Showing posts with label experiences. Show all posts
Showing posts with label experiences. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Jom Gossip!

Hoi dah nak habis semester baru sempat nak update blog... ini memang gila,,, Busy benar rasanya semester ni.. tp sebenarnya tidak la busy sangat cuma.. tiada berkesempatan nak menghapdate entry.. kelas tidak pula padat macam semester lepas.. setiap hari jumaat tak ada kelas.. cumanya kene la buat keje kan... project berlambak2..

i was thinking to make this blog cm personal blog.. yang membincangkan pemikiran dan doktrin-doktrin yang aku ada dalam kepala aku.. selama ni ak tulis sebab orang tulis.. tp sebenarnye aku kene tulis apa yang aku rasa... Everything! perasaan, emosi, tekanan, kegembiraan mahupun kesedihan yang mungkin orang lain x boleh faham and x boleh nak diluahkan , obviously x de sape nak dengar.. boypren pun x hado kan....

Studio Laskar

Aku x pernah sangka yang studio aku akan ada ramai orang yang rare gila.. ada yang best ada jugak yang spoil..biasa la mana ada orang perfect,, dah tu duduk ramai pulak kan... ak sendiri pun x berapa nak betul..  nak expect orang lain beul.. memang tak la.. ape-ape pun skang ni ak selalu ingatkan diri aku always, Don't Judge! dont judge other people.. they might not as wonderful at the outside but  somehow how do we know there a soul that so beautful inside the person. we don't know anyway.. so don't judge dear!

Ala termembebel kan mende lain pulak... sebenarnye studio aku ada macam2 background and macam-macam umur.. yang paling tua 26 tahun and yang paling muda 19 tahun. Tapi semua aku hangout.. cuma ada a few yang betul2 rapat..mcam girls ad 9 orang boys plak ada 20 orang.. among them ad a few yang paling rapat dengan ak.. that they even tubuhkan satu group which is group whatsapp la... haha nak group apa lagi yang legal kat malaysia ni... thay are all interesting.. tp of course ad perangai masing2 yang aku kene bear with it rite,,, bukannye semua orang pun boleh tahan ngan aku.. idak??

since aku antara yang tertua.. so aku rasa urgency utk jd yang the best emosionally and rationally..i try to hide my feelings eventhough mase tu tgh marah ke merajuk ke.. so that they will take the good thing in me.. ak x nak jadi contoh yang bukan2 kat budak2 ni.. tu je.. so i give my best...kadang2 ak tnaye gak dorg.. dorg rase ak x de perasaan ke.. pastu dorg cakap aku carefree.. mungkin jugak.. sebab i do agree with this statement  to fake a smile is much more easier than tell people about whats going on inside the heart.

But, pika kate aku kene happy.. alhamdulillah aku happy! =)) cuma kadang2 je x happy sangat.. biasalah..
langit pun bukannya selalu cerah.. tambah2 orang yang emosional terlebih macam aku ni... aku kan ala makcik2 nak feeling touching lebih hahah

Crush

What!!! asal ada tajuk ni pulak.. kahkahkah... sebenarnye dah lama aku x suka orang.. aku pun bukannya jenis yang suka orang dengan cepat. Even kat notts dulu pun x de orang yang aku suka.. 4 tahun jugak la kat notts tu tp ak x suka sesape pun,, so ape yang aku nak cakap ni...hmmm i do have feeling for someone here,, but.. aku x rase die suka aku. biasalah dah menginjak umur 22 tahun ni sentiasa rasa insecure je kan bile kawan2 dah ramai yang dah kawin and even bestfriend aku pun mase skolah dulu dh nak kawin bulan 5 tahun depan.. aku takut sebab ramai kawan2 yang dh nak kawin yang influence aku suka kat orang... setiap kali aku suka orang mesti orang tu x suka aku... i do have feeling for this time also yang crush aku ni pun x suka kat aku jugak.. pastu aku rasa.. sebab aku ad feelings ni, ak jd selfish... ak cepat cemburu..  padahal.. x patut pun jeles.. bende x pasti pun.. Now, im trying so hard to hide my feelings.. malu wei.. eventhough cam dah 22 yearsold.. but , aku perempuan.. malu la.. boleh kata dalam seumur hidup aku ni 3 kali je aku penah suka orang.. this is the third one after about 6 years. Aku selalu doa kat Allah supaya aku dapt suami soleh and baik2 n anak2 yang penyejuk mata.. ala doa yang tu.. rabbana hablana tu.. x pe aku tahu bila sampai masa nnt Allah will give me the best yang i deserved, aku syak Allah tgh nak uji aku skang ni pasal love love ni kut... heheh


ok la tu je.. nnt kalo aku emosi lagi aku tulis.. hehe.. nah a few pictures mse pegi singapore ari tu...








Wednesday, September 4, 2013

Cuci Sawang Sket

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasanya entry yang terakhir saya adalah sekitar bulan Mac.. dan kini sudah pula, september.. begitu lama saya meninggalkan blog ni kan...hehe..mungkin sebab kesibukan yang tidak berkesudahan tatkala sem berjalan.. dan aktiviti architecture.. ya kehdupan saya berubah 180 drjah.. completely berubah bila saya masuk kos ni..

Ya Allah , tdo pun harus berkira2.. dan x mengira tempat.. insyaAllah sem depan saya akan menulis blog semula secara regular.. sebagai terapi mungkin ..

sebahagian dari studiomates Laskar

final project

model rumah

Thursday, March 7, 2013

Dari Unim ke Uitm

Bismillahirahmanirrahim

rasanya entry ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2013.. Alhamdulillah masih bertahan lagi tahun ini.. syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Nya kepada saya.. sebenarnya rasa terinspire dengan blog chapica yang ditulis dlm bahasa inggeris.. heheh.. saya pun nak tulis English juga!!hehe

I've gone through so much

sepanjang beberapa bulan ini saya rasa saya went through so much things *lap air mata*. i tried many ways and things i tried to be positive and i tried to listen to others. Ya Allah.. Allah tu memang akan bagi ujian kat kita sampai kta tersungkur dan x mengharap kepada apa2 lagi selain dariNya.. masa tu la , waktu itulah... ALlah tu akan sentiasa je dengar apa kita nak bagi tahu dia.. same goes to mine.. dan waktu tu mungkin kta x mengharap banyak pun.. sebab apa yang tinggal ni pun sudah harapan... dan suddenly Allah akan bg apa yang kita idam2kan..  *menitis air mata* betapa Allah tu dengar kita cakap apa.. each and every words yang kita luah kan... each and every single things yang terlintas dihati kta.. Allahu Allah.. x terkata dek perkataan.. sujud syukur dan Allahamdulillah rsanya x cukup langsung utk ucap terimakasih kepadaNya...

Sarjana Muda Sains (kepujian) Senibina

saya x pernah terlintaslangsung untuk menukar kos dari mechanical engineering ke senibina.. langsung tidak.. saya hanya pernah terlintas dihati apabila melihat peralatan senibina dikedai2 buku.. bilakah ak nak guna bende ni.. since ak pun dah nak abis blaja" .tp Allah tu Maha Besar Maha Kaya.. the things to appeal kat fakulti senibina tu hanya things that pop up in mind.. dan mse tu x tahu pun yang architecture uitm ni boleh masuk guna spm result.. miracle isnt it??? hamdan lillah!

