Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Jom Memancing Bersama Saya!

Usai solat isyak dan gosok gigi tadi tergerak pula untuk mengupdate blog (erk perlu ke bagitau gosok gigi?? heheh) walau sekarang ni sedang berfinale yakni final exam untuk tahun 2..  mahu juga menabur sedikit penulisan di blog hehe..

Joran Memancing

Dalam usaha2 mencandat sotong ni(DF) joran2nya juga harus la punya kuasa..kuasa memancing yang extravaganza.. yakni muayashahnya.. dan joran ni ngak mungkin bisa didapati dengan sekali pancing sahaja... bukan juga dari skill terpendam atau terendam.. ianya skill yang perlu disyura.. perlu dibincang dan diolah didiskusi bersama akhwat supaya buah fikirannya boleh bercambah kembang.. tapi perlu diingat juga.. joran ni (muayashah) perlulah tidak mengorbankan perkara lain.. sepertimana saya sering sahaja berhasrat untuk join kelab hoki universiti nottingham untuk menDF adik usrah tersayang.. lagipun pada pendapat saya, ianya mudah kerana saya pernah berkhidmat dalam pasukan hoki selama 6 tahun.. bermula ketika saya darjah 5 sehingalah lewat tingkatan 4 saya mewakili sekolah integrasi kubang pasu yang tercinta... (ceh macam tunjuk kuasa!) heheh...tapi pabila disyurakan bersama akhowat2 yang lain, mereka kurang bersetuju kerana berkemungkina besar mengggangu perjalanan schedule saya.. kerana kelas dan workshop mungkin sahaja habis pkul 6..berkemungkinan juga saya terlepas juga bermain  dipadang... mungkin sahaja joran itu tidak mengena dan masa dan tenaga dibuang begitu sahaja.. aku sungguh cemburu melihatkan ukhuwah kakak usrah dan adik usrah yang lain.. aku juga mau!

Lalu wadah twitter dibuka, wah2.. sekarang saya sudah mengicau 83 kicauan(tweet).. ianya satu kemajuan! heheh .. terima kasih juga buat adik usrah tersayang yang sememangnya kamu tak akan membaca karyaku ini.hehe.. ak bersyukur kerana punya adik usrah seperti kamu, kamu dan kamu.. tidaklah aku melebihkan kamu antara satu sama lain kerana aku tahu.. kerana ukhuwah hanya lah akibat dari iman.. mudah2an kamu senantiasa berada dalam iman yang tinggi.. aku doakan.. ak juga tidaklah doakan agar kamu menjadi seperti aku.. bahkan lebih baik dari aku.. doakan aku juga! =)

Target Memancing

Bukanlah adik2 dilokaliti-lokaliti sendiri sahaja menjadi target2(rase cam jahat pula guna istilah target) sebaran cinta Allah itu (read:tarbiyah) .. bahkan, ahli keluarga serta rakan sejurusan bahkan ahli2 rumah serta kejiranan juga sepatutnya terbau juga haruman tarbiyah ini.. bukankah kita sebarkan tarbiyah ini dengan rasa cinta?.. bukankah kita diseru untuk menjadi si pejual minyak wangi agar harumannya tersebar merata agak harumannya di nikmati seluruh warga dunia bukan hanya kita sahaja yang merasainya?? .. kata pepatah bahasa inggeris sharing is caring..  aku juga sedang berusaha agar haruman ku ini tidak lokek dan ditutup dengan kehancingan jahiliyahku.. mudah2an Allah redho.. aku juga sedang berusaha menyebarkan haruman ini buat keluarga tercinta.. aku juga berusaha menyebarkannya kepda ahli rumah yang disayangi.. aku juga sedang berusaha menyebarkannya kepada rakan2 sekolah yang lama yakni sbpikp tercinta.. nggak mungkin aku meninggalkanmu rakan2ku.. nggak mungkin... ya aku sedang berusaha!


Goal 

bukankah goalnya adalah melaksanakan perintah 2:30 dan 51:56?? heheh.. yakni apabila terbinanya ustaziatul alam dan tiadanya penindasan.. kita mungkin tidak sedar pada hari ini ramai antara rakan2 kita menjadi hamba kepada laman2 sosial seperti twitter, facebook.. terlalu banyak update sehinggakan ianya sebenarnya bertukar menjadi pembuka keaiban diri sebenar.. tidak kurang juga yang menjadi hamba kepada cerita2 korea serta lagu2nya.. aku juga pernah mnjadi hamba permainan itu.. dan aku tidak mahu lagi.. juga sedang berusaha mengelakkannya..

