Tuesday, August 23, 2011

Afifah: Saya yang sebenarnya


bismillahirahmannirrahim...

usai sahaja solat terawikh 8 rakaat td.. out of the blue ak tepikir tentang diri aku ni.. banyak membuang masa.. terjebak dengan perkara yang x penting, graph iman yang flactuate x tentu arah.. benarla kalam Allah .

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh (Al Asr-1-3)

terasa terkesan dengan surah pendek ni.. kadang kala terpikirkan masa lalu aku.. rasa malu pada diri sendiri bila memikirkan khilaf pada masa lalu.. terasa rugi tahap orang yang kalah judi bila mengenangkan masa2 lapang yang terluang yang x di manfaatkan...orang akan kata syok sendiri bila syok sensorang.. ni aku malu sendiri.. malu mengenangkan diri sendiri.. malu dengan diri , malu dengan Allah, malu dengan sahabat, malu dengan ibu bapa, malu dengan murabbi,, malu kerana diri ini Allah muliakan tapi , aku x memuliakan diri aku seprtimana Allah dan orang memuliakan aku..  layakkah aku mendapat kemuliaan ini ya rabb.. layakkah aku..
Membandingkan diri dengan sahabat2 yang lain, masyaAllah jauh bezanya aku..  teringat surah ass shaff

Wahai orang2 beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan (As shaf 2-3)

Kadang-kadang tatkala berkata2, terselit juga perasaan riyak yang mungkin menghapus terus segala amal2 kebaikan yang dilakukan.. sungguh! Menjadi zuhud itu susah! Sungguh!

Keluarga

Ada yang pernah bertanya, ibu bapa awak dalam line dakwah jugak ke.. saya katakan tidak.. tp tidak bermakna parents saya menghalang kebaikan yang dilakukan.. mungkin pemikiran ibu bapa saya agak skeptic dengan tabligh, tarbiyah dan kadang2 bercanggah dalam membantu saudara di palestin segala dan sebagainya… tp u have no right to judge my parent.. mereka menjalankan syariatNYA, menggalakkan kami berbuat baik.. teringat pulak kata mak kepada ucop (adik aku)

Mak: Mak bukannye mintak kamu jadi cam ustaz amirul tu(mse ni  femes cerita ustaz amirul yg ashraff muslim belakon tu).. mak Cuma mintak kamu jadi manusia,, jadi normal.. malam duduk umah.. x merayap sne sini..

saya juga tiada hak untuk mengtakan yang bukan2 tentang ibu bapa saya..  siapala saya untuk mengatakan itu dan ini kepada ibu bapa yang membesarkan saya.. serta berkorban susah payah untuk saya… memberi perlindungan serta memahami saya walau kami bukan la dari org senang.. ibu bapa saya bukanla dari kalangan yang berpelajaran tinggi serta not making a lot of money, BUT im proud of them! Mak saya pandai cakap cina! Ayah saya pandai menjahit!..kita akan dapati keistimewaan mereka jika kita melihat dari sudut yang berbeza.. Indah sungguh cinta kepada ibu bapa ni, CINTA UNCONDITIONAL kot!  Adik beradik.. tiada apa yang nak dibanggakan dengan adik beradik saya.. adik saya bukan mat rempit walaupun kadang2 blik pada 2.30 pagi hanya untuk bermain futsal.. saya juga bertengkar dengan adik beradik... solat juga mesti disuruh2.. kalo x fly away la solat tu.. tp syukur apa yang ada.. syukur bila mengenang org  kurang bernasib baik lg dari diri saya ini yang dikurniakan adik beradik yang derhaka terhadap ibu.. nauzubillah.. selain itu saya juga ada dua adik beradik yang lain.. seorang adik perempuan tingkatan 3 n satu lagi adik lelaki darjah 6 =)

Obedientkah saya??