Peralatan architecture

p/s: senior suruh budak junior archi main anglung tiap ari.. T_T

seeru ala barakatillah =)

Wednesday, December 19, 2012

Amanah Vs Tong gas

Salam alaik...

Setelah sekian lama x update blog.. kini, buat julung2 kalinya dengan bergaya sekali aku menyusun dan meriba laptop lalu ku hayun jari jemari menaip! pkui 1 pagi baq ang ak tulis entry ni.. heheh

Amanah ke Tong gas?

Buat masa ni aku telah menghabiskan masaku utuk menjadi Bos Kecil di kedai makcik.. pelbagai mehnah juga la nak meniaga ni.. semua kena sort of.. dari kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai jamu, aktiviti mengaji al quran dan kedai jahit serta taylor cawangan baru.. dari segi duit, stok, staf, dan pelanggan..

Allah Allah ultuf bina.. Memang Allah nak tarbiyah sangat2 la.. Apalagi semua kejadian Allah yang susun.. kalo x fikir.. memang kita x tahu pun Allah nak test kita.. Allah Allah.. insiden2 seperti dimarahi customer dah jadi makanan ruji... perihal staf-staf.. kadang2 kita rasa kita x tahu nak tegur perangai staf kita yang lebih berusia.. tp sebenarnye kita pun kena banyak berdoa dan muhasabah diri bukannya asyik komplen dlm hati.. adakah kita dah buat yang terbaik selama kita berada diposisi pemegang amanah ni.. fuh.. berpeluh dahi.. uswah yang macam mana kita ni??

Jika diberi pilihan antara amanah dengan tong gas untuk dipikul selama sebulan.. nescaya relaku pilih tong gas berbanding amanah.. Dan hatta ke bilik air juga kan ku pikul tong gas itu!

Akhowat

Wah rasa dah lama sangat x jumpa dengan akhowat2 terchenta.. tp sebenarnya baru minggu lepas menjenguk mereka sebentar di Kahfi..

till then; seeru ala barakatillah =)



Sunday, October 21, 2012

Confrontation of conflicts!

In the name of Allah

Selesai menutup kedai jamu, ke kedai makan maka berlalu terus ke rumah. jam menunjukkan jam 10.30 malam.. sudah sebulan rasanya ak 'bercuti' dari meneruskan pelajaran..  benar ak rindu akan nottingham dan seisinya.. sesungguhnya Dia lah sebaik baik perancang, sebaik2 penentu rezeki.. bak kata pak cik HAMKA

"Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka)."
begitu besar harga sebuah keyakinan sehingga ianya menjadi sandaran kepada setiap apa yang berlaku.. thiqah binafsi, tawakkal ilallah!

Direhatkan

Sungguh, tidak pernah terlintas di fikiran bahawasanya aku akan direhatkan dipertengahan perjalanan study aku diuniversiti.. pahitnya hanya Allah sahaja yang tahu.. sudahlah direhatkan, dan pada mulanya ia nya menjadi agak konflik sedikit dengan ibubapaku lantas aku tidak berjaya meneruskan pelajaran ke tahun akhir.. logiknya, ibu bapa mana yang tidak risau dan terkilan sekiranya anak mereka tidak berjaya di tahun akhir.. ak tahu.. ak faham..  Alhamdulillah mereka menerima hakikat ini

hampir 2 minggu juga ak memerapkan diri, memujuk diri dan boleh dikatakan agak merajuk dengan Allah..kurang bijaknya aku apabila ak merajuk dengan tuhan yang lebih tahu apayang terbaik untukku, berulang ulang difikiranku.. dalil-dalil ini..


AND [thus it is:] We have not created heaven and earth and all that is between them without meaning and purpose, as is the surmise of those who are bent on denying the truth, but then, woe from the fire [of hell] unto all who are bent on denying the truth!  
As Sad : 27


Then did you think that We created you uselessly and that to Us you would not be returned? 
Al Mukminun: 115

memang sangat stress ketika itu.. dan sgt selalu mempersoalkan kenapa aku yang harus melalui ujian ini.. apalagi seorang akhowat yang sedang mendaki tangga hati adik2 usrah ..  sudah tentu menjadi uswah yang tidak baik.. dan menempangkan imej akhowat.. aseef jiddan akhowat sekalian

sayu dihati untuk mengkhabarkan berita kepada akhowat dan anak usrah..


message dari Aisha anal usrah

atas: msg ak 
bawah: message dari hana anak usrah

apakah kamu tidak ada perasaan sedih walau sekelumit apabila mendapat msg seperti ini...  insyaAllah akanku harungi semuaini dengan sabar , redho dan syukur.. moga Allah beri kekuatan..

Sinar

tidak ada bumi yang Allah biarkan makhluknya derita, tiada tempat yang Allah tidak tahu keberadaan makhluknya, tiada satuperkarapun yang dapat dilindungi dari pengetahuanNya



Dan pada sisi-Nya (sisi Allah) kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia (Allah), dan Dia (Allah) mengetahui apa yang di daratan dan yang di lautan. Dan tidak gugur sehelai daun melainkan dengan pengetahuan-Nya (pengetahuan Allah), dan tidaklah sebutir biji dalam kegelapan bumi, tidak yang basah dan tidak yang kering, melainkan ada dalam kitab yang nyata.  
(Al Anaam :59)

Sungguh Allah itu tahu semua tentang rasa makhluknya, semua gusar gundah hambanya, akan diubatiNya.

kini ak berada di Bandar Seri Putra untuk menguruskan kedai mak cikku.. sebelah malamnya pula mengajarkan al quran.. dan dihujung minggu membeli stok di Kuala Lumpur dan Nilai.. Alhamdulillah.. disamping itu turut belajar menjahit.. mungkin ini yang terbaik untukku pada waktu ini..

ya Allah, gantikanlah rezeki yang Kau tarik ini dengan rezeki yang lebih baik..

seeru ala barakatillah

p/s:
1. sudah berjaya memandu sebuah livina ke Nilai dan Jalan TAR Kuala Lumpur.. alhamdulillah
2. sudah berjaya juga menggunakan sebuah industrial sewing machine utk membuat baju sendiri.. tsumallhamdulillah





Thursday, July 5, 2012

Internship in Progress

Alhamdulillah tsummalhamdulillah.. berpagian nisfu syaaban sambil duduk tegak dan menghela udara dari aircond jenama ECE Technologies (promote company hehe) dapat la ak menulis entry ini buat julung julung kalinya di opis.. heheh..