Goal kecik

Buat akhowat2 yang lain, tahukah kamu bahawasanya goal University Nottingham Malaysia Campus adalah untuk menjadi University Notingham Islam Malaysia??.. itu lah goal kita.. kerana itu kita sangat mempercepatkan pelapis2 supaya adanya pelapis untuk menunaikan hak hak junior yang lain.. kita memerlukan tenaga.. kita target untuk mendapatkan 3% menjelang 2013 sepertimana ketika zaman Mekah dahulu.. hanya 3% sahaja yang berhijrah ke madinah berbanding dengan jumlah keseluruhan orang islam di Madinah selapas itu..yakni 300 org untuk berusrah di universiti nottingham islam malaysia.. mudah mudahan menjadi kenyataan.. dan dalam masa 8 tahun kita Malaysia akan mencapai daulah islamiyah..insyaAllah... tidak mahukah kita hidup dalam kebebasan yang nyata?? tidak mahukah kita punya pemimpin sehensem Muhammad Al-Fateh, tentera yang baik dan rakyat yang baik??

suka nak share kata2 penceramah bebas dari US ni..

The role of the muslim women when it comes to the Ummah, is like the role of the archers in the Battle of Uhud. They were not in the forefront. They were not in the thick of the action. But they had the most important position! They guarded the army. And if they moved, the whole army would be uncovered..and the whole army would be defeated. (you’re the silent heroes.)
- Shaykh Kamal El Makki 
bukankah ini motivation buat kita wanita?? heheh sweetkan! =))

Seeru ala barakatillah

p/s:
~InsyaAllah paper terakhir saya adalah pada 31 Mei.. berakhir pada 7 malam
~saya akan mula berintern di ECE Technologies di Taiping bermula 4 Jun selama 4 bulan insyaAllah
~mujur ada blog.. selain dengan Allah, boleh pot pet pot pet kat sini.. heheh
~Mohon Doanya! ;)

Wednesday, October 26, 2011

Counting days..

Salam alaik!

Mengira2 hari untuk hari besar bulan ini yakni ESCAPE(ISK) yang telah dirancang sebulan sebelum ini.. fuh kus semangat.. gementar dijiwa, terasa rapuh tulang bahu dan berpeluh dahi bila memikirkan hari besar ni..Mudah2an berjalan lancar..

Terbit rasa kagum dengan jiwa jiwa besar rakan2 serta kakak senior yang terlibat..tidak terbayang Jiwa2 Rasulullah, para sahabat, khalifah2 serta syahidin.. Sungguh, besar jiwa mereka menyumbang untuk umat hari ini..islam yang dinikmati dengan helaan nafas ini.. bukankah iman dan islam itu sebesar2 nikmat?

"..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." 
Al Maidah- 3

There are only 2 days remaining to D-day! Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk memberi.(o Allah give us strength to give others!)

p/s: Happy circle dengan kak im dan rakan2 sangat happy! Alhamdulillah dan rindu kak tira jugak! =) hmm jom sama2 usahakan 10 muwasaffat tarbiyyah nak??



Wednesday, October 5, 2011

Tears: its kills, and its heals

Salam alaik!
hampir seketika blog tidak diupdate since persiapan memasuki sem baru ke Tahun 2..

sungguh banyak suka duka dilalui sepanjang perjalanan untuk progress ke tahun 2 ini.. air mata tidak terkira titisannya.. disaat kesabaran dan keiman teruji, kadang2 terbit rasa dihati.. bertanya "adakah ini satu ujian untuk menguji cintaku pada Mu atau Balasan kepadaku atas segala dosa2ku kerana lalai dan leka".. sungguh derhaka hambaMu ini..Istighfar afifah, istighfar!... beratnya ujian serta keputusan yang terpaksa dibuat demi masa depan.. ia keputusan yang besar yang dibuat bersama deraian air mata, tapi hati seakan redha.. ini jalan yang terbaik.. insyaAllah.. sesungguhnya aku berserah kepadamu ya Rabb.. hidup matiku, rezkiku, jodoh pertemuanku, amal ibadah ku..


Andai suatu hari nanti, jika dikurniakan rezeki untuk bersuami, akan ku ceritakan kisah ku kepadanya sepanjang perjalanan ku menggenggam segulung ijazah yang x dapat aku luahkan ketika ini, aku mahu menangis dibahunya,berkongsi rasa bersamanya dan aku ingin ceritakan semuanya dari aku mula sekolah sehingga habis university insyaAllah.. sebagai balasan kerana hadir terlampau lewat! ini balasan untukmu suamiku! MySpace


***********

Alhamdulillah sudah genap 2 minggu aku melangkah ke Tahun 2.. doa dan harapan sangat menggunung tahun ini .. Mudah-mudahan dipermudahkan serta diiringi berkah sepanjang tahun 2 ini..

rumah pun sudah berpindah ke rumah sewa yang baru, walaupun agak jauh dari kampus, tapi Alhamdulillah semua nya baik .. bolehlah berexercise ke kampus.. jadi untuk mejadi lebih environmental friendly, basikal menjadi kenderaan aku! tada!



Subhanallah, tabarakallah mempunyai rakan seperjuangan yang memahami, syafiqah, subhanallah tabarakallah juga mempunyai rakan2 baru dari KMB, seakan membawa semangat baru dalam perjuangan tarbiyah di UNMC. Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia untuk sia sia..