kami semua bukanla jenis yang obedient..contohnya bila disuruh ini.. terus buat.. saya bukan bergitu.. mungkin mengatakan sekejap pada mak 2-3 kali barula buat benda yang disuruh.. saya juga manusia! Bohongla dikatakan saya akan terus buat apa yang mak suruh.. hehe.. itu cerita lagenda hape tu.. hehe.. saya juga bukan la jenis yang berlemah lembut dengan adik beradik indeed .. kalo bercakap dengan mereka juga saya membahasakan diri saya “aku” bersama adik beradik.. bercakap antara satu sama lain dengan kasar dan seperti menjerit.. tp x bermakna saya x baik dengan mereka..bersembang bende yang dunia.. sayanbukanla org yang x pernah bgun pukul 11 pagi.. kadang2 terlajak juga tidur..  kadang2 pernah juga saya membiarkan ibu membasuh pinggan sensorang didapur tanpa membantu.. membiarkan ayah membasuh baju..  saya tidak sempurna!.. kadang2 membiarkan bilik tidak terurus.. sehingga disound mak.. hehe.. tapi x la saya x bantu mak langsung.. melampau la tu..  saya memang bukan perempuan melayu terakhir! BUT I try to be one! The one with SOLEHAH title not just only the perempuan melayu terakhir one =)

Aktiviti saya

Every summer break, ill try to make money.. oleh kerana jika aku duduk saja dirumah.. mengabiskan beras je.. makes money bley bantu mak ayah.. x yah la sara aku.. aku sara diri sendiri.. malu dengan diri snediri… bila adik aku bekerja untuk menyara dirinya dan bg duit kat ibu bapa serta mengambil repeat spm tahun ni.. aku hanya mampu memberikan sedikit dari allowance scholarku saja.. kehidupan kami agak sempit bila ayah buat keputusan untuk buat rumah dikampung untuk memelihara tanah peninggalan arwah opah....tp Alhamdulillah tatkala aku kesempitan wang, ada saja tangan yang menghulurkan.. Rezeki Allah.. untuk pengetahuan tuan puan saya pernah langsung tiada sesen pun dalam purse saya .. sebab tu aku jarang menolak kalo ad yang memberi.. hehe =).. I have no time for sit back relax.. keluar sini, keluar sane with friends… I must makes money! To join those remarkable activities with UNIM sisters, to travel, to give away presents to my family, to treat my siblings.. 

Benar! Saya pernah mengatakan kepada adik saya ketika berbual2 bersma

Aku: cop, aku rasa skang la masa family kita paling susah kan..
Cop: aku pun rasa cm tu..

Kesusahan ini mengajar! Mengajar erti titis peluh dan jerih payah mencari rezeki, BENAR ianya mengajar! kesusahan itu ujian, kesenangan juga ujian.. Rezeki itu ketentuan Tuhan.. tiada satu apa pun dapat meghalang ketentuan Allah.. jika rezeki saya.. maka tiada satu apapun boleh menghalang..saya pasti tiada diluar sana yang sama seperti saya.. dan kita x akan sama.. saya bersyukur menjadi diri saya ini..saya percaya janji Allah

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabku sangat berat (Ibrahim- 7)

mudah-mudahan diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.. menjadi lebih rajin.. diredhai dan dijagaai Allah.. tiada yang lebih bermakna daripada kasih sayang dan rahmat dariNYA.. Allah yang Maha Kaya..

And lastly saya nak tegaskan disini SAYA ADALAH BUDAK KAMPUNG!

Mudah mudahan kita semua dibawah rahmat dan kasih sayangNya.. Im glad we are a family!