Intern

Ianya tidak semudah mengungkapkan perkataan intern itu bahkan pelbagai perkara baru, kerenah baru, perangai baru persekitaran baru yang harus aku jebakkan diri kedalamnya.. Gile ke hape ari first ak datang intern aku dah cuak bagai.. ye la dorg makan buah belimbing sepingkan n segarfu.. terkezut beruk jugak aku.. hehe,, on top of that jumpe plak engineer yang muda sebagai supervisor , punyela x nak bagi tau name dia.. dibaginye ak name card die.. xpe la kalo x sudi nak g tau nama huhu but on the other hand, pengalaman intern memang best sgt sbb semua warga company sgt baik hati n humble! 


drive the forklift



Production di Klang

Seminggu ak kene bertugas di Klang.. masyaAllah.. kerja bersama abe2( dr Bangladesh n Nepal hehe.. keje ngan foreigner kot.. hehe

screwing (bukan screw up ek!hehe)

soldering

mse kat klang tu, mmg sgt panas dan sibuk.. lepas tiga hari je ak kerja.. ak collapse.. hah apa lg supervisor ak perli habis habisan la.. die ni bukan x baik.. baik.. tp ntah kadang2 org x paham sgt perangai die,, mungkin terlampau genius agaknye.. kadang2tu aku kene marah dengan tidak semena menanya.. x pe la.. mungkin Allah nak tarbiyah aku dengan cara ni.. memang kene byk sabar!

TAPI warga company yang lain sgt supportive and best terutama Kak Zana & Kak Nisa.. =)

dari kiri: Kak Nisa, Kak Zana dan Supervisor

p/s:
1. mudah2an pengalaman ini mentarbiyah diri dan menjadikan diri semakin matang, tiada yang kebetulan, semuanya telah disusun rapi oleh Allah
2. mudah2an sentiasa dalam jagaan dan peliharaanNya! =)

seeru ala barakatillah

Saturday, May 19, 2012

Jom Memancing Bersama Saya!

Usai solat isyak dan gosok gigi tadi tergerak pula untuk mengupdate blog (erk perlu ke bagitau gosok gigi?? heheh) walau sekarang ni sedang berfinale yakni final exam untuk tahun 2..  mahu juga menabur sedikit penulisan di blog hehe..

Joran Memancing

Dalam usaha2 mencandat sotong ni(DF) joran2nya juga harus la punya kuasa..kuasa memancing yang extravaganza.. yakni muayashahnya.. dan joran ni ngak mungkin bisa didapati dengan sekali pancing sahaja... bukan juga dari skill terpendam atau terendam.. ianya skill yang perlu disyura.. perlu dibincang dan diolah didiskusi bersama akhwat supaya buah fikirannya boleh bercambah kembang.. tapi perlu diingat juga.. joran ni (muayashah) perlulah tidak mengorbankan perkara lain.. sepertimana saya sering sahaja berhasrat untuk join kelab hoki universiti nottingham untuk menDF adik usrah tersayang.. lagipun pada pendapat saya, ianya mudah kerana saya pernah berkhidmat dalam pasukan hoki selama 6 tahun.. bermula ketika saya darjah 5 sehingalah lewat tingkatan 4 saya mewakili sekolah integrasi kubang pasu yang tercinta... (ceh macam tunjuk kuasa!) heheh...tapi pabila disyurakan bersama akhowat2 yang lain, mereka kurang bersetuju kerana berkemungkina besar mengggangu perjalanan schedule saya.. kerana kelas dan workshop mungkin sahaja habis pkul 6..berkemungkinan juga saya terlepas juga bermain  dipadang... mungkin sahaja joran itu tidak mengena dan masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.. aku sungguh cemburu melihatkan ukhuwah kakak usrah dan adik usrah yang lain.. aku juga mau!

Lalu wadah twitter dibuka, wah2.. sekarang saya sudah mengicau 83 kicauan(tweet).. ianya satu kemajuan! heheh .. terima kasih juga buat adik usrah tersayang yang sememangnya kamu tak akan membaca karyaku ini.hehe.. ak bersyukur kerana punya adik usrah seperti kamu, kamu dan kamu.. tidaklah aku melebihkan kamu antara satu sama lain kerana aku tahu.. kerana ukhuwah hanya lah akibat dari iman.. mudah2an kamu senantiasa berada dalam iman yang tinggi.. aku doakan.. ak juga tidaklah doakan agar kamu menjadi seperti aku.. bahkan lebih baik dari aku.. doakan aku juga! =)

Target Memancing

Bukanlah adik2 dilokaliti-lokaliti sendiri sahaja menjadi target2(rase cam jahat pula guna istilah target) sebaran cinta Allah itu (read:tarbiyah) .. bahkan, ahli keluarga serta rakan sejurusan bahkan ahli2 rumah serta kejiranan juga sepatutnya terbau juga haruman tarbiyah ini.. bukankah kita sebarkan tarbiyah ini dengan rasa cinta?.. bukankah kita diseru untuk menjadi si pejual minyak wangi agar harumannya tersebar merata agak harumannya di nikmati seluruh warga dunia bukan hanya kita sahaja yang merasainya?? .. kata pepatah bahasa inggeris sharing is caring..  aku juga sedang berusaha agar haruman ku ini tidak lokek dan ditutup dengan kehancingan jahiliyahku.. mudah2an Allah redho.. aku juga sedang berusaha menyebarkan haruman ini buat keluarga tercinta.. aku juga berusaha menyebarkannya kepda ahli rumah yang disayangi.. aku juga sedang berusaha menyebarkannya kepada rakan2 sekolah yang lama yakni sbpikp tercinta.. nggak mungkin aku meninggalkanmu rakan2ku.. nggak mungkin... ya aku sedang berusaha!


Goal 

bukankah goalnya adalah melaksanakan perintah 2:30 dan 51:56?? heheh.. yakni apabila terbinanya ustaziatul alam dan tiadanya penindasan.. kita mungkin tidak sedar pada hari ini ramai antara rakan2 kita menjadi hamba kepada laman2 sosial seperti twitter, facebook.. terlalu banyak update sehinggakan ianya sebenarnya bertukar menjadi pembuka keaiban diri sebenar.. tidak kurang juga yang menjadi hamba kepada cerita2 korea serta lagu2nya.. aku juga pernah mnjadi hamba permainan itu.. dan aku tidak mahu lagi.. juga sedang berusaha mengelakkannya..

Goal kecik

Buat akhowat2 yang lain, tahukah kamu bahawasanya goal University Nottingham Malaysia Campus adalah untuk menjadi University Notingham Islam Malaysia??.. itu lah goal kita.. kerana itu kita sangat mempercepatkan pelapis2 supaya adanya pelapis untuk menunaikan hak hak junior yang lain.. kita memerlukan tenaga.. kita target untuk mendapatkan 3% menjelang 2013 sepertimana ketika zaman Mekah dahulu.. hanya 3% sahaja yang berhijrah ke madinah berbanding dengan jumlah keseluruhan orang islam di Madinah selapas itu..yakni 300 org untuk berusrah di universiti nottingham islam malaysia.. mudah mudahan menjadi kenyataan.. dan dalam masa 8 tahun kita Malaysia akan mencapai daulah islamiyah..insyaAllah... tidak mahukah kita hidup dalam kebebasan yang nyata?? tidak mahukah kita punya pemimpin sehensem Muhammad Al-Fateh, tentera yang baik dan rakyat yang baik??

suka nak share kata2 penceramah bebas dari US ni..