Daurah

bersama hampir 50 orang peserta dan mak2 serta nenek usrah adalah sesuatu yang awesome dan agak amazing! sepupu2 usrah juga memang berkaliber serta dedikasi! wah.. seronoknya..  go Akhawat Abbassiyyah! dalam membina IM di UNMC untuk mencapai UA!  加油 (jia you!)

nota kaki:
*dalam usaha menFD adik2 foundation seramai 4 orang, mcam mne ye nak buat??
*Supaya momentum daurah yang agak super sonic ini berkekalan at least sehingga program akan datang!
*adik2 JK (Junior Kerek) sesungguhnya seniormu (senior Kerek) ini sangat risau terhadap korang mse ari ahad ari tu.. t8 care ye! mungkin ni tarbiyah Allah supaya kita x terlebih girang gumbira sangat sewaktu menggunakan train kan.. =)



Tuesday, August 23, 2011

Afifah: Saya yang sebenarnya


bismillahirahmannirrahim...

usai sahaja solat terawikh 8 rakaat td.. out of the blue ak tepikir tentang diri aku ni.. banyak membuang masa.. terjebak dengan perkara yang x penting, graph iman yang flactuate x tentu arah.. benarla kalam Allah .

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh (Al Asr-1-3)

terasa terkesan dengan surah pendek ni.. kadang kala terpikirkan masa lalu aku.. rasa malu pada diri sendiri bila memikirkan khilaf pada masa lalu.. terasa rugi tahap orang yang kalah judi bila mengenangkan masa2 lapang yang terluang yang x di manfaatkan...orang akan kata syok sendiri bila syok sensorang.. ni aku malu sendiri.. malu mengenangkan diri sendiri.. malu dengan diri , malu dengan Allah, malu dengan sahabat, malu dengan ibu bapa, malu dengan murabbi,, malu kerana diri ini Allah muliakan tapi , aku x memuliakan diri aku seprtimana Allah dan orang memuliakan aku..  layakkah aku mendapat kemuliaan ini ya rabb.. layakkah aku..
Membandingkan diri dengan sahabat2 yang lain, masyaAllah jauh bezanya aku..  teringat surah ass shaff

Wahai orang2 beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan (As shaf 2-3)

Kadang-kadang tatkala berkata2, terselit juga perasaan riyak yang mungkin menghapus terus segala amal2 kebaikan yang dilakukan.. sungguh! Menjadi zuhud itu susah! Sungguh!

Keluarga

Ada yang pernah bertanya, ibu bapa awak dalam line dakwah jugak ke.. saya katakan tidak.. tp tidak bermakna parents saya menghalang kebaikan yang dilakukan.. mungkin pemikiran ibu bapa saya agak skeptic dengan tabligh, tarbiyah dan kadang2 bercanggah dalam membantu saudara di palestin segala dan sebagainya… tp u have no right to judge my parent.. mereka menjalankan syariatNYA, menggalakkan kami berbuat baik.. teringat pulak kata mak kepada ucop (adik aku)

Mak: Mak bukannye mintak kamu jadi cam ustaz amirul tu(mse ni  femes cerita ustaz amirul yg ashraff muslim belakon tu).. mak Cuma mintak kamu jadi manusia,, jadi normal.. malam duduk umah.. x merayap sne sini..

saya juga tiada hak untuk mengtakan yang bukan2 tentang ibu bapa saya..  siapala saya untuk mengatakan itu dan ini kepada ibu bapa yang membesarkan saya.. serta berkorban susah payah untuk saya… memberi perlindungan serta memahami saya walau kami bukan la dari org senang.. ibu bapa saya bukanla dari kalangan yang berpelajaran tinggi serta not making a lot of money, BUT im proud of them! Mak saya pandai cakap cina! Ayah saya pandai menjahit!..kita akan dapati keistimewaan mereka jika kita melihat dari sudut yang berbeza.. Indah sungguh cinta kepada ibu bapa ni, CINTA UNCONDITIONAL kot!  Adik beradik.. tiada apa yang nak dibanggakan dengan adik beradik saya.. adik saya bukan mat rempit walaupun kadang2 blik pada 2.30 pagi hanya untuk bermain futsal.. saya juga bertengkar dengan adik beradik... solat juga mesti disuruh2.. kalo x fly away la solat tu.. tp syukur apa yang ada.. syukur bila mengenang org  kurang bernasib baik lg dari diri saya ini yang dikurniakan adik beradik yang derhaka terhadap ibu.. nauzubillah.. selain itu saya juga ada dua adik beradik yang lain.. seorang adik perempuan tingkatan 3 n satu lagi adik lelaki darjah 6 =)

Obedientkah saya??

