Saturday, May 19, 2012

Jom Memancing Bersama Saya!

Usai solat isyak dan gosok gigi tadi tergerak pula untuk mengupdate blog (erk perlu ke bagitau gosok gigi?? heheh) walau sekarang ni sedang berfinale yakni final exam untuk tahun 2..  mahu juga menabur sedikit penulisan di blog hehe..

Joran Memancing

Dalam usaha2 mencandat sotong ni(DF) joran2nya juga harus la punya kuasa..kuasa memancing yang extravaganza.. yakni muayashahnya.. dan joran ni ngak mungkin bisa didapati dengan sekali pancing sahaja... bukan juga dari skill terpendam atau terendam.. ianya skill yang perlu disyura.. perlu dibincang dan diolah didiskusi bersama akhwat supaya buah fikirannya boleh bercambah kembang.. tapi perlu diingat juga.. joran ni (muayashah) perlulah tidak mengorbankan perkara lain.. sepertimana saya sering sahaja berhasrat untuk join kelab hoki universiti nottingham untuk menDF adik usrah tersayang.. lagipun pada pendapat saya, ianya mudah kerana saya pernah berkhidmat dalam pasukan hoki selama 6 tahun.. bermula ketika saya darjah 5 sehingalah lewat tingkatan 4 saya mewakili sekolah integrasi kubang pasu yang tercinta... (ceh macam tunjuk kuasa!) heheh...tapi pabila disyurakan bersama akhowat2 yang lain, mereka kurang bersetuju kerana berkemungkina besar mengggangu perjalanan schedule saya.. kerana kelas dan workshop mungkin sahaja habis pkul 6..berkemungkinan juga saya terlepas juga bermain  dipadang... mungkin sahaja joran itu tidak mengena dan masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.. aku sungguh cemburu melihatkan ukhuwah kakak usrah dan adik usrah yang lain.. aku juga mau!

Lalu wadah twitter dibuka, wah2.. sekarang saya sudah mengicau 83 kicauan(tweet).. ianya satu kemajuan! heheh .. terima kasih juga buat adik usrah tersayang yang sememangnya kamu tak akan membaca karyaku ini.hehe.. ak bersyukur kerana punya adik usrah seperti kamu, kamu dan kamu.. tidaklah aku melebihkan kamu antara satu sama lain kerana aku tahu.. kerana ukhuwah hanya lah akibat dari iman.. mudah2an kamu senantiasa berada dalam iman yang tinggi.. aku doakan.. ak juga tidaklah doakan agar kamu menjadi seperti aku.. bahkan lebih baik dari aku.. doakan aku juga! =)

Target Memancing

Bukanlah adik2 dilokaliti-lokaliti sendiri sahaja menjadi target2(rase cam jahat pula guna istilah target) sebaran cinta Allah itu (read:tarbiyah) .. bahkan, ahli keluarga serta rakan sejurusan bahkan ahli2 rumah serta kejiranan juga sepatutnya terbau juga haruman tarbiyah ini.. bukankah kita sebarkan tarbiyah ini dengan rasa cinta?.. bukankah kita diseru untuk menjadi si pejual minyak wangi agar harumannya tersebar merata agak harumannya di nikmati seluruh warga dunia bukan hanya kita sahaja yang merasainya?? .. kata pepatah bahasa inggeris sharing is caring..  aku juga sedang berusaha agar haruman ku ini tidak lokek dan ditutup dengan kehancingan jahiliyahku.. mudah2an Allah redho.. aku juga sedang berusaha menyebarkan haruman ini buat keluarga tercinta.. aku juga berusaha menyebarkannya kepda ahli rumah yang disayangi.. aku juga sedang berusaha menyebarkannya kepada rakan2 sekolah yang lama yakni sbpikp tercinta.. nggak mungkin aku meninggalkanmu rakan2ku.. nggak mungkin... ya aku sedang berusaha!


Goal 

bukankah goalnya adalah melaksanakan perintah 2:30 dan 51:56?? heheh.. yakni apabila terbinanya ustaziatul alam dan tiadanya penindasan.. kita mungkin tidak sedar pada hari ini ramai antara rakan2 kita menjadi hamba kepada laman2 sosial seperti twitter, facebook.. terlalu banyak update sehinggakan ianya sebenarnya bertukar menjadi pembuka keaiban diri sebenar.. tidak kurang juga yang menjadi hamba kepada cerita2 korea serta lagu2nya.. aku juga pernah mnjadi hamba permainan itu.. dan aku tidak mahu lagi.. juga sedang berusaha mengelakkannya..