The role of the muslim women when it comes to the Ummah, is like the role of the archers in the Battle of Uhud. They were not in the forefront. They were not in the thick of the action. But they had the most important position! They guarded the army. And if they moved, the whole army would be uncovered..and the whole army would be defeated. (you’re the silent heroes.)
- Shaykh Kamal El Makki 
bukankah ini motivation buat kita wanita?? heheh sweetkan! =))

Seeru ala barakatillah

p/s:
~InsyaAllah paper terakhir saya adalah pada 31 Mei.. berakhir pada 7 malam
~saya akan mula berintern di ECE Technologies di Taiping bermula 4 Jun selama 4 bulan insyaAllah
~mujur ada blog.. selain dengan Allah, boleh pot pet pot pet kat sini.. heheh
~Mohon Doanya! ;)

Wednesday, October 26, 2011

Counting days..

Salam alaik!

Mengira2 hari untuk hari besar bulan ini yakni ESCAPE(ISK) yang telah dirancang sebulan sebelum ini.. fuh kus semangat.. gementar dijiwa, terasa rapuh tulang bahu dan berpeluh dahi bila memikirkan hari besar ni..Mudah2an berjalan lancar..

Terbit rasa kagum dengan jiwa jiwa besar rakan2 serta kakak senior yang terlibat..tidak terbayang Jiwa2 Rasulullah, para sahabat, khalifah2 serta syahidin.. Sungguh, besar jiwa mereka menyumbang untuk umat hari ini..islam yang dinikmati dengan helaan nafas ini.. bukankah iman dan islam itu sebesar2 nikmat?

"..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." 
Al Maidah- 3

There are only 2 days remaining to D-day! Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk memberi.(o Allah give us strength to give others!)

p/s: Happy circle dengan kak im dan rakan2 sangat happy! Alhamdulillah dan rindu kak tira jugak! =) hmm jom sama2 usahakan 10 muwasaffat tarbiyyah nak??



Wednesday, October 5, 2011

Tears: its kills, and its heals

Salam alaik!
hampir seketika blog tidak diupdate since persiapan memasuki sem baru ke Tahun 2..

sungguh banyak suka duka dilalui sepanjang perjalanan untuk progress ke tahun 2 ini.. air mata tidak terkira titisannya.. disaat kesabaran dan keiman teruji, kadang2 terbit rasa dihati.. bertanya "adakah ini satu ujian untuk menguji cintaku pada Mu atau Balasan kepadaku atas segala dosa2ku kerana lalai dan leka".. sungguh derhaka hambaMu ini..Istighfar afifah, istighfar!... beratnya ujian serta keputusan yang terpaksa dibuat demi masa depan.. ia keputusan yang besar yang dibuat bersama deraian air mata, tapi hati seakan redha.. ini jalan yang terbaik.. insyaAllah.. sesungguhnya aku berserah kepadamu ya Rabb.. hidup matiku, rezkiku, jodoh pertemuanku, amal ibadah ku..


Andai suatu hari nanti, jika dikurniakan rezeki untuk bersuami, akan ku ceritakan kisah ku kepadanya sepanjang perjalanan ku menggenggam segulung ijazah yang x dapat aku luahkan ketika ini, aku mahu menangis dibahunya,berkongsi rasa bersamanya dan aku ingin ceritakan semuanya dari aku mula sekolah sehingga habis university insyaAllah.. sebagai balasan kerana hadir terlampau lewat! ini balasan untukmu suamiku! MySpace


***********

Alhamdulillah sudah genap 2 minggu aku melangkah ke Tahun 2.. doa dan harapan sangat menggunung tahun ini .. Mudah-mudahan dipermudahkan serta diiringi berkah sepanjang tahun 2 ini..

rumah pun sudah berpindah ke rumah sewa yang baru, walaupun agak jauh dari kampus, tapi Alhamdulillah semua nya baik .. bolehlah berexercise ke kampus.. jadi untuk mejadi lebih environmental friendly, basikal menjadi kenderaan aku! tada!



Subhanallah, tabarakallah mempunyai rakan seperjuangan yang memahami, syafiqah, subhanallah tabarakallah juga mempunyai rakan2 baru dari KMB, seakan membawa semangat baru dalam perjuangan tarbiyah di UNMC. Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia untuk sia sia..

Daurah

bersama hampir 50 orang peserta dan mak2 serta nenek usrah adalah sesuatu yang awesome dan agak amazing! sepupu2 usrah juga memang berkaliber serta dedikasi! wah.. seronoknya..  go Akhawat Abbassiyyah! dalam membina IM di UNMC untuk mencapai UA!  加油 (jia you!)

nota kaki:
*dalam usaha menFD adik2 foundation seramai 4 orang, mcam mne ye nak buat??
*Supaya momentum daurah yang agak super sonic ini berkekalan at least sehingga program akan datang!
*adik2 JK (Junior Kerek) sesungguhnya seniormu (senior Kerek) ini sangat risau terhadap korang mse ari ahad ari tu.. t8 care ye! mungkin ni tarbiyah Allah supaya kita x terlebih girang gumbira sangat sewaktu menggunakan train kan.. =)



Tuesday, August 23, 2011

Afifah: Saya yang sebenarnya


bismillahirahmannirrahim...

usai sahaja solat terawikh 8 rakaat td.. out of the blue ak tepikir tentang diri aku ni.. banyak membuang masa.. terjebak dengan perkara yang x penting, graph iman yang flactuate x tentu arah.. benarla kalam Allah .

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh (Al Asr-1-3)

terasa terkesan dengan surah pendek ni.. kadang kala terpikirkan masa lalu aku.. rasa malu pada diri sendiri bila memikirkan khilaf pada masa lalu.. terasa rugi tahap orang yang kalah judi bila mengenangkan masa2 lapang yang terluang yang x di manfaatkan...orang akan kata syok sendiri bila syok sensorang.. ni aku malu sendiri.. malu mengenangkan diri sendiri.. malu dengan diri , malu dengan Allah, malu dengan sahabat, malu dengan ibu bapa, malu dengan murabbi,, malu kerana diri ini Allah muliakan tapi , aku x memuliakan diri aku seprtimana Allah dan orang memuliakan aku..  layakkah aku mendapat kemuliaan ini ya rabb.. layakkah aku..
Membandingkan diri dengan sahabat2 yang lain, masyaAllah jauh bezanya aku..  teringat surah ass shaff

Wahai orang2 beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan (As shaf 2-3)

Kadang-kadang tatkala berkata2, terselit juga perasaan riyak yang mungkin menghapus terus segala amal2 kebaikan yang dilakukan.. sungguh! Menjadi zuhud itu susah! Sungguh!