kami semua bukanla jenis yang obedient..contohnya bila disuruh ini.. terus buat.. saya bukan bergitu.. mungkin mengatakan sekejap pada mak 2-3 kali barula buat benda yang disuruh.. saya juga manusia! Bohongla dikatakan saya akan terus buat apa yang mak suruh.. hehe.. itu cerita lagenda hape tu.. hehe.. saya juga bukan la jenis yang berlemah lembut dengan adik beradik indeed .. kalo bercakap dengan mereka juga saya membahasakan diri saya “aku” bersama adik beradik.. bercakap antara satu sama lain dengan kasar dan seperti menjerit.. tp x bermakna saya x baik dengan mereka..bersembang bende yang dunia.. sayanbukanla org yang x pernah bgun pukul 11 pagi.. kadang2 terlajak juga tidur..  kadang2 pernah juga saya membiarkan ibu membasuh pinggan sensorang didapur tanpa membantu.. membiarkan ayah membasuh baju..  saya tidak sempurna!.. kadang2 membiarkan bilik tidak terurus.. sehingga disound mak.. hehe.. tapi x la saya x bantu mak langsung.. melampau la tu..  saya memang bukan perempuan melayu terakhir! BUT I try to be one! The one with SOLEHAH title not just only the perempuan melayu terakhir one =)

Aktiviti saya

Every summer break, ill try to make money.. oleh kerana jika aku duduk saja dirumah.. mengabiskan beras je.. makes money bley bantu mak ayah.. x yah la sara aku.. aku sara diri sendiri.. malu dengan diri snediri… bila adik aku bekerja untuk menyara dirinya dan bg duit kat ibu bapa serta mengambil repeat spm tahun ni.. aku hanya mampu memberikan sedikit dari allowance scholarku saja.. kehidupan kami agak sempit bila ayah buat keputusan untuk buat rumah dikampung untuk memelihara tanah peninggalan arwah opah....tp Alhamdulillah tatkala aku kesempitan wang, ada saja tangan yang menghulurkan.. Rezeki Allah.. untuk pengetahuan tuan puan saya pernah langsung tiada sesen pun dalam purse saya .. sebab tu aku jarang menolak kalo ad yang memberi.. hehe =).. I have no time for sit back relax.. keluar sini, keluar sane with friends… I must makes money! To join those remarkable activities with UNIM sisters, to travel, to give away presents to my family, to treat my siblings.. 

Benar! Saya pernah mengatakan kepada adik saya ketika berbual2 bersma

Aku: cop, aku rasa skang la masa family kita paling susah kan..
Cop: aku pun rasa cm tu..

Kesusahan ini mengajar! Mengajar erti titis peluh dan jerih payah mencari rezeki, BENAR ianya mengajar! kesusahan itu ujian, kesenangan juga ujian.. Rezeki itu ketentuan Tuhan.. tiada satu apa pun dapat meghalang ketentuan Allah.. jika rezeki saya.. maka tiada satu apapun boleh menghalang..saya pasti tiada diluar sana yang sama seperti saya.. dan kita x akan sama.. saya bersyukur menjadi diri saya ini..saya percaya janji Allah

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabku sangat berat (Ibrahim- 7)

mudah-mudahan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.. menjadi lebih rajin.. diredhai dan dijagaai Allah.. tiada yang lebih bermakna daripada kasih sayang dan rahmat dariNYA.. Allah yang Maha Kaya..

And lastly saya nak tegaskan disini SAYA ADALAH BUDAK KAMPUNG!

Mudah mudahan kita semua dibawah rahmat dan kasih sayangNya.. Im glad we are a family!



Nota kaki:
~kenapa aku menceritakan semua ini?? Aku pun x tau.. tangan aku ni tulis non stop!
~mungkin sebab nak korang lbih mengenali aku, dan bukanlah untuk membuka pekung didada dan bukan untuk riyak ujub atau sum’ah.. mudah mudahan dijauhkan Allah
~untuk menjadi lbih terbuka ketika menulis entry di blog sendiri..
~ terpulangla jika kalian ingin judge saya, pada saya hanya Allah saja yang berhak menilai dan judge ciptaanNya ini
~doakan saya untuk rabu dan khamis ni.. doakan saya!
~ selamat mencari lailatu qadar
~ini adalah entry paling sincere dari lubuk hati saya..

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

Bismillah..

sambil menghirup old town white coffee (3 in 1 punya).. jari aku ni pun menaip la article.. kalo nak diikutkan ak ad byk keje gak nak disetelkan..(mengalahkan wanita bekerjaya!)

dalam 11 hari berpuasa ni.. aku berkesempatan la untuk berpuasa di teratak yang tercenta ini.. di Kampung Bendang Siam (bukan kat siam ok!)

di bulan mulia lagi berpahala ni.. memang x sangka betul ada 2 makhluk  dalm umah aku x menunaikan ibadah puasa.. byk kali jugak aku tegur dorang ni.. semua cara aku dah guna.. seperti hadis

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

tapi x berjaya juga nak mengubah mereka ni.. ak pun pening dibuatnya..
ni dia..

 ni dia Temok yang beratnya sma seperti beras 10 kilo..

ni Along yang x berapa nak frenly.. frenly ngan bapak aku je..