Nota kaki:
~kenapa aku menceritakan semua ini?? Aku pun x tau.. tangan aku ni tulis non stop!
~mungkin sebab nak korang lbih mengenali aku, dan bukanlah untuk membuka pekung didada dan bukan untuk riyak ujub atau sum’ah.. mudah mudahan dijauhkan Allah
~untuk menjadi lbih terbuka ketika menulis entry di blog sendiri..
~ terpulangla jika kalian ingin judge saya, pada saya hanya Allah saja yang berhak menilai dan judge ciptaanNya ini
~doakan saya untuk rabu dan khamis ni.. doakan saya!
~ selamat mencari lailatu qadar
~ini adalah entry paling sincere dari lubuk hati saya..

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 11

Bismillah..

sambil menghirup old town white coffee (3 in 1 punya).. jari aku ni pun menaip la article.. kalo nak diikutkan ak ad byk keje gak nak disetelkan..(mengalahkan wanita bekerjaya!)

dalam 11 hari berpuasa ni.. aku berkesempatan la untuk berpuasa di teratak yang tercenta ini.. di Kampung Bendang Siam (bukan kat siam ok!)

di bulan mulia lagi berpahala ni.. memang x sangka betul ada 2 makhluk  dalm umah aku x menunaikan ibadah puasa.. byk kali jugak aku tegur dorang ni.. semua cara aku dah guna.. seperti hadis

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

tapi x berjaya juga nak mengubah mereka ni.. ak pun pening dibuatnya..
ni dia..

 ni dia Temok yang beratnya sma seperti beras 10 kilo..

ni Along yang x berapa nak frenly.. frenly ngan bapak aku je..

********

juadah berbuka

ari ni ada masakan istimewa.. yakni PENGAT PISANG YANG PALING RINGKAS DIDUNIA... yeah.. meh nak kongsi sket.. cara cara nak buat pengat pisang yang ringkas.. cikjah sila tulis ye! ;)

bahan bahannya
2- 3 sikat pisang(potong dadu)
1 1/2 senduk gula( boleh guna gula merah/melaka jugak!)
1 mangkuk santan (aku punya guna plastik, sbb bli kat pasar)
1/2 senduk sagu (kalo ade)
daun pandan (kalo ade)
garam

cara2nya
 1. msukkan pisang dan sagu.. dan air.. didihkan sampi sagu kelihatan jernih
2 masukkan santan n daun pandan, biarkan seketika..
3. masukkan gula n kacau..
4 .msukkan sedikit garam hehe
* perlu diingatkan supa mengacau pengat.. takut melekat kat periuk!

tada!

sekian terima kasih! tu saaja saya nak mengarut malam ni.. jangan lupa doakan saya berjaya ! =)

Selamat Menunaikan Ibadah! =)

Wednesday, July 13, 2011

Mehnahnya Talaqqi dan Gegar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

seperti mana kebiasaan aku memnag x tau nak stat menulis entry ni cmna..  dah tulis.. padam balik.. dah tulis padam balik.. mengalahkan nak jawab soalan Thermodynamics!

Kehidupan di Bangi

disini bukan sahaja aku menjaga kedai jamu.. di kelapangan ni jugak aku amik peluang bertalaqqi bersama mak cik ku.. alhamdulillah ak berpeluang bertalaqqi dengan mak cik yang berjaya belajar selama 7 tahun di masjid negara..
Perit rasanya pada 2-3 hari pertama kerana , aku merasakan aku boleh membaca dengan baik.. tp sebaliknya banyak lagi yang perlu aku improvekan dalam pembacaan aku walaupun bacaan ku hanya mengikut riwayat asim sahaja yang memang dipraktis sejak kecik
berlarutan sehingga minggu kedua, Alhamdulillah semua nya lancar! =) Alhamdulillah syukur nikmat Allah!

Mengajar Mengaji

ok kat sni ak jugak ajar budak2 ngaji.. disebbkan makcik buka kelas ngajar ngaji kat sini..klas tiap2 isnin , rabu n jumaat.. disamping ak, ada 2 kakak lg yg tolong ajar Kak Farah n KaK Seha.. dorang ni student UKM & KUIS.. kat sini juga ada mengajar org2 dewasa.. kalo