diri kedalamnya.. Gile ke hape ari first ak datang intern aku dah cuak bagai.. ye la dorg makan buah belimbing sepingkan n segarfu.. terkezut beruk jugak aku.. hehe,, on top of that jumpe plak engineer yang muda sebagai supervisor , punyela x nak bagi tau name dia.. dibaginye ak name card die.. xpe la kalo x sudi nak g tau nama huhu but on the other hand, pengalaman intern memang best sgt sbb semua warga company sgt baik hati n humble! 


drive the forklift



Production di Klang

Seminggu ak kene bertugas di Klang.. masyaAllah.. kerja bersama abe2( dr Bangladesh n Nepal hehe.. keje ngan foreigner kot.. hehe

screwing (bukan screw up ek!hehe)

soldering

mse kat klang tu, mmg sgt panas dan sibuk.. lepas tiga hari je ak kerja.. ak collapse.. hah apa lg supervisor ak perli habis habisan la.. die ni bukan x baik.. baik.. tp ntah kadang2 org x paham sgt perangai die,, mungkin terlampau genius agaknye.. kadang2tu aku kene marah dengan tidak semena menanya.. x pe la.. mungkin Allah nak tarbiyah aku dengan cara ni.. memang kene byk sabar!

TAPI warga company yang lain sgt supportive and best terutama Kak Zana & Kak Nisa.. =)

dari kiri: Kak Nisa, Kak Zana dan Supervisor

p/s:
1. mudah2an pengalaman ini mentarbiyah diri dan menjadikan diri semakin matang, tiada yang kebetulan, semuanya telah disusun rapi oleh Allah
2. mudah2an sentiasa dalam jagaan dan peliharaanNya! =)

seeru ala barakatillah

Saturday, May 19, 2012

Jom Memancing Bersama Saya!

Usai solat isyak dan gosok gigi tadi tergerak pula untuk mengupdate blog (erk perlu ke bagitau gosok gigi?? heheh) walau sekarang ni sedang berfinale yakni final exam untuk tahun 2..  mahu juga menabur sedikit penulisan di blog hehe..

Joran Memancing

Dalam usaha2 mencandat sotong ni(DF) joran2nya juga harus la punya kuasa..kuasa memancing yang extravaganza.. yakni muayashahnya.. dan joran ni ngak mungkin bisa didapati dengan sekali pancing sahaja... bukan juga dari skill terpendam atau terendam.. ianya skill yang perlu disyura.. perlu dibincang dan diolah didiskusi bersama akhwat supaya buah fikirannya boleh bercambah kembang.. tapi perlu diingat juga.. joran ni (muayashah) perlulah tidak mengorbankan perkara lain.. sepertimana saya sering sahaja berhasrat untuk join kelab hoki universiti nottingham untuk menDF adik usrah tersayang.. lagipun pada pendapat saya, ianya mudah kerana saya pernah berkhidmat dalam pasukan hoki selama 6 tahun.. bermula ketika saya darjah 5 sehingalah lewat tingkatan 4 saya mewakili sekolah integrasi kubang pasu yang tercinta... (ceh macam tunjuk kuasa!) heheh...tapi pabila disyurakan bersama akhowat2 yang lain, mereka kurang bersetuju kerana berkemungkina besar mengggangu perjalanan schedule saya.. kerana kelas dan workshop mungkin sahaja habis pkul 6..berkemungkinan juga saya terlepas juga bermain  dipadang... mungkin sahaja joran itu tidak mengena dan masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.. aku sungguh cemburu melihatkan ukhuwah kakak usrah dan adik usrah yang lain.. aku juga mau!

Lalu wadah twitter dibuka, wah2.. sekarang saya sudah mengicau 83 kicauan(tweet).. ianya satu kemajuan! heheh .. terima kasih juga buat adik usrah tersayang yang sememangnya kamu tak akan membaca karyaku ini.hehe.. ak bersyukur kerana punya adik usrah seperti kamu, kamu dan kamu.. tidaklah aku melebihkan kamu antara satu sama lain kerana aku tahu.. kerana ukhuwah hanya lah akibat dari iman.. mudah2an kamu senantiasa berada dalam iman yang tinggi.. aku doakan.. ak juga tidaklah doakan agar kamu menjadi seperti aku.. bahkan lebih baik dari aku.. doakan aku juga! =)