********

juadah berbuka

ari ni ada masakan istimewa.. yakni PENGAT PISANG YANG PALING RINGKAS DIDUNIA... yeah.. meh nak kongsi sket.. cara cara nak buat pengat pisang yang ringkas.. cikjah sila tulis ye! ;)

bahan bahannya
2- 3 sikat pisang(potong dadu)
1 1/2 senduk gula( boleh guna gula merah/melaka jugak!)
1 mangkuk santan (aku punya guna plastik, sbb bli kat pasar)
1/2 senduk sagu (kalo ade)
daun pandan (kalo ade)
garam

cara2nya
 1. msukkan pisang dan sagu.. dan air.. didihkan sampi sagu kelihatan jernih
2 masukkan santan n daun pandan, biarkan seketika..
3. masukkan gula n kacau..
4 .msukkan sedikit garam hehe
* perlu diingatkan supa mengacau pengat.. takut melekat kat periuk!

tada!

sekian terima kasih! tu saaja saya nak mengarut malam ni.. jangan lupa doakan saya berjaya ! =)

Selamat Menunaikan Ibadah! =)

Wednesday, July 13, 2011

Mehnahnya Talaqqi dan Gegar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

seperti mana kebiasaan aku memnag x tau nak stat menulis entry ni cmna..  dah tulis.. padam balik.. dah tulis padam balik.. mengalahkan nak jawab soalan Thermodynamics!

Kehidupan di Bangi

disini bukan sahaja aku menjaga kedai jamu.. di kelapangan ni jugak aku amik peluang bertalaqqi bersama mak cik ku.. alhamdulillah ak berpeluang bertalaqqi dengan mak cik yang berjaya belajar selama 7 tahun di masjid negara..
Perit rasanya pada 2-3 hari pertama kerana , aku merasakan aku boleh membaca dengan baik.. tp sebaliknya banyak lagi yang perlu aku improvekan dalam pembacaan aku walaupun bacaan ku hanya mengikut riwayat asim sahaja yang memang dipraktis sejak kecik
berlarutan sehingga minggu kedua, Alhamdulillah semua nya lancar! =) Alhamdulillah syukur nikmat Allah!

Mengajar Mengaji

ok kat sni ak jugak ajar budak2 ngaji.. disebbkan makcik buka kelas ngajar ngaji kat sini..klas tiap2 isnin , rabu n jumaat.. disamping ak, ada 2 kakak lg yg tolong ajar Kak Farah n KaK Seha.. dorang ni student UKM & KUIS.. kat sini juga ada mengajar org2 dewasa.. kalo orang dewasa biasanya makcik aku yang ajar..  ni adala sample2 muka kanak2 yang belajar disini..


   Budak ni nama zaim =)



 ni dina , comel kan?? cam mia sara

ni budak banyaaaaaaak auta time nak ngaji, Haziq

Gegar SBPIKP

alhamdulillah jugak tahun ni dapat jumpa kawan2 di gegar! =) jumpa adik2.. dan jumpa sekolah yang tercinta!!.. tp bayak perubahan yang dah berlaku kat sekolah.. macam2.. kalo nak cte kat sini semua.. macam x syok.. lbih baik g skolah n sembang2 ngan junior2 hehe..


  kawan2 dan fasi2 yang haPENING

 adik2 junior!

 =)

rakan2 seperjuangan!

rakan rakan ILYSM!


**************
#saya rasa ad sesuatu yang besar akan melanda saya.. saya rasa saya patut bersedia..
#mungkin benda bear yag bakal melanda saya itu dapat mendidik saya menjadi lebih baik selepas ini..
#mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan saya dunia akhirat..
#dan saya rasa saya patut berubah dan sabar! SABAR itu kunci!
#saya mohon doa dari rakan2! =)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga.
(HR Ibnu Majah)


Wednesday, May 26, 2010

Lahirnya Keikhlasan dari Keterpaksaan

salam semua...MySpacehuhu..
pernah x anda dengar istilah ni?? huhu.. tapi aku memang percaya akan istilah ni.. keikhlasan akan lahir dari keterpaksaan..  
kalo nak wat sesuatu yg baik.. ni kene ikhlas .. kalo x ikhlas Allah x terima


kalo nak diikutkan.. memang banyak benda yang aku buat dulu.. pada mulanya memang x ikhlas sgt.. tapi bila lama2 dia dengan sendiri jadi ikhlas..benda baik ni bila kita buat Allah berkatkan.. huhu..'contohnya ..


DIBILIK
ubikentang: jom pegi usrah!
soyaa: ehmm ehmm...
ubikentang: jom la.. bes ni..
soyaa: ok jom..(aduih malasnye)


SURAU
setelah beberapa minit usrah bermula...
soyaa: bes gak ni.. huhu.. igtkn x bes.. 


ehmm.. itu kalo dalam situasi cm aku.. haha.. iaitu perpekstif ni..


kalo dlm perpekstif yg lain.. contohnya dr segi perintah wajib.. contohnya penutupan aurat dan sebagainya..


saya pasti kawan2 juga menghadapi masalah seperti saya.. yakni mempunyai rakan2 yang belum menutup aurat... memang x semua org yang  x menutup aurat tu jahat atau x baik .. tp mereka tetap juga x menutup aurat.. kdg2 tu org yg seperti itu lbih baik dri org yang menutup aurat.. 