Keluarga

Ada yang pernah bertanya, ibu bapa awak dalam line dakwah jugak ke.. saya katakan tidak.. tp tidak bermakna parents saya menghalang kebaikan yang dilakukan.. mungkin pemikiran ibu bapa saya agak skeptic dengan tabligh, tarbiyah dan kadang2 bercanggah dalam membantu saudara di palestin segala dan sebagainya… tp u have no right to judge my parent.. mereka menjalankan syariatNYA, menggalakkan kami berbuat baik.. teringat pulak kata mak kepada ucop (adik aku)

Mak: Mak bukannye mintak kamu jadi cam ustaz amirul tu(mse ni  femes cerita ustaz amirul yg ashraff muslim belakon tu).. mak Cuma mintak kamu jadi manusia,, jadi normal.. malam duduk umah.. x merayap sne sini..

saya juga tiada hak untuk mengtakan yang bukan2 tentang ibu bapa saya..  siapala saya untuk mengatakan itu dan ini kepada ibu bapa yang membesarkan saya.. serta berkorban susah payah untuk saya… memberi perlindungan serta memahami saya walau kami bukan la dari org senang.. ibu bapa saya bukanla dari kalangan yang berpelajaran tinggi serta not making a lot of money, BUT im proud of them! Mak saya pandai cakap cina! Ayah saya pandai menjahit!..kita akan dapati keistimewaan mereka jika kita melihat dari sudut yang berbeza.. Indah sungguh cinta kepada ibu bapa ni, CINTA UNCONDITIONAL kot!  Adik beradik.. tiada apa yang nak dibanggakan dengan adik beradik saya.. adik saya bukan mat rempit walaupun kadang2 blik pada 2.30 pagi hanya untuk bermain futsal.. saya juga bertengkar dengan adik beradik... solat juga mesti disuruh2.. kalo x fly away la solat tu.. tp syukur apa yang ada.. syukur bila mengenang org  kurang bernasib baik lg dari diri saya ini yang dikurniakan adik beradik yang derhaka terhadap ibu.. nauzubillah.. selain itu saya juga ada dua adik beradik yang lain.. seorang adik perempuan tingkatan 3 n satu lagi adik lelaki darjah 6 =)

Obedientkah saya??

kami semua bukanla jenis yang obedient..contohnya bila disuruh ini.. terus buat.. saya bukan bergitu.. mungkin mengatakan sekejap pada mak 2-3 kali barula buat benda yang disuruh.. saya juga manusia! Bohongla dikatakan saya akan terus buat apa yang mak suruh.. hehe.. itu cerita lagenda hape tu.. hehe.. saya juga bukan la jenis yang berlemah lembut dengan adik beradik indeed .. kalo bercakap dengan mereka juga saya membahasakan diri saya “aku” bersama adik beradik.. bercakap antara satu sama lain dengan kasar dan seperti menjerit.. tp x bermakna saya x baik dengan mereka..bersembang bende yang dunia.. sayanbukanla org yang x pernah bgun pukul 11 pagi.. kadang2 terlajak juga tidur..  kadang2 pernah juga saya membiarkan ibu membasuh pinggan sensorang didapur tanpa membantu.. membiarkan ayah membasuh baju..  saya tidak sempurna!.. kadang2 membiarkan bilik tidak terurus.. sehingga disound mak.. hehe.. tapi x la saya x bantu mak langsung.. melampau la tu..  saya memang bukan perempuan melayu terakhir! BUT I try to be one! The one with SOLEHAH title not just only the perempuan melayu terakhir one =)

Aktiviti saya

Every summer break, ill try to make money.. oleh kerana jika aku duduk saja dirumah.. mengabiskan beras je.. makes money bley bantu mak ayah.. x yah la sara aku.. aku sara diri sendiri.. malu dengan diri snediri… bila adik aku bekerja untuk menyara dirinya dan bg duit kat ibu bapa serta mengambil repeat spm tahun ni.. aku hanya mampu memberikan sedikit dari allowance scholarku saja.. kehidupan kami agak sempit bila ayah buat keputusan untuk buat rumah dikampung untuk memelihara tanah peninggalan arwah opah....tp Alhamdulillah tatkala aku kesempitan wang, ada saja tangan yang menghulurkan.. Rezeki Allah.. untuk pengetahuan tuan puan saya pernah langsung tiada sesen pun dalam purse saya .. sebab tu aku jarang menolak kalo ad yang memberi.. hehe =).. I have no time for sit back relax.. keluar sini, keluar sane with friends… I must makes money! To join those remarkable activities with UNIM sisters, to travel, to give away presents to my family, to treat my siblings.. 

Benar! Saya pernah mengatakan kepada adik saya ketika berbual2 bersma

Aku: cop, aku rasa skang la masa family kita paling susah kan..
Cop: aku pun rasa cm tu..

Kesusahan ini mengajar! Mengajar erti titis peluh dan jerih payah mencari rezeki, BENAR ianya mengajar! kesusahan itu ujian, kesenangan juga ujian.. Rezeki itu ketentuan Tuhan.. tiada satu apa pun dapat meghalang ketentuan Allah.. jika rezeki saya.. maka tiada satu apapun boleh menghalang..saya pasti tiada diluar sana yang sama seperti saya.. dan kita x akan sama.. saya bersyukur menjadi diri saya ini..saya percaya janji Allah

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabku sangat berat (Ibrahim- 7)

mudah-mudahan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.. menjadi lebih rajin.. diredhai dan dijagaai Allah.. tiada yang lebih bermakna daripada kasih sayang dan rahmat dariNYA.. Allah yang Maha Kaya..

And lastly saya nak tegaskan disini SAYA ADALAH BUDAK KAMPUNG!

Mudah mudahan kita semua dibawah rahmat dan kasih sayangNya.. Im glad we are a family!



Nota kaki:
~kenapa aku menceritakan semua ini?? Aku pun x tau.. tangan aku ni tulis non stop!
~mungkin sebab nak korang lbih mengenali aku, dan bukanlah untuk membuka pekung didada dan bukan untuk riyak ujub atau sum’ah.. mudah mudahan dijauhkan Allah
~untuk menjadi lbih terbuka ketika menulis entry di blog sendiri..
~ terpulangla jika kalian ingin judge saya, pada saya hanya Allah saja yang berhak menilai dan judge ciptaanNya ini
~doakan saya untuk rabu dan khamis ni.. doakan saya!
~ selamat mencari lailatu qadar
~ini adalah entry paling sincere dari lubuk hati saya..

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

Bismillah..

sambil menghirup old town white coffee (3 in 1 punya).. jari aku ni pun menaip la article.. kalo nak diikutkan ak ad byk keje gak nak disetelkan..(mengalahkan wanita bekerjaya!)

dalam 11 hari berpuasa ni.. aku berkesempatan la untuk berpuasa di teratak yang tercenta ini.. di Kampung Bendang Siam (bukan kat siam ok!)

di bulan mulia lagi berpahala ni.. memang x sangka betul ada 2 makhluk  dalm umah aku x menunaikan ibadah puasa.. byk kali jugak aku tegur dorang ni.. semua cara aku dah guna.. seperti hadis

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

tapi x berjaya juga nak mengubah mereka ni.. ak pun pening dibuatnya..
ni dia..

 ni dia Temok yang beratnya sma seperti beras 10 kilo..

ni Along yang x berapa nak frenly.. frenly ngan bapak aku je..