Target Memancing

Bukanlah adik2 dilokaliti-lokaliti sendiri sahaja menjadi target2(rase cam jahat pula guna istilah target) sebaran cinta Allah itu (read:tarbiyah) .. bahkan, ahli keluarga serta rakan sejurusan bahkan ahli2 rumah serta kejiranan juga sepatutnya terbau juga haruman tarbiyah ini.. bukankah kita sebarkan tarbiyah ini dengan rasa cinta?.. bukankah kita diseru untuk menjadi si pejual minyak wangi agar harumannya tersebar merata agak harumannya di nikmati seluruh warga dunia bukan hanya kita sahaja yang merasainya?? .. kata pepatah bahasa inggeris sharing is caring..  aku juga sedang berusaha agar haruman ku ini tidak lokek dan ditutup dengan kehancingan jahiliyahku.. mudah2an Allah redho.. aku juga sedang berusaha menyebarkan haruman ini buat keluarga tercinta.. aku juga berusaha menyebarkannya kepda ahli rumah yang disayangi.. aku juga sedang berusaha menyebarkannya kepada rakan2 sekolah yang lama yakni sbpikp tercinta.. nggak mungkin aku meninggalkanmu rakan2ku.. nggak mungkin... ya aku sedang berusaha!


Goal 

bukankah goalnya adalah melaksanakan perintah 2:30 dan 51:56?? heheh.. yakni apabila terbinanya ustaziatul alam dan tiadanya penindasan.. kita mungkin tidak sedar pada hari ini ramai antara rakan2 kita menjadi hamba kepada laman2 sosial seperti twitter, facebook.. terlalu banyak update sehinggakan ianya sebenarnya bertukar menjadi pembuka keaiban diri sebenar.. tidak kurang juga yang menjadi hamba kepada cerita2 korea serta lagu2nya.. aku juga pernah mnjadi hamba permainan itu.. dan aku tidak mahu lagi.. juga sedang berusaha mengelakkannya..

Goal kecik

Buat akhowat2 yang lain, tahukah kamu bahawasanya goal University Nottingham Malaysia Campus adalah untuk menjadi University Notingham Islam Malaysia??.. itu lah goal kita.. kerana itu kita sangat mempercepatkan pelapis2 supaya adanya pelapis untuk menunaikan hak hak junior yang lain.. kita memerlukan tenaga.. kita target untuk mendapatkan 3% menjelang 2013 sepertimana ketika zaman Mekah dahulu.. hanya 3% sahaja yang berhijrah ke madinah berbanding dengan jumlah keseluruhan orang islam di Madinah selapas itu..yakni 300 org untuk berusrah di universiti nottingham islam malaysia.. mudah mudahan menjadi kenyataan.. dan dalam masa 8 tahun kita Malaysia akan mencapai daulah islamiyah..insyaAllah... tidak mahukah kita hidup dalam kebebasan yang nyata?? tidak mahukah kita punya pemimpin sehensem Muhammad Al-Fateh, tentera yang baik dan rakyat yang baik??

suka nak share kata2 penceramah bebas dari US ni..

The role of the muslim women when it comes to the Ummah, is like the role of the archers in the Battle of Uhud. They were not in the forefront. They were not in the thick of the action. But they had the most important position! They guarded the army. And if they moved, the whole army would be uncovered..and the whole army would be defeated. (you’re the silent heroes.)
- Shaykh Kamal El Makki 
bukankah ini motivation buat kita wanita?? heheh sweetkan! =))

Seeru ala barakatillah

p/s:
~InsyaAllah paper terakhir saya adalah pada 31 Mei.. berakhir pada 7 malam
~saya akan mula berintern di ECE Technologies di Taiping bermula 4 Jun selama 4 bulan insyaAllah
~mujur ada blog.. selain dengan Allah, boleh pot pet pot pet kat sini.. heheh
~Mohon Doanya! ;)

Wednesday, April 11, 2012

Rasaksa Gorgon Kuasa Dua

Rasaksa Gorgon

Genap 3 bulan saya tidak meluahkan kata2 di blog ini.. bg saya ianya satu tempoh yang agak lama semenjak saya menulis blog yang x seberapa ini.. bukanlah kesibukan yang melampau menjadi sebab saya x mengapdate blog.. tapi.. mungkin saya sendiri yang membutuhi masa untuk mengsettlekan segala luka2 yang secara  x sedar mengguris merobek hati ini. bukan luka sebab cinta atau kekecewaan dunia yag hanyalah sementara ini..ianya luka2 jahiliah yang secara tidak sedar pada mulanya menmpok dihati dan lama kelamaan merosakkan hati tu sendiri..xpe.. bak kata Pak Cik Ghazali (Imam Ghazali).. bley mintak hati yang baru dr Allah..
Kata Iman Ghazali:
"Carilah hatimu di 3 tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, mak a berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."
dan mungkin usaha mengsettlekan diri ni x akan pernah berhenti..


