Monday, August 30, 2010

Bahagian 2

Alhamdulillah bertemu juga kita dengan ramadhan kali ini.. mudah mudahan ramadhan kali adalah sebuah batu loncatan untuk kita semua kea rah kehidupan yang lbih baik, optimis, lbih bertaqwa dan berkasih sayang… lakukanlah anjakan paradigma..( cewah cm datuk fazilah kamsah la plak hahha)


Mak cik??

Ok entry kali ini akan menyambung derap langkah kerjaya saya yang saya telah ceritakan dalam entry yang lepas.. berikutan tajuk entry yang agak mengundang kontroversi , saya hanya menamakan entry kali ini sebagai bahagian 2.. bukan untuk mencari publisiti murahan, saya bukannya kipas susah mati  fasha sandha yang ingin mengikut jejak langkahnya mengundang sensasi dan kontroversi ,saya hanya kipas susah mati (die-hard fan) syahir AF8 je.. hehe

Berikutan tajuk entry lepas.. sebenarnya pada permulaan kerjaya saya sebagai seorang KAK KANTIN, pelajar sekolah tersebut semuanya memanggil saya mak cik, padahal umur penulis baru belasan tahun, mana mungkin saya ingin dipanggil mak cik… pada mulanya saya biarkan saja.. munkin mereka terbiasa memanggil makcik kepada makcik2 kantin yang.. tapi entah kenapa, lama kelamaan ( x de la lama sgt, sehari dua lepas tu je),  aku merasa x best.. tanpa disedari ketika salah seorang plajar memintaku mengambil choki .. katanya “ mak cik , nak choki-choki satu”.. aku lip sync ayat nya.. “ huh mak cik???”..  aku merasakan sudah habis low aku punya volume ketika itu.. tetapi telinga pelajar itu dapat juga mengecam apa yang aku monologkan..  lalu dia pun berkata “ eh silap, kaaaaaaaaaaaaaakkk nak choki-choki”.. aku terasa seperti diejek- ejek dengan perkataan “kak”  itu.. ah biarkan.. buang current  sahaja jika aku melayan pelajar itu..Sebenarnya itu sahaja kisah mengenai panggilan mak cik…

Perangai pelajar harian biasa

Setelah diamati, memang kelakuan pelajar sekolah harian ini sukar diterima akal.. jika dibandingkan dengan perangai budak 2 sekolah aku dulu memang jauh panggang dari api..  boleh dikatakan pelajar yang paling brutal di sekolah aku, jika dimasukkan ke sekolah ini, mereka akan mejadi pelajar yang paling mulia disini.. fuh begitu hebat penangan plajar sekolah biasa… tatasusila dan adab sopan mereka tiada tolok bandingnya.. hamper sahaja aku bertukar menjadi dinosaur melihat telatah meraka yang terkinja-kinja dan tidak menghormati orang tua.. hanya iman didada mejadi pembenteng dari aku bertukar … jika budak tu melangkah seinchi dua lagi berdekatan dengan ku nescaya , akan aku blah dari situ( bukan takut nak belasah dia.. tapi badan dia besar dari aku woo, kecut perut aku)  cuba pembaca bayangkan.. salah seorang mak cik bertanyakan kepada serang pelajar ini tentang anak nya..  lalu plajar itu jawab dengan acuh x acuh je.. “ x tau…” ewah2 biadapnya budak ni.. mungki  pembaca tidak merasa apa yang saya rasa.. saya paling tidak tahan dengan mimic muka yang dibuat.. padahal anak makcik tersebut satu kelas dengan budak tuh dan mereka satu geng… pelbagai lagi kerenah mereka yang megundang rasa sakit hati dibenakku..  saya memohon maaf kerana entry kali ini agak berbau emosional , saya bukanlah ketua pelajar masa disekolah itu tetapi saya akui saya juga mempunyai jawatan di sekolah… saya sebagai AJK kebersihan 5 ikhlas tidak dpt menerima perkara ini... saya berasa bertanggungjawab terhadap masalah moral ini.. ianya tidak patut dipandang enteng..

Talipon bimbit

Buat pengetahuan rakan2.. saya masih tidak boleh digest lagi, sebab pelajar sekolah harian ingin membawa handset ke sekolah.. lain la cerita jika yang membawa handset adalah pelajar yang tinggal diasrama (nampak agak bias disini hehe).. mereka bawa nset kesekolah.. lpas waktu sekolah nset lagi, malam nnti nset lagi.. sms ape??x boring ke??  Mungkin juga saya telah terlalu tua ataupun kolot untuk membangkit-bangkitkan perkara ini.. bila kene rampas nset baru la menagis la.. hape la.. salahkan cikgu la.. satu jari tunjuk kat orang.. 4 lagi jari tunjuk kat diri sendiri.. jadi siapa yang salah?? Saya dh muak dengan semua sandiwara ni.. pastu kalo x mahu belajar.. ramai2 masuk dalam tandas.. ish bes sgt ke duduk dalam tandas.. ee..

Paling mengejutkan , hari kedua aku bertugas disekolah itu, aku dapat meihat sebuah drama sebabak.. Seorang plajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan dimarahi 2 cikgu disiplin..  aku tgk peajar perempaun tuh x kena banyak sgt pun.. pelajar lelaki tuh kena rotan beberapa das dan hampir ditumbuk oleh cikgu disiplin akibat perbuatan yang aku juga kurang pasti apa.

Kanak-kanak

budak ni lagi comel kalo in person..

Genap 2 minggu aku disekolah itu, tauke kantin meminta tolong aku bertugas pula dikantin sekolah rendah.. maka aku pun pergi kesekolah rendah.. aku ditugakan untuk mejaga RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan menjual air.. aku berasa sedikit aneh kerana selama ni aku melayan budak2 besar.. tetapi kali ini aku terpaksa berdepan dengan anak-anak kecil yang terlalu aktif dan x ketahuan.. pada mulanya aku pandang sebelah mata sahaja… “aahh keje ngan budak2 lagi senang.. x banyak songeh” monolog aku sendiri.. tetapi.. ternyata jangkaan aku meleset  110%.. aku rasa agak susah untuk mengendalikan anak kecil ni.. huhu…
Yang paling aku x boleh lupa apabila seorang budak ni.. nak beli air.. tapi x cukup duit.. aku bukan x bagi.. tapi nanti tauke marah aku.. jadi aku pun bertanya kepada budak tu.. “ada duit x lg?? x cukup ni” budak tu tiba-tiba menangis dan lari dr tempat tuh..  xsempat aku nak pangggil balik budak tuh.. aku rasa memang gila la.. sian pun ada… ish .. memang seriau aku.. huhu

**************

Kini aku tidak lagi bekerja, duduk dirumah dan kemas umah ja bila aku rasa sedikit rajin.. hobiku kini hanya berhibernasi..  rancangan televisyen yang ntah hape-hape kadang2 mengundang amarahku.. tambah2an cerita dongeng duyung.. x logic langsung.. sinetron2 juga telah menunjukkan ketidaklogikan yang nyata apabila episodnya semakin meleret.. sinetron Benci bilang cinta sebijik2 amik dari drama korea Princess Hour. Cuma macam biasa unsur2 yang x logic dimasukkan untuk memanjangkan lagi sinetron tersebut.. sinetron alisa pulak.. asyik bernasib malang sahaja.. ah mengarut!.. sinetron  cinta dan anugerah pulak memaparkan kebolehan asyraf Sinclair yang sudah fasih berbahasa Indonesia.. kini aku menonton sinetron Cinta Kirana pula.. aku ingin  lihat seberapa mengarutnya cerita itu akan jadi.. haha… Cuma yang boleh mengubat lara dihati ini adalah drama Thailand striving for the sun.. hahah..  aku suka tgk cerita org jahat nih.. memang dalam cerita x ada sorang yang baik pun,, semua jahat, tamak , haloba…
Setakat ini sahaja karutan aku untuk kali ini.. terima kasih kerana telah membuang masa disini untuk membaca semua idea dan pemikiran songsang saya.. huhu

Nota kaki

1. Cintai diri tu x salah, tapi janganlah ianya lebih dari cinta kita kepada Allah (Nur Kasih, 2010)
2. kita sudah pun masuk fasa terakhir dala  bulan Ramadhan.. maka dianjurkan lah kepada kita semua agar mengejar malam yang satu itu, yakni malam lailatulQadar( bukan lailatulQamdar!)
3. penulis sedang busy diumah membantu mak menyiapkan tempahan kuih raya...

Sunday, August 1, 2010

Mak cik! Choki-choki satu!

Huhu panjang betul cti semester saya.. bayangkan la dari 1 hari bulan 6 sehinggga hampir hujung bulan September nanti adalah cuti semester saya.. mungkin ada antara rakan2 yang mencemburui saya kerana cti terlalu panjang.. tetapi ingin saya katakan disini.. cti sebenarnya hanya menjadi satu HEAVEN pada sebulan pertama sahaja.. jika cti sehingga 3 bulan++… mungkin HEAVEN juga akan bertukar mnjadi H**LMySpace … bukannya saya tidak betah duduk dirumah.. tetapi jika aktiviti seharian hanya diselubungi makan, tidur dan makan dan tdur.. mungkin saiz seekor kerengga juga boleh bertukar menjadi saiz seekor dinosaur.. begitu la juga yang terjadi kepada saya.. tetapi saiz saya bukanlah seekor kerengga.. saya lebih kepada saiz seekor kucing parsi yang gemuk.. kemudian duduk dirumah selama 3 bulan.. selepas 3 bulan rakan2 boleh melihat saiz saya persis seekor dinosaur yang jinak.. hahah

Aktiviti dirumah

Untuk pengetahuan rakan2.. sepanjang cuti semester saya ini.. saya telah menjadi seorang wanita bekerjaya… kerjaya saya ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi… ianya lebih dari rasa tanggungjawab melakukan kerja.. ia memerlukan keprihatinan ,pengorbanan dan ketahanan dari segi fizikal dan mental serta daya IQ yang tinggi.. bukan itu sahaja.. speed dan juga stamina juga diperlukan dalam mengendalikan kerjaya saya ini.. saya bekerja di KANTIN SEKOLAH sebagai KAK KANTIN…huhu

Mungkin rakan2 juga x pernah terpikir untuk kerja sebegitu.. semua ini adalah hasil cadangan ibu saya.. Jika rakan2 rasa geli hati.. sila gelak.. saya x kesah… sebab saya selalui juga diketawakan oleh saudara mara saya jika mereka bertanya apakah yang saya buat dirumah… contohnya dialog di bawah..

Mak cho: pipah, kamu buat ape kat rumah.. cuti semester ni?? Keje ke ape??
Saya: pipah keje mak cho…
Mak cho: kamu keje ape?? Cikgu ganti ke???
Saya: pipah keje kantin mak cho (aku pn rasa nak tegelak jugak)
Mak cho: hahahahahhahahahahaahhahah… kamu keje kantin?? Sape yang suruh kamu keje kantin??kat mane??
Saya: mak… keje kat sekolah mak heheh
Mak cho: hahahhahahahahahahahahah… (begema satu umah mak cik aku)

(p/s: semua dialog diatas dituturkan dalam loghat negeri PERAK)

Kenape mak saya mencadangkan saya kerja dikantin… katenye..
1.       1. Dapat makan free
2.       2. Tempat keje dekat ngan rumah
3.       3. X terdedah kepada geja sosial yang menular
4.       4. Hujung minggu cti
5.       5. Balik awal.. dalam pkul 2.30 ptg..
6.       6. Gaji yang berpatutan iaitu RM15 sehari.

Nak dijadikan cerita saya pun bersetuju dengan cadangan mak saya tu.. malas nak medolak dalik lagi.. esoknya saya mula keje… pada mulanya saya mengikut emak saya ke sekolahnya iaitu ke skolah SK King Edward I.. tetapi tauke menghatar saya ke sekolah lain kerana tauke tu kata sekolah lagi satu tu x ckup pekerja.. jadi saya pun bekerja di sekolah SMK Pengkalan Aur…  

Memang best bekerja disekolah itu. Walaupun pekerja2nya semuanya makcik2.. saya seorang sahaja budak muda.. tapi mak cik2 tu x penah buli saya… mereka sgt ramah .. huhu..lwak pun ada.. hahah… tugas saya bbuh nasi ,jaga kuih, buat air, jual air.. tolong basuh pinggan ,sapu lantai, mop lantai dan kadang2 mengupas bawang… dan pelbagai lagi la..

Dalam banyak2 masa.. masa yang paling mendebarkan adalah ketika budak2 keluar rehat.. keadaan akan jadi super kelam kabut… sebab budak2 ramai sgt.. dah tu besar2 dr saya pulak tuh.. maklumla budak2 sekolah menengah… utuk pengetahuan rakan2 sekolah ni ade 3 sesi rehat.. yang pertama adalah utuk kanak2 oku, menengah rendah dan menengah atas… sesi rehat yang paling seronok adalah rehat OKU..

OKU rehat..

Saya sangat tertarik dengan mereka..  memang dorang ni macam2 perangai ada.. ada yang hyperactive.. ada yang slow learner ada jugak yang kadang2 kita tgk dia sebenarnye elok je.. tp dikategorikan sebagai oku..  paling kesian saya tgk ada 3 beradik.. kesemuanya oku…nasib baiklah salah seorang antara 3 beradik tu pandai mengira.. makan makannan yang diambil oleh adiknya dibayar oleh salah seorang dr adik beradik tersebut…  setiap kali rehat.. cikgu2 yang mengajar akan makan semeja dengan mereka.. kerana memang polisi macam tuh .. untk memastikan keselamatan budak2 tuh.. budak2 tuh ada yang cakap sorang2.. ada yang bertanya perkara yang sama berulang2.. ada yang menganggap dibelakang pkok ada lembu…  ada yang sangat slow ..  jadi memang menjadi kak kantin ni memrlukan kesabaran yang tinggi.. kadang2 tuh dorang bercakap tp sepatah pun kita x faham.. jika mereka bayar x cukup ke.. kira halal je la.. memang seronok tgk gelagat dorg ni.. rasa dia cm release tension …
nasi goreng RM 1


kanak2 OKU


Bila saya menceritakan kepada ayah tentang 3 beradik tuh..(3 beradik tuh cina) ayah kate.. “ kawin adik beradik kot.. kena banyak bersabar ni, kena redha la rezeki dapat anak cm tuh ..sbnrnya ada jugak mak ayah yang x dapat terima dpt anak cm tu, depa x msukkan ke sekolah yang betul.. sekolah yang ada kelas apa? pendidikan khas?(kata ayah ku x berapa pasti pendidikan ap)” .. ada banyak betulnya kata2 ayah tu.. “ syukurlah kita semua sempurna kan ayah” kataku(ceh cm novel la plak haha)

Mak aku pun selalu bertanya tentang budak2 oku di skolah tersebut… geli hati sebenarnye nak cerita.. bukan niat nak mengetawakan mereka jauh skali memperli atau menghina.. akan timbul rasa syukur jika rakan2 lihat dan bergaul sendiri dengan mereka.. walaupun mereka begitu,tetapi mereka hidup tanpa merasa risau,tanpa masalah dan dihimpit masalah kewangan dan gembira ja..MySpace

Masuk dalam sekolah harian adalah satu perkara baru pada saya , kerana kehidupan remaja sepanjang sekolah menengah saya dihabiskan di sekolah berasrama .. maka peluang bekerja disekolah menengah harian adalah peluang saya untuk melihat sendiri suasana dan kehidupan budak2 sekolah harian biasa… ianya satu peluang yang baik untuk saya rasa sendiri untuk mengetahui keadaan sebenar  remaja yang bersekolah harian,perangai dan tabiat mereka.. peluang ini juga yang mungkin sekali tidak dapat dirasakan oleh kawan2 yang lain… dan memang saya akui sangat berbeza dengan sekolah berasrama..

Sekian sahaja untuk entry saya kali ini…jika saya rajin mungkin ada post yang kedua dibawah tajuk  yang sama.. J

nota kaki:
1. penulis skang dah berenti keja.. skang duduk goyang kaki dirumah..
2. baru2 ni onah(markonah) datang ke rumah penulis.. tq onah..
3. penulis bukan goyang kaki dirumah sahaja.. kadang2 penulis pergi ke kebun untuk mencari buah durian yang kadang2 di curi org...( selalu jugak terjumpa ayah si onah ni kat kebun..) huhu




Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...