Saturday, May 19, 2012

Jom Memancing Bersama Saya!

Usai solat isyak dan gosok gigi tadi tergerak pula untuk mengupdate blog (erk perlu ke bagitau gosok gigi?? heheh) walau sekarang ni sedang berfinale yakni final exam untuk tahun 2..  mahu juga menabur sedikit penulisan di blog hehe..

Joran Memancing

Dalam usaha2 mencandat sotong ni(DF) joran2nya juga harus la punya kuasa..kuasa memancing yang extravaganza.. yakni muayashahnya.. dan joran ni ngak mungkin bisa didapati dengan sekali pancing sahaja... bukan juga dari skill terpendam atau terendam.. ianya skill yang perlu disyura.. perlu dibincang dan diolah didiskusi bersama akhwat supaya buah fikirannya boleh bercambah kembang.. tapi perlu diingat juga.. joran ni (muayashah) perlulah tidak mengorbankan perkara lain.. sepertimana saya sering sahaja berhasrat untuk join kelab hoki universiti nottingham untuk menDF adik usrah tersayang.. lagipun pada pendapat saya, ianya mudah kerana saya pernah berkhidmat dalam pasukan hoki selama 6 tahun.. bermula ketika saya darjah 5 sehingalah lewat tingkatan 4 saya mewakili sekolah integrasi kubang pasu yang tercinta... (ceh macam tunjuk kuasa!) heheh...tapi pabila disyurakan bersama akhowat2 yang lain, mereka kurang bersetuju kerana berkemungkina besar mengggangu perjalanan schedule saya.. kerana kelas dan workshop mungkin sahaja habis pkul 6..berkemungkinan juga saya terlepas juga bermain  dipadang... mungkin sahaja joran itu tidak mengena dan masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.. aku sungguh cemburu melihatkan ukhuwah kakak usrah dan adik usrah yang lain.. aku juga mau!

Lalu wadah twitter dibuka, wah2.. sekarang saya sudah mengicau 83 kicauan(tweet).. ianya satu kemajuan! heheh .. terima kasih juga buat adik usrah tersayang yang sememangnya kamu tak akan membaca karyaku ini.hehe.. ak bersyukur kerana punya adik usrah seperti kamu, kamu dan kamu.. tidaklah aku melebihkan kamu antara satu sama lain kerana aku tahu.. kerana ukhuwah hanya lah akibat dari iman.. mudah2an kamu senantiasa berada dalam iman yang tinggi.. aku doakan.. ak juga tidaklah doakan agar kamu menjadi seperti aku.. bahkan lebih baik dari aku.. doakan aku juga! =)

Target Memancing

Bukanlah adik2 dilokaliti-lokaliti sendiri sahaja menjadi target2(rase cam jahat pula guna istilah target) sebaran cinta Allah itu (read:tarbiyah) .. bahkan, ahli keluarga serta rakan sejurusan bahkan ahli2 rumah serta kejiranan juga sepatutnya terbau juga haruman tarbiyah ini.. bukankah kita sebarkan tarbiyah ini dengan rasa cinta?.. bukankah kita diseru untuk menjadi si pejual minyak wangi agar harumannya tersebar merata agak harumannya di nikmati seluruh warga dunia bukan hanya kita sahaja yang merasainya?? .. kata pepatah bahasa inggeris sharing is caring..  aku juga sedang berusaha agar haruman ku ini tidak lokek dan ditutup dengan kehancingan jahiliyahku.. mudah2an Allah redho.. aku juga sedang berusaha menyebarkan haruman ini buat keluarga tercinta.. aku juga berusaha menyebarkannya kepda ahli rumah yang disayangi.. aku juga sedang berusaha menyebarkannya kepada rakan2 sekolah yang lama yakni sbpikp tercinta.. nggak mungkin aku meninggalkanmu rakan2ku.. nggak mungkin... ya aku sedang berusaha!


Goal 

bukankah goalnya adalah melaksanakan perintah 2:30 dan 51:56?? heheh.. yakni apabila terbinanya ustaziatul alam dan tiadanya penindasan.. kita mungkin tidak sedar pada hari ini ramai antara rakan2 kita menjadi hamba kepada laman2 sosial seperti twitter, facebook.. terlalu banyak update sehinggakan ianya sebenarnya bertukar menjadi pembuka keaiban diri sebenar.. tidak kurang juga yang menjadi hamba kepada cerita2 korea serta lagu2nya.. aku juga pernah mnjadi hamba permainan itu.. dan aku tidak mahu lagi.. juga sedang berusaha mengelakkannya..

Goal kecik

Buat akhowat2 yang lain, tahukah kamu bahawasanya goal University Nottingham Malaysia Campus adalah untuk menjadi University Notingham Islam Malaysia??.. itu lah goal kita.. kerana itu kita sangat mempercepatkan pelapis2 supaya adanya pelapis untuk menunaikan hak hak junior yang lain.. kita memerlukan tenaga.. kita target untuk mendapatkan 3% menjelang 2013 sepertimana ketika zaman Mekah dahulu.. hanya 3% sahaja yang berhijrah ke madinah berbanding dengan jumlah keseluruhan orang islam di Madinah selapas itu..yakni 300 org untuk berusrah di universiti nottingham islam malaysia.. mudah mudahan menjadi kenyataan.. dan dalam masa 8 tahun kita Malaysia akan mencapai daulah islamiyah..insyaAllah... tidak mahukah kita hidup dalam kebebasan yang nyata?? tidak mahukah kita punya pemimpin sehensem Muhammad Al-Fateh, tentera yang baik dan rakyat yang baik??

suka nak share kata2 penceramah bebas dari US ni..

The role of the muslim women when it comes to the Ummah, is like the role of the archers in the Battle of Uhud. They were not in the forefront. They were not in the thick of the action. But they had the most important position! They guarded the army. And if they moved, the whole army would be uncovered..and the whole army would be defeated. (you’re the silent heroes.)
- Shaykh Kamal El Makki 
bukankah ini motivation buat kita wanita?? heheh sweetkan! =))

Seeru ala barakatillah

p/s:
~InsyaAllah paper terakhir saya adalah pada 31 Mei.. berakhir pada 7 malam
~saya akan mula berintern di ECE Technologies di Taiping bermula 4 Jun selama 4 bulan insyaAllah
~mujur ada blog.. selain dengan Allah, boleh pot pet pot pet kat sini.. heheh
~Mohon Doanya! ;)

No comments:

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...