saya ada seorang kawan seperti ini..
budi pekertinya sangat baik.. mungkin lbih baik dr saya.. tp yg kurangnya perintah yg satu itu je... pernah juga kwan2 chinese bertanyakan kepadanya kenapa tidak memakai tudung?? katanya.. masih belum bersedia.. mungkin juga betul dia x bersedia lagi untuk memikul perintah yg satu itu.. tp saya wonder MySpacesampai bila dia akan bersdia.. menutup aurat adalah perintah Allah dan banyak kelebihannya.. tdak ada apa lagi yang perlu disedia-sediakan lagi..


ada juga yang berkata.. "saya belum sampai seru dan belum bersedia lagi untuk bertudung".. ingin saja saya mengatakan kepadanya.. jika kamu x sampai seru untuk pakai tudung..boleh kah kamu bayangkan jika kamu berada didepan pintu syurga.. hanya tinggal utk dibukakan pintu sahaja.. dan malaikat firdaaus berkata.. saya masih belum bersedia lagi untuk buka pintu untuk awak.. sila tunggu smpi saya bersedia ye... (jika saya mempunyai kekuatan untuk berkata begini)


bagaimana perasaan kawan2?? semestinya ingin menembak sahaja malaikat itu dengan revolver kan..MySpace begitu la juga.. denganperintah menutup aurat ni.. sampai bila Allah mahu menunggu kita untuk mematuhi perintahNya??.. sudah diberi oxygen, ayam goreng, laksa, kimchi dan  ramen.. masih lagi x mau ikut perintah.. ape nak jadi?? dah la kita manusia melanggar perintahNya ..tp Dia masih lagi bermurah hati lagi still supplykan oxygen, megi, air sirap, intenet n sebagainya kat kita.. tidakkah kita patut lebih BERSYUKUR??


teringat saya tentang sirah Rasulullah S.A.W. Baginda begitu komited dengan Qiamullail sehingga bengkak2 kaki baginda.. merujuk kepada hadis ini..


Daripada Aisyah R.A beliau berkata: "Baginda bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kakinya", Aisyah pun bertanya "Kenapa kamu beribadah seperti ini ya Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang sudah lepas dan akan datang telah diampunkan???" Rasulullah pun bersabda "Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur??"
(riwayat bukhari dan muslim)


Sedangkan Rasulullah sendiri telah digerenti masuk ke syurga dengan NO doubt sekali.. masih juga menunaikan kewajiban qiamullail dan beribadah dengan khusyuk .. inikan kita manusia yang x ada gerenti lagi boleh masuk ke x.. haha.. lawakkan manusia.. masing2 bajet buat dosa mcm dh gerenti msuk syurga.. para haiwan dan segala langit dan bumi mesti gelakkan kita..MySpace


berbalik semula kepada tajuk diatas.. tidakkah kamu bersetuju dengan saya.. bahwasanya.. keihklasan akan lahir dr keterpaksaan.. dulu2 mse kat sekolah dulu.. aku igt lagi kitorg semua wajib solat 5 waktu disurau WAJIB DISURAu.. no sodorm.. mlasnye la nak pegi surau yang hanya beberapa kaki sahaja dr asrama.. terpaksa la jln pegi surau tuh.. tp lama2 dh jd ikhlas ke surau.. sbb kalo kat surau tuh bley baca Al quran byk2.. wat solat sunat.. mathurat dan sebagainya.. kalo sodorm.. solat biasa je la.. smpi sekarang juga keikhlasan dalam diriku ini mesti dipaksa.. tp kini x de sape dh nak suruh2 ku pegi surau.. solat jemaah ke hape ke.. seniri2 le.. teringat lagi tragedi aku, husna zubir n khod(dadih sedap) dikejar dengan ustaz suhaimi sudin dengan motonye..MySpace huhu.. memang pengalaman btol...


tanpa guru2 dan warden yang memaksa saya.. mungkin saya tidak jadi diri saya pada hari ini.. disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk megucapkan selamt hari guru kepada guru2 yang mengajar saya.. terima kasih cikgu..


sampai disitu je la entry pada hari ini.. jika ada pa2 komen dn kesilapan sila postkan diruangan komen.. 


p/s: 
1. penulis adalah sgt tidak bley dipercayai.. jika ada yg x bek pada diri penulis .. jgn ikut.. dan jgn lupa tegur penulis kerana penulis adalah manusia biasa yg selalu juga bajet cm bley msuk syurga..(mudah2an tempat kita semua disyurga)
2. penulis ada exam ari sabtu ni iaitu paper Mechanic B.. doakan ye... huhu
3. penulis nak cti sem dah.. starting 1 hb Jun 2010.. sehingga sept 2010..
4. penulis tengah cari rumah sewa.. sape2 nak tolong bley la tolong hehe
5. penulis sangat malas sekarang..
6. penulis sangat mangat untuk balik kerumah dan bekerja...hahha
7. penulis sangat berharap dia mempunyai kekuatan untuk berkata seperti diatas... huhu..


siiru ala barakatillah......