********

juadah berbuka

ari ni ada masakan istimewa.. yakni PENGAT PISANG YANG PALING RINGKAS DIDUNIA... yeah.. meh nak kongsi sket.. cara cara nak buat pengat pisang yang ringkas.. cikjah sila tulis ye! ;)

bahan bahannya
2- 3 sikat pisang(potong dadu)
1 1/2 senduk gula( boleh guna gula merah/melaka jugak!)
1 mangkuk santan (aku punya guna plastik, sbb bli kat pasar)
1/2 senduk sagu (kalo ade)
daun pandan (kalo ade)
garam

cara2nya
 1. msukkan pisang dan sagu.. dan air.. didihkan sampi sagu kelihatan jernih
2 masukkan santan n daun pandan, biarkan seketika..
3. masukkan gula n kacau..
4 .msukkan sedikit garam hehe
* perlu diingatkan supa mengacau pengat.. takut melekat kat periuk!

tada!

sekian terima kasih! tu saaja saya nak mengarut malam ni.. jangan lupa doakan saya berjaya ! =)

Selamat Menunaikan Ibadah! =)

Wednesday, July 13, 2011

Mehnahnya Talaqqi dan Gegar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

seperti mana kebiasaan aku memnag x tau nak stat menulis entry ni cmna..  dah tulis.. padam balik.. dah tulis padam balik.. mengalahkan nak jawab soalan Thermodynamics!

Kehidupan di Bangi

disini bukan sahaja aku menjaga kedai jamu.. di kelapangan ni jugak aku amik peluang bertalaqqi bersama mak cik ku.. alhamdulillah ak berpeluang bertalaqqi dengan mak cik yang berjaya belajar selama 7 tahun di masjid negara..
Perit rasanya pada 2-3 hari pertama kerana , aku merasakan aku boleh membaca dengan baik.. tp sebaliknya banyak lagi yang perlu aku improvekan dalam pembacaan aku walaupun bacaan ku hanya mengikut riwayat asim sahaja yang memang dipraktis sejak kecik
berlarutan sehingga minggu kedua, Alhamdulillah semua nya lancar! =) Alhamdulillah syukur nikmat Allah!

Mengajar Mengaji

ok kat sni ak jugak ajar budak2 ngaji.. disebbkan makcik buka kelas ngajar ngaji kat sini..klas tiap2 isnin , rabu n jumaat.. disamping ak, ada 2 kakak lg yg tolong ajar Kak Farah n KaK Seha.. dorang ni student UKM & KUIS.. kat sini juga ada mengajar org2 dewasa.. kalo orang dewasa biasanya makcik aku yang ajar..  ni adala sample2 muka kanak2 yang belajar disini..


   Budak ni nama zaim =)



 ni dina , comel kan?? cam mia sara

ni budak banyaaaaaaak auta time nak ngaji, Haziq

Gegar SBPIKP

alhamdulillah jugak tahun ni dapat jumpa kawan2 di gegar! =) jumpa adik2.. dan jumpa sekolah yang tercinta!!.. tp bayak perubahan yang dah berlaku kat sekolah.. macam2.. kalo nak cte kat sini semua.. macam x syok.. lbih baik g skolah n sembang2 ngan junior2 hehe..


  kawan2 dan fasi2 yang haPENING

 adik2 junior!

 =)

rakan2 seperjuangan!

rakan rakan ILYSM!


**************
#saya rasa ad sesuatu yang besar akan melanda saya.. saya rasa saya patut bersedia..
#mungkin benda bear yag bakal melanda saya itu dapat mendidik saya menjadi lebih baik selepas ini..
#mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan saya dunia akhirat..
#dan saya rasa saya patut berubah dan sabar! SABAR itu kunci!
#saya mohon doa dari rakan2! =)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga.
(HR Ibnu Majah)


Wednesday, June 8, 2011

Penjaga Kedai Jamu~

antara jamu2, produk kecantikan dan ubat ubatan suplimen yang ada di kedai

sempena cuti sem ini, mak cik aku ade minta tolong untuk jagekan kedainya di Bangi ni.. kurang dari seminggu je aku dapat menikmati cti sem aku di rumah.. selepas seminggu kena bergegas ke Bangi pulak.. beban terasa.. hanya 3 hari sempat berada dirumah setelah pulang dari kampus.. lepas tu terus balik kekampung opah di Manong, Kuala Kangsar.. dah berbulan juga tiada cucu yang balik umah opah ni.. aku pun dah 2 bulan x balik ke Perak.. Opah duduk sorang2.. kadang2 mak aku or mak cik2 balik ke kampung.. ak teman opah dlam 2-3 hari dan terus ke Bangi.. sambil dengar opah berceloteh (proses membaca khutbah hehe)... kepada sesiapa yang x tahan dengar orang bercakap x boleh dgr khutbah ni.. sebabnye kadang2 khutbah ni berlanjutan sehinggga berjam2 lamanya..


kata adikku~ kakak, macam mna ang boleh tahan dengar opah cakap byk2?
aku~ sabar kot.. (senyap jap pikir) bukan sbar je tapi aku ikhlas dengar sebenarnye..
adikku~ oo x tahan aku lme sgt opah bg khutbah! huhu

salah satu sebab cucu lain x tahan balik umah opah sebab tu sebenarnye.. aku pun wonder cm ne ak bley tahan heheh.. tapi semua yang opah cakap tu semua betul.. orang kate .. kalo balik umah opah tu..dapat la jugak bagi diri ni makanan rohani lebih sket.. bagi jamu sket kat hati ni heheh (promote jamu!)


Kedai Jamu
currently, mak cik aku balik kampung, umah opah la.. so aku la jge kedai ni.. pagi2 dh jual surat khabar.. kadang2 ada customer suruh aku syorkan produk untuk dorang.. yang sesuai utk orang mengandung la.. ape kegunaan sendayu tinggi D'Folia la.. tentang set bersalin lah.. terdiam aku seketika... rasa cm LOSER gila sebab x leh jawab.. kadang2 tu customer minx, satu product ni, contohnya Pati Ikan Haruan American Ginseng, aku cari punya cari x jumpa2.. pastu customer tu pun balik la.. lepas 2-3 minit dia balik.. rupa2nya Pati Ikan Haruan tu ada dkat2 situ je.. adoi.. mse ni la aku rasa cm nak hentok je kepala kat dinding!MySpace  ah LOSER!!!! bila Customer msuk je.. aku x tau nak kata ape.. jadi keras membatu aku.. orang kata, mati kutu lah aku ni!

tu dua tiga hari je.. skang ni Alhamdulillah.. I'm fine with those jamu's or supplement that u want &customer indeed!. kismis, ke madu ke semua ada .. air zamzam pun ada.. buku2, alQuran semua ada.. 

**********

#kalo free sila la datang ke bangi ni.. beli2 barang.. hehe
#jiran kedai ni kedai jahit.. dia kalo tgk aku free je dia suruh aku jahit sembat baju tempahan dia.. aku pun buatla.. menyesal pulak aku cta kat dia aku boleh menjahit.. dia x bayar ape2 pun.. at the same time aku bersalah plak kat mak cik aku.. mak cik aku bayar aku bukan suruh jahit jiran sebelah punya baju tempahan.. dah le dia x bayar pape kat aku..
#menyesal x baljar menjahit baju kurung n sebagainya dr mak.. kalo x boleh amik tempahan baju raya tahun ni.. dpt pocket money sket.. jiran yg menjahit ni , dia amik RM50 sepasang bju.. gila mahal baq hang!
#risau pasal result.. doakan la ye..
#mudah2an dapat join usrah fathin and budak2 UKM.. =)
# lagu Maher Zain- Freedom tu sdap jugak! credit to Hakim Cirun!