Analoginya.. kita bertujuan mahu pegi ke utara.. tetapi sampi satu tempat tu kita rasa cam nak patah balik selangkah saja.. kita sedar kita akan tujuan kita yang ingin ke utara tu.. tapi tanpa sedar sebenarnya langkah kita selangkah ke selatan itu sebenarnya menjauhkan kita dari utara itu sendiri.. jadi cam nak cakap.. mungkin kita bercadang untuk adapt ngan orang la.. tapi sebenarnya kita ni dah menjauh dari Allah.. dan sebenarnya perbuatan kita tadi tu x perlupun sebenarnya dalm perjalanan kita menuju Allah tu.. sepertimana Allah katakan dalam surah Al lail
" Dan ada pun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah). serta mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami akan MEMPERMUDAHKAN baginya jalan menuju KESUKARAN"
                                                                                                                            (92:8-10)
takut gila....

**Rasa cam nak nangis guling2 mase nak buang jahiliah yang melekat tu.. ini serius bukan gurauan.. 

*************

 Daie

Bebanan berat terasa dibahu.. apabila perkara yang diinginkan tidak membuahkan hasil.. perlu ada root cause analysis ni.. dan saya mengkonklusi kan mungkin ilmu2 tu terhijab kepada mad'u kerana dosa2 saya.. kerana dosa saya lalu.. mungkin juaga saya kurangnya mu'ayasyah, mungkin tidak cukup iklas doa saya dalam tahajud.. mungkin kerana culasnya saya bertahajud.. mungkin x khusuk saya dalam solat... mungkin kerana saya masih x settle semuanya dengan Allah...  astaghfirullah astaghfirulah.. jangan lah disebabkan dosa2ku, kelekaan ku Kau hijabkan mereka dari ilmu Mu ini..


 waaaaaaaa rasa cam nak nangis!!.  ='(..  sesungguhnya Allah dan Rasulullah serta nikmat Akhowat yang Allah kurniakan sahaja bersama saya.. Mohon doakan!!

Friday, January 6, 2012

MABIT

akhowat UNMC
tiada dalam gambar: Tiqah, Yaya, kak Nada, Yuhanes and Laila berserta usrah kak Nanad
 murabiyah : kak Im, kak Saida and kak Thira! =)

Sempena tahun baru yang lepas, kitorang beramai2 pergi ke pakej bermalam riang gembira (MABIT) atau pun akronimnya Malam Bina Amal dan Taqwa di Masjid Putra, Putra Jaya.


Masjid Putra

berserta akhowat2 dari university lain juga , kami menuju ke Taman Botani Putra Jaya yang indah pagi esoknya untuk explorace! =)

Tersentuh dengan kata kata kak Mumtaz:-

Akhowat ini adalah sebenarnya HADIAH dari Allah kepada akhowat yang lain. maka hargailah akhowat kita

seperti daurah yang lepas2, memang penyertaan akhowat UNMC sangat ramai.. berbanding dengan akhowat dari IPT yang lain.Alhamdulillah sangat...

Apabila ramai , maka keseronokan dalam daurah itu teramatlah seronok.. tanpa disedari mungkin niat ke daurah itu tertukar bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi untuk berriang gembira sahaja bersama rakan2 "seperjuangan" yang ramai..

x mustahil satu hari nanti kalau Allah nak uji kita dengan ukhuwwah atau bilangan akhowat yang kurang (nauzubillah) ....

Apakah kita still mahu pegi daurah sorang2.. berseorang sahaja jika niat kita tidak benar2 untuk mardhatillah dan tarbiyah?? muhasabah2..


Credit: Nur Amirah Roslan
p/s: bakal menduduki exam bermula 11 Januari 2012.
      doakan! =)

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...