Friday, May 14, 2010

I am the BLACK sheep in the family...

Dah lama sangat aku x mengepost entry baru , selepas post yang lepas.. baiklah post kali ni berkaitan specially dedicated to my dearest family! huhuMySpace. x penahkan aku reveal ttg family members aku kan..ari jadi aku pun  dah lepas.. ari jadi adik perempuan kesayangan aku pun dah lepas.. fathers day pun dah lpas, mothers day pun dah lepas.. kire aku buat all in one la... pemalas!

Final Exam
Keadaan diriku pada waktu ini agak huruhara dan kusut masai.. dan utk pengetahuan rakan2 .. post ini ditulis selepas aku menduduki peperiksaan algebra yang sangat hampeh...MySpace..  terasa hampeh apabila aku x leh nak jawab semua solan walopun aku dh study..MySpace.. pape pun salah aku jugak... huhuh.. walau bagaimanapun.. masih ada 3 paper lagi untuk aku teruskan perjuangan and declare war with... aku x harap untuk dapat 100 tetapi ak harap aku dapat jawab soalan dengan smooth mudah mudahan... kepada kawan2 yang juga mempunyai masalah seperti aku .. marila sama2 kita menghayati isi surah Al Insyirah ayat 5-8...
.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
 5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
 6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
.Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap


sesungguhnya segala kesulitan itu adalah satu ujian dari Allah..ingat x satu babak dalam filem Ayat2 Cinta yang suatu ketika dahulu sgt2 la famous.. aku igt lagi .. tiap2 kali tazkirah maghrib kat skolah aku.. kalo x sebut pasai ayat2 cinta x sah..bla bla bla ayaat2 cinta.. bla bla bla ayat2 cinta.. huhuMySpacetopik yang selalu dikaitkan dengan ayat2 cinta ni selalu nya mengenai aisya dn fahri.. cinta mereka yang di belandaskan islam.. tetapi tahukah anda  salah satu ayat dalam filem tuh yang sebenarnya patut dihayati dengan lbih mendalam.... " Sesungguhnya Allah sedang berbicara kepadamu wahai fahri Afifah..." kata org dalam penjara itu kpd fahri... untuk maklumat lanjut tentang ulasan ayat2 cinta oleh Ustaz Hasrizal.. sila lah klik disini


seperti firman Allah dalam surah Al ankabut ayat 2
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


~ ~ ~ ~ ~ ~ * ~ ~ ~ ~ ~ ~


I am the Black sheep in the family


berikutan mothers day.. aku juga x ketinggalan utuk mengucapkan kepada ibuku.. happy mothers day.. dengan secara x segan silunye hehe.. seseungguhnya engkaulah ratu hatiku(iklan nespray)... org kate wat pe nak wat hari ibu ni..  sbnrnye hari2 hari ibu.. kate mereka2 yg len.. tp pada aku ape la salahnya kalau kita menzahirkan perasaan menghargai ibu kita kita pada hari2 tertentu.. mungkin ade yang x puas ati dengan statement ini.. x pe .. luahkan dalam ruangan komen yg disediakan dibawah huhu... tp aku just bagi ucapan hari ibu je.. x de bajet lagi.. kerana skang ni masih menganggur...MySpace ape pn saya sayang MAK!!!! muah.. hahaa (geli2)


tu dia ramai adik beradik mak aku.. ha teka yg mna satu huhu (yg pki bju kuning!)

ni adalah opahku... tq Opah!

kalo nak cte pasal opah aku.. 2 hari 2 malam x abis huhu.. xpe nnt aku wat 1 post khas utk Opahku yg tercintaMySpace

besday sisterku..MySpace
sebenartnya aku ngan  sister ak ni cm x kamceng sgt walupun besday kitorg dkat2 je.. mungkin sebab die terlampau kanak2.. tp kalo nak diikutkan die ngan aku x de la beza sangat umur... dan die juga lbih tinggi dari aku.. cume die kurus sket je dr aku muahahaha... tp x tau la nape x kmcing.. die juga selalu dibuli oleh kitorg adik beradik huhu MySpace.. kitorg panggil die dek na... dek na ni.. nme die mse kecik2.. sbb dia adik..tapi dah jd nama panggilan smpai skang.. smpikan adik aku(yakni adik kepada dek na) ni pun panggil dia dek na .. ahahah.. newey... die ni kadang2 baik gak.. dulu2 mse kecik2 geram gila kat dia sbb perangai dia sikit punya mengada .. hhahaa.. sori dek na akak kutuk ang ahahah..

sori dek na kalo gmba ni x lawa.. huhu sapa suruh wat mata cm tuh huhu

pasal i am the BLACK sheep in the family.. memang pun... aku la yang paling gelap dlm family... kalo nak banding ngan sister aku ni.. memang jauh gila beza warna kulit kami.. huhuMySpace.. ngan adik beradik yg len pun dorg lbih comel mse kecik2 dulu kalo nak banding ngan aku.. ape aku kesah... huhu
comel kan dorg..