Monday, August 30, 2010

Bahagian 2

Alhamdulillah bertemu juga kita dengan ramadhan kali ini.. mudah mudahan ramadhan kali adalah sebuah batu loncatan untuk kita semua kea rah kehidupan yang lbih baik, optimis, lbih bertaqwa dan berkasih sayang… lakukanlah anjakan paradigma..( cewah cm datuk fazilah kamsah la plak hahha)


Mak cik??

Ok entry kali ini akan menyambung derap langkah kerjaya saya yang saya telah ceritakan dalam entry yang lepas.. berikutan tajuk entry yang agak mengundang kontroversi , saya hanya menamakan entry kali ini sebagai bahagian 2.. bukan untuk mencari publisiti murahan, saya bukannya kipas susah mati  fasha sandha yang ingin mengikut jejak langkahnya mengundang sensasi dan kontroversi ,saya hanya kipas susah mati (die-hard fan) syahir AF8 je.. hehe

Berikutan tajuk entry lepas.. sebenarnya pada permulaan kerjaya saya sebagai seorang KAK KANTIN, pelajar sekolah tersebut semuanya memanggil saya mak cik, padahal umur penulis baru belasan tahun, mana mungkin saya ingin dipanggil mak cik… pada mulanya saya biarkan saja.. munkin mereka terbiasa memanggil makcik kepada makcik2 kantin yang.. tapi entah kenapa, lama kelamaan ( x de la lama sgt, sehari dua lepas tu je),  aku merasa x best.. tanpa disedari ketika salah seorang plajar memintaku mengambil choki .. katanya “ mak cik , nak choki-choki satu”.. aku lip sync ayat nya.. “ huh mak cik???”..  aku merasakan sudah habis low aku punya volume ketika itu.. tetapi telinga pelajar itu dapat juga mengecam apa yang aku monologkan..  lalu dia pun berkata “ eh silap, kaaaaaaaaaaaaaakkk nak choki-choki”.. aku terasa seperti diejek- ejek dengan perkataan “kak”  itu.. ah biarkan.. buang current  sahaja jika aku melayan pelajar itu..Sebenarnya itu sahaja kisah mengenai panggilan mak cik…

Perangai pelajar harian biasa

Setelah diamati, memang kelakuan pelajar sekolah harian ini sukar diterima akal.. jika dibandingkan dengan perangai budak 2 sekolah aku dulu memang jauh panggang dari api..  boleh dikatakan pelajar yang paling brutal di sekolah aku, jika dimasukkan ke sekolah ini, mereka akan mejadi pelajar yang paling mulia disini.. fuh begitu hebat penangan plajar sekolah biasa… tatasusila dan adab sopan mereka tiada tolok bandingnya.. hamper sahaja aku bertukar menjadi dinosaur melihat telatah meraka yang terkinja-kinja dan tidak menghormati orang tua.. hanya iman didada mejadi pembenteng dari aku bertukar … jika budak tu melangkah seinchi dua lagi berdekatan dengan ku nescaya , akan aku blah dari situ( bukan takut nak belasah dia.. tapi badan dia besar dari aku woo, kecut perut aku)  cuba pembaca bayangkan.. salah seorang mak cik bertanyakan kepada serang pelajar ini tentang anak nya..  lalu plajar itu jawab dengan acuh x acuh je.. “ x tau…” ewah2 biadapnya budak ni.. mungki  pembaca tidak merasa apa yang saya rasa.. saya paling tidak tahan dengan mimic muka yang dibuat.. padahal anak makcik tersebut satu kelas dengan budak tuh dan mereka satu geng… pelbagai lagi kerenah mereka yang megundang rasa sakit hati dibenakku..  saya memohon maaf kerana entry kali ini agak berbau emosional , saya bukanlah ketua pelajar masa disekolah itu tetapi saya akui saya juga mempunyai jawatan di sekolah… saya sebagai AJK kebersihan 5 ikhlas tidak dpt menerima perkara ini... saya berasa bertanggungjawab terhadap masalah moral ini.. ianya tidak patut dipandang enteng..

Talipon bimbit

Buat pengetahuan rakan2.. saya masih tidak boleh digest lagi, sebab pelajar sekolah harian ingin membawa handset ke sekolah.. lain la cerita jika yang membawa handset adalah pelajar yang tinggal diasrama (nampak agak bias disini hehe).. mereka bawa nset kesekolah.. lpas waktu sekolah nset lagi, malam nnti nset lagi.. sms ape??x boring ke??  Mungkin juga saya telah terlalu tua ataupun kolot untuk membangkit-bangkitkan perkara ini.. bila kene rampas nset baru la menagis la.. hape la.. salahkan cikgu la.. satu jari tunjuk kat orang.. 4 lagi jari tunjuk kat diri sendiri.. jadi siapa yang salah?? Saya dh muak dengan semua sandiwara ni.. pastu kalo x mahu belajar.. ramai2 masuk dalam tandas.. ish bes sgt ke duduk dalam tandas.. ee..

Paling mengejutkan , hari kedua aku bertugas disekolah itu, aku dapat meihat sebuah drama sebabak.. Seorang plajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan dimarahi 2 cikgu disiplin..  aku tgk peajar perempaun tuh x kena banyak sgt pun.. pelajar lelaki tuh kena rotan beberapa das dan hampir ditumbuk oleh cikgu disiplin akibat perbuatan yang aku juga kurang pasti apa.

Kanak-kanak

budak ni lagi comel kalo in person..

Genap 2 minggu aku disekolah itu, tauke kantin meminta tolong aku bertugas pula dikantin sekolah rendah.. maka aku pun pergi kesekolah rendah.. aku ditugakan untuk mejaga RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan menjual air.. aku berasa sedikit aneh kerana selama ni aku melayan budak2 besar.. tetapi kali ini aku terpaksa berdepan dengan anak-anak kecil yang terlalu aktif dan x ketahuan.. pada mulanya aku pandang sebelah mata sahaja… “aahh keje ngan budak2 lagi senang.. x banyak songeh” monolog aku sendiri.. tetapi.. ternyata jangkaan aku meleset  110%.. aku rasa agak susah untuk mengendalikan anak kecil ni.. huhu…
Yang paling aku x boleh lupa apabila seorang budak ni.. nak beli air.. tapi x cukup duit.. aku bukan x bagi.. tapi nanti tauke marah aku.. jadi aku pun bertanya kepada budak tu.. “ada duit x lg?? x cukup ni” budak tu tiba-tiba menangis dan lari dr tempat tuh..  xsempat aku nak pangggil balik budak tuh.. aku rasa memang gila la.. sian pun ada… ish .. memang seriau aku.. huhu

**************

Kini aku tidak lagi bekerja, duduk dirumah dan kemas umah ja bila aku rasa sedikit rajin.. hobiku kini hanya berhibernasi..  rancangan televisyen yang ntah hape-hape kadang2 mengundang amarahku.. tambah2an cerita dongeng duyung.. x logic langsung.. sinetron2 juga telah menunjukkan ketidaklogikan yang nyata apabila episodnya semakin meleret.. sinetron Benci bilang cinta sebijik2 amik dari drama korea Princess Hour. Cuma macam biasa unsur2 yang x logic dimasukkan untuk memanjangkan lagi sinetron tersebut.. sinetron alisa pulak.. asyik bernasib malang sahaja.. ah mengarut!.. sinetron  cinta dan anugerah pulak memaparkan kebolehan asyraf Sinclair yang sudah fasih berbahasa Indonesia.. kini aku menonton sinetron Cinta Kirana pula.. aku ingin  lihat seberapa mengarutnya cerita itu akan jadi.. haha… Cuma yang boleh mengubat lara dihati ini adalah drama Thailand striving for the sun.. hahah..  aku suka tgk cerita org jahat nih.. memang dalam cerita x ada sorang yang baik pun,, semua jahat, tamak , haloba…
Setakat ini sahaja karutan aku untuk kali ini.. terima kasih kerana telah membuang masa disini untuk membaca semua idea dan pemikiran songsang saya.. huhu

Nota kaki

1. Cintai diri tu x salah, tapi janganlah ianya lebih dari cinta kita kepada Allah (Nur Kasih, 2010)
2. kita sudah pun masuk fasa terakhir dala  bulan Ramadhan.. maka dianjurkan lah kepada kita semua agar mengejar malam yang satu itu, yakni malam lailatulQadar( bukan lailatulQamdar!)
3. penulis sedang busy diumah membantu mak menyiapkan tempahan kuih raya...

Sunday, April 11, 2010

Im hiking! yeah, finally i got you!

hiking3.. yeye.. akhirnye aku sampi jugak ke puncak Broga Hill.MySpaceUntuk pengetahuan rakan2.. Broga Hill ni terletak hanya dibelakang u aku.. kire boleh tengok Broga Hill ni dr tingkap bilik ak sebenarnye.. even so, belum pernah lagi aku nek broga hill smpai la beberapa hari lepas dengan bantuan beberapa kawan from other course, yeay kitorang berjaya jugak menawani Broga Hill..

Permandangan Broga Hill dr bilik aku


Kejadian di Broga

Pemergian kami berlima (kalo x silap kira) MySpace tidak pula diduga. Bagaikan rasa mengantuk disorongkan bantal.(bangga cikgu amir kalo dgq ni hehe) Kami pun melaksanakan projek kecil kami pada petang itu hehehe. Jeng3.. dengan jasa baik WK.salah seorang rakan kami (kire rakan gak walopun ak x knal heheh) WK ada seorang pelajar bioscience yang berdedikasi dan pintar. Beliau sangat tidak petah bercakap dalam apa jua bahasa hehe.. sorry WK.. btw.. thanx dude! Baiklah balik semula kepada susur galur cerita aasla pengembaraan aku di Bukit Broga. Perjalanan dr u ak ke Broga Hill ni x smpi 10 mint pun tetapi, kami mempunyai pemandu yang amat berhati-hati. jdi mase yang diambil sedikit elongated dari masa yang ditarget. x mengape.. biar lambat asal selamat..

At the leg of the hill (kaki bukit)

setibanya rombongan kami kat bukit tu.. kami ternampak beberapa orang mendaki bukit. berpeluh2 aku nampak.. tp dikabarkan bukit ni x la tinggi sangat .. maka aku pun berasa determine untuk naik bukit ni.. dengan sedikit kata2 perangsang dari kawan2ku.. maka dengan lafaz Bismillah ak pun mendaki bukit yang dikelilingi hutan yang agak sudah diteroka itu. perasaan mangat menyelubungi MySpace(semangat berkobar2). perjalanan ke atas sangat la penat. maklum lah setelah sekian lama membina badan.. baru kali boleh buat latihan bina badan yang lebih extreme akibat tiada kenderaan untuk ke broga hill ni. x yah cerita banyak. mari la kita menghayati gambar yang dilampirkan heheh..
denai untuk naik ke Broga Hill

pengembaraan bermula
dah agak nak sampi

kalau melihat pada gambar ni.. macam bukit tu x tinggi sangat tapi hakikatnye memang x tinggi sangat.. tp bukit ni agak cerun.. kalo jatuh innalillahiwainnaillahirajiun ( ungkapan ini x semestinya merujuk kepada mati.tagkiskan perpekstif itu!) boleh jadi hampir 75- 80 degree gak ar.. sgt steep.. 

batu batan diatas bukit

steep kan?!

diatas bukit sudah..

penat lelah kami semua mendaki bukit ni hilang apabila dapat melihat kecantikan ciptaan Allah.. Hanya ungkapan masyaAllah dan subhanallah yang selayaknya disebut. jika kawan2 semua ada peluang datang ke tempat aku ni.. InsyaAllah kalo ad kelapangan akan aku bawak sume pegi broga hill ni.. Memang cantik! MySpacePepatah "beauties lies in the eye of the beholder" dah x valid dah.

ni adalah gambaran dilensa kamera yang hanya 2Mpxel. sebenrnye ianya lbih cantik dari gambar ni..


puncak broga

wajah2 insan yang berjaya menawan bukit broga

Aku sebenarnya dah lama berfikir dan memerhati. kalo seorang muslim ni betul2 muslim yang mukmin dia akan cuba menjadi baik dari segala segi. dan sehingga kini ak x mampu lagi nak jadi sebegitu. perangai malas sentiasa melanda diri. dengan kerja bertangguh. MySpace. itulah cabaran terbesar bagi aku. 

Logam ke kita??

Pada pandangan mata aku , insan yang hina ni, di u aku ramai je, pelajar cemerlang..berikutan bdak melayu di u ak sikit ..bila segelintir buat hal.. habis semua kene. kalo dibandingkan dengan chinese dorang memang produktif, effektif, rajin, komited, ape lagi aku nak lmbung depa?? sume tu kite nampak.. tp yang melayu ni buat baik.. pandai ,soleh , yang bes x nampak plak..nak nampak cmne kalo yang xbes overwhelming...MySpace( ade je melayu yang bagus n bes2.. tp ak x tau la kenape orang x nmpak..)

Chinese yang christian plak, memag taat giler dengan agame dorang. tiap2 minggu pegi church..kalo seminggu x pegi church ade assignment nak wat, dorg akan pastikan minggu dpannye pegi church .. katenye tanggungjawab sebagai seorang christian ( tersedu aku dgr korang tau x??!)MySpace  sebelum masuk dewan peksa mesti wat tanda salib kat bahu tu.. doa.. tapi ak tgok kat u ak ni.. susah giler nak tgk bdk doa. (mungkin dorang doa dlm hati).. orang kate aku islamik.. tapi kalo bukan kita orang islam yang islamik sapa lagi?? x kan nak suh agama lain jadi islamic kot.. orang kate ak x sporting.. memang aku x sporting pon..

*ingin diterangkan disini aku bukanlah seorang tsiqah dan selalu juga membuat perkara lagha

ak selalu terpikir kalo la chinese2 u aku ni dapat hidayah Allah(kembali kepada fitrah).mesti bes.. mungkin juga akan bagus ketika islamnya mereka. sekiranya mereka itu faham tentang islam seperti Saidina Umar. (faham ye,bukan sekadar tahu)

ada satu hadis berkenaan ini.

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)

akhir kalam.. saya dengan rendah diri memohon maaf dari semua pihak!
sekian sahaja karutan saya kali ini... sebarang komen atau kritikan boleh la di tulis di ruangan komen.. saya akan terima dengan senang hati..

siiru `ala barakatillah....

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...