Goal kecik

Buat akhowat2 yang lain, tahukah kamu bahawasanya goal University Nottingham Malaysia Campus adalah untuk menjadi University Notingham Islam Malaysia??.. itu lah goal kita.. kerana itu kita sangat mempercepatkan pelapis2 supaya adanya pelapis untuk menunaikan hak hak junior yang lain.. kita memerlukan tenaga.. kita target untuk mendapatkan 3% menjelang 2013 sepertimana ketika zaman Mekah dahulu.. hanya 3% sahaja yang berhijrah ke madinah berbanding dengan jumlah keseluruhan orang islam di Madinah selapas itu..yakni 300 org untuk berusrah di universiti nottingham islam malaysia.. mudah mudahan menjadi kenyataan.. dan dalam masa 8 tahun kita Malaysia akan mencapai daulah islamiyah..insyaAllah... tidak mahukah kita hidup dalam kebebasan yang nyata?? tidak mahukah kita punya pemimpin sehensem Muhammad Al-Fateh, tentera yang baik dan rakyat yang baik??

suka nak share kata2 penceramah bebas dari US ni..

The role of the muslim women when it comes to the Ummah, is like the role of the archers in the Battle of Uhud. They were not in the forefront. They were not in the thick of the action. But they had the most important position! They guarded the army. And if they moved, the whole army would be uncovered..and the whole army would be defeated. (you’re the silent heroes.)
- Shaykh Kamal El Makki 
bukankah ini motivation buat kita wanita?? heheh sweetkan! =))

Seeru ala barakatillah

p/s:
~InsyaAllah paper terakhir saya adalah pada 31 Mei.. berakhir pada 7 malam
~saya akan mula berintern di ECE Technologies di Taiping bermula 4 Jun selama 4 bulan insyaAllah
~mujur ada blog.. selain dengan Allah, boleh pot pet pot pet kat sini.. heheh
~Mohon Doanya! ;)

Wednesday, April 11, 2012

Rasaksa Gorgon Kuasa Dua

Rasaksa Gorgon

Genap 3 bulan saya tidak meluahkan kata2 di blog ini.. bg saya ianya satu tempoh yang agak lama semenjak saya menulis blog yang x seberapa ini.. bukanlah kesibukan yang melampau menjadi sebab saya x mengapdate blog.. tapi.. mungkin saya sendiri yang membutuhi masa untuk mengsettlekan segala luka2 yang secara  x sedar mengguris merobek hati ini. bukan luka sebab cinta atau kekecewaan dunia yag hanyalah sementara ini..ianya luka2 jahiliah yang secara tidak sedar pada mulanya menmpok dihati dan lama kelamaan merosakkan hati tu sendiri..xpe.. bak kata Pak Cik Ghazali (Imam Ghazali).. bley mintak hati yang baru dr Allah..
Kata Iman Ghazali:
"Carilah hatimu di 3 tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, mak a berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."
dan mungkin usaha mengsettlekan diri ni x akan pernah berhenti..


Analoginya.. kita bertujuan mahu pegi ke utara.. tetapi sampi satu tempat tu kita rasa cam nak patah balik selangkah saja.. kita sedar kita akan tujuan kita yang ingin ke utara tu.. tapi tanpa sedar sebenarnya langkah kita selangkah ke selatan itu sebenarnya menjauhkan kita dari utara itu sendiri.. jadi cam nak cakap.. mungkin kita bercadang untuk adapt ngan orang la.. tapi sebenarnya kita ni dah menjauh dari Allah.. dan sebenarnya perbuatan kita tadi tu x perlupun sebenarnya dalm perjalanan kita menuju Allah tu.. sepertimana Allah katakan dalam surah Al lail
" Dan ada pun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah). serta mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami akan MEMPERMUDAHKAN baginya jalan menuju KESUKARAN"
                                                                                                                            (92:8-10)
takut gila....

**Rasa cam nak nangis guling2 mase nak buang jahiliah yang melekat tu.. ini serius bukan gurauan.. 

*************

 Daie

Bebanan berat terasa dibahu.. apabila perkara yang diinginkan tidak membuahkan hasil.. perlu ada root cause analysis ni.. dan saya mengkonklusi kan mungkin ilmu2 tu terhijab kepada mad'u kerana dosa2 saya.. kerana dosa saya lalu.. mungkin juaga saya kurangnya mu'ayasyah, mungkin tidak cukup iklas doa saya dalam tahajud.. mungkin kerana culasnya saya bertahajud.. mungkin x khusuk saya dalam solat... mungkin kerana saya masih x settle semuanya dengan Allah...  astaghfirullah astaghfirulah.. jangan lah disebabkan dosa2ku, kelekaan ku Kau hijabkan mereka dari ilmu Mu ini..


 waaaaaaaa rasa cam nak nangis!!.  ='(..  sesungguhnya Allah dan Rasulullah serta nikmat Akhowat yang Allah kurniakan sahaja bersama saya.. Mohon doakan!!

Friday, January 6, 2012

MABIT

akhowat UNMC
tiada dalam gambar: Tiqah, Yaya, kak Nada, Yuhanes and Laila berserta usrah kak Nanad
 murabiyah : kak Im, kak Saida and kak Thira! =)

Sempena tahun baru yang lepas, kitorang beramai2 pergi ke pakej bermalam riang gembira (MABIT) atau pun akronimnya Malam Bina Amal dan Taqwa di Masjid Putra, Putra Jaya.


Masjid Putra

berserta akhowat2 dari university lain juga , kami menuju ke Taman Botani Putra Jaya yang indah pagi esoknya untuk explorace! =)

Tersentuh dengan kata kata kak Mumtaz:-

Akhowat ini adalah sebenarnya HADIAH dari Allah kepada akhowat yang lain. maka hargailah akhowat kita

seperti daurah yang lepas2, memang penyertaan akhowat UNMC sangat ramai.. berbanding dengan akhowat dari IPT yang lain.Alhamdulillah sangat...

Apabila ramai , maka keseronokan dalam daurah itu teramatlah seronok.. tanpa disedari mungkin niat ke daurah itu tertukar bukan untuk mencari keredhaan Allah tetapi untuk berriang gembira sahaja bersama rakan2 "seperjuangan" yang ramai..

x mustahil satu hari nanti kalau Allah nak uji kita dengan ukhuwwah atau bilangan akhowat yang kurang (nauzubillah) ....

Apakah kita still mahu pegi daurah sorang2.. berseorang sahaja jika niat kita tidak benar2 untuk mardhatillah dan tarbiyah?? muhasabah2..


Credit: Nur Amirah Roslan
p/s: bakal menduduki exam bermula 11 Januari 2012.
      doakan! =)

Tuesday, November 29, 2011

Terasa cam nak melompat lompat!!

salam alaik!!!

Pernah x korang rase cam korang nak melompat2 sebab korang tahu sesuatu yang bes.. pernah x?? pernah x?? sekarang ni aku pun tengah terasa cam nak melompat2 sebab nak bagi tahu korang sesuatu yang bes!! huhu...
kalo korang dah dengar buat2 je cam korang x penah dengar lg.. hehe .. okeh cekedout dis video!


la illaha illallah by Iman



Iman- labbayk




ni dorang nyanyi live tapi x tahu lagu ape..


Ini adalah sebuah kumpulan nashid dari capetown - Iman, mungkin korang dah tahu pun kumpulan ni tapi x pe.. aku nak jgak bg tahu lagi skali . hehe.. 
 
Nak membebel sikit:

Skang ni dah jadi cam fenomena.. bila nasyid je yang diminatinye artis itu lbih berbanding nilai dakwah dan zikir2 yang dibawa oleh artis terbabit.. memang la sedikit sebanyak nilai2 agama dan kesolehan artis tersebut boleh menjadi aspirasi.. dan contoh terbaik..  tapi kalo dah macam .. " aaaa maher zain.. aaaa sami yusuf.. aaa bla bla bla" tidakkah macam pelik dan terasa macam, x kena???  kadang2 konsert maher zain tu dah macam konsert , ntah x tau nak cakap (ini contoh kat negara lain kot ).. its not that i prevent u from looking up to the artist that create such a great songs and zikr.. it just that.. dont get over the limitation of adoring people.. as our prophet said.. 

"Janganlah kamu mencintai sesuatu secara berlebihan, karena bisa saja esok yang kamu cintai justru menjadi yang paling kamu benci. Dan janganlah kamu membenci sesuatu secara berlebihan, karena bisa saja esok ia menjadi sesuatu yang paling kamu cintai."
(hadis ni aku x dapat cari riwayat die la.. tolong bley??)

till then.. sama2 la kita zikir dan muhasabah diri balik.. ambil yang jernih buang yang keruh.. ambil nilai yang dibawa .. wallahu a'lam..

Wednesday, October 26, 2011

Counting days..

Salam alaik!

Mengira2 hari untuk hari besar bulan ini yakni ESCAPE(ISK) yang telah dirancang sebulan sebelum ini.. fuh kus semangat.. gementar dijiwa, terasa rapuh tulang bahu dan berpeluh dahi bila memikirkan hari besar ni..Mudah2an berjalan lancar..

Terbit rasa kagum dengan jiwa jiwa besar rakan2 serta kakak senior yang terlibat..tidak terbayang Jiwa2 Rasulullah, para sahabat, khalifah2 serta syahidin.. Sungguh, besar jiwa mereka menyumbang untuk umat hari ini..islam yang dinikmati dengan helaan nafas ini.. bukankah iman dan islam itu sebesar2 nikmat?

"..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." 
Al Maidah- 3

There are only 2 days remaining to D-day! Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk memberi.(o Allah give us strength to give others!)

p/s: Happy circle dengan kak im dan rakan2 sangat happy! Alhamdulillah dan rindu kak tira jugak! =) hmm jom sama2 usahakan 10 muwasaffat tarbiyyah nak??



Wednesday, October 5, 2011

Tears: its kills, and its heals

Salam alaik!
hampir seketika blog tidak diupdate since persiapan memasuki sem baru ke Tahun 2..

sungguh banyak suka duka dilalui sepanjang perjalanan untuk progress ke tahun 2 ini.. air mata tidak terkira titisannya.. disaat kesabaran dan keiman teruji, kadang2 terbit rasa dihati.. bertanya "adakah ini satu ujian untuk menguji cintaku pada Mu atau Balasan kepadaku atas segala dosa2ku kerana lalai dan leka".. sungguh derhaka hambaMu ini..Istighfar afifah, istighfar!... beratnya ujian serta keputusan yang terpaksa dibuat demi masa depan.. ia keputusan yang besar yang dibuat bersama deraian air mata, tapi hati seakan redha.. ini jalan yang terbaik.. insyaAllah.. sesungguhnya aku berserah kepadamu ya Rabb.. hidup matiku, rezkiku, jodoh pertemuanku, amal ibadah ku..


Andai suatu hari nanti, jika dikurniakan rezeki untuk bersuami, akan ku ceritakan kisah ku kepadanya sepanjang perjalanan ku menggenggam segulung ijazah yang x dapat aku luahkan ketika ini, aku mahu menangis dibahunya,berkongsi rasa bersamanya dan aku ingin ceritakan semuanya dari aku mula sekolah sehingga habis university insyaAllah.. sebagai balasan kerana hadir terlampau lewat! ini balasan untukmu suamiku! MySpace


***********

Alhamdulillah sudah genap 2 minggu aku melangkah ke Tahun 2.. doa dan harapan sangat menggunung tahun ini .. Mudah-mudahan dipermudahkan serta diiringi berkah sepanjang tahun 2 ini..

rumah pun sudah berpindah ke rumah sewa yang baru, walaupun agak jauh dari kampus, tapi Alhamdulillah semua nya baik .. bolehlah berexercise ke kampus.. jadi untuk mejadi lebih environmental friendly, basikal menjadi kenderaan aku! tada!



Subhanallah, tabarakallah mempunyai rakan seperjuangan yang memahami, syafiqah, subhanallah tabarakallah juga mempunyai rakan2 baru dari KMB, seakan membawa semangat baru dalam perjuangan tarbiyah di UNMC. Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia untuk sia sia..

Daurah

bersama hampir 50 orang peserta dan mak2 serta nenek usrah adalah sesuatu yang awesome dan agak amazing! sepupu2 usrah juga memang berkaliber serta dedikasi! wah.. seronoknya..  go Akhawat Abbassiyyah! dalam membina IM di UNMC untuk mencapai UA!  加油 (jia you!)

nota kaki:
*dalam usaha menFD adik2 foundation seramai 4 orang, mcam mne ye nak buat??
*Supaya momentum daurah yang agak super sonic ini berkekalan at least sehingga program akan datang!
*adik2 JK (Junior Kerek) sesungguhnya seniormu (senior Kerek) ini sangat risau terhadap korang mse ari ahad ari tu.. t8 care ye! mungkin ni tarbiyah Allah supaya kita x terlebih girang gumbira sangat sewaktu menggunakan train kan.. =)



Tuesday, September 13, 2011

EID

bismillahirrahmanirrahim...

Salam syawal diucapkan kepada semua.. mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Minal Aidin wal Faizin Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. taqaballahu minna wa minkum atas segala ibadah yang kita lakukan sepanjang ramadhan.. dan x lupa juga Maaf Zahir dan Batin..


Sesi pembelajaran akan bermula dalam masa kurang dari 2 minggu.. Mudah2an segalanya dipermudahkan Allah.. amin3x..
sekian terima kasih...


Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...