ni adik kepada dekna .. dh besar x la comel sgt huhu

muka kitorg berbeza kan.. sesetengah org kate muka kitorg memang berbeza.. tp setengah org kate kitorg ade iras sket2... tp belum pernah lgila aku dgr org kate.. eh muke korg sme gler..
 xpenah org ckp.. muka aku ngan mak ayah aku pn berbeza (aku bkan anak angkat) huhu

ucup
x yah cte ar pasal die... bajet ensem je lbih padahal x pun... huhu

ayah~~
x lupe jgak kat ayah aku.. huhu.. ayah aku ni x garang sgt.. sush gile nak amik gambo die huhu.. satu fakta menarik tentang ayah aku ni.. ayah aku kurus gila.. berat die ngan aku .. ak lg berat huhu.. hebat kan..
ayah aku gila kurus walopun mengamalkan cara hidup sihat... beliau x merokok! respek2!.. aku rasa die sgt ensem!

ayah dikanan dan budak bajet dikiri... huhu



jojo dan shin bi..
sejak tahun lepas kitorg ada adik baru... nme die jojo..  die ni pun comel gak.. sejak ade kehadiran die aku bukan lagi the black sheep in the family huhu




itam dan gemuk kan.. huhu.. die menginap dalam khemah dalam umah kitorg


hahah... tapi disebabkan die ni selalu dibuli ngan kitorang.. pada suatu hari die melarikan diri dari rumah.. smpi sekarang x balik2 huhu.. sdih2.. semua org sedih..MySpace dulu kitorg ade bela rabit dua ekor.. disebabkan warga umah aku ni terlalu ganas.. mak aku takut rabbit tuh mati dikerjakan kitorang.. lalu mak aku pun jual rabit tuh... x sgka plak kitorg punya ganaz smpi jojo lari dr rumah..


shin bi...
huhu.. selepas 2 blan jojo lari dr rumah.. akhirnya kitorg dpt adik baru lg... nme shin bi huhu.. die ade iras2 jojo gak.. tp die kurus.. mungkin sbb kecik lagi kut.. die ni sume nak makan.. sme jgak macam jojo.. tp lagi extrem dr jojo smpi popcorn, bubur jagung, ais krim pun nak makan..huhu.. kdg2 tuh smpi nak amik makanan dlm mulut kitorg walupon dh bg dh die makan.. huhu


sempoi gile die tdo atas extension

kanak2 ribena

ok smpi situ je la post kali ni.. syukur pada Allah..mudah2an bertambah lagi la kasih sayang dan ketaqwaan dalam diri kita huhu
siiru ala barakatillah!

Tuesday, March 16, 2010

I am proud to be MALAYSIAN

Kabare??? 
MySpace

since the last post about two weeks ago , i really didnt touch much this blog accept for replying the comments.  Lately, i am very2 busy with tonnes of works and assignment and the worst with the midterm exam.. huhu.. and till this second, the exam still in progress.. i hope im not become a crestfallen MySpace when it comes to results.. i actually still thinking how to manage myself properly.. and it never ends..sometimes i didnt fall asleep because i am still thinking and cant stop thinking.. MySpacethats why my eye bag just like a "bag pack" hahah 

Rindu.. <3 <3
its about one month already i didnt go back home.. seriously, im homesick.. i wanna go home... if i can.. i want to scream MySpace as loud as storm to tell that i cant bear anymore the midterm test and wat so ever quiz.. please give me a break... i wanna go back la.. sometimes i think how i can escaping the class and go back home with innocent feel.. thats why i cant sleep.MySpace

Eh naga!!!! Bukanlah tu singa...

syukur kepada Allah.. i am Malaysian.. ya .. I am Malaysian... and i proud of it.. no doubt....i love all about Malaysian.. celebrations,races, harmonium, unity.. (neglected the politics side).. MySpace since i enrolled to this UNMC.. i realised.. i should love my country even more than others.. lantakla... others x nak love malaysia pn.. ape yang penting??? kejesame...

wat make me like this?? about a week ago.. there was a lion dance perfomance MySpace  in my university.. alot of people gathered infront of the admins... bunches of peoples ( majority foreign students la) they looks kinda stunning when they watched the perfomance.. (so does i am) ..the lion show was awesome! MySpaceits the most awesome lions dance i ever seen because i never seen a live performance of lion dance..

 lets take a look.. 



 tu la naganye... got 2 tails (ada 2 ekor naga)

caution: please don't plagiarise this action at home's

 ehem ehem..


the red is boydragon.. the yellow is the girldragon..
other than that is dragonball..

the words on the red paper said " may you have prosperity life this year" 

 last but never least, they are the "power generator" of this perfomance..

Bangga kan?! heehe    Malaysia... Saranghae  hehhe
MySpace
thats all for karutan yang ke 12... thanx for reading..
lastly i wanna highlight a hadis from hadith forty

the fifthteenth hadith


 Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
renung2kan dan selamat beramal... MySpace

Jika ada salah dan silap.. sila beri tunjuk ajar.. komen anda adalah sgt2 dialu alukan...


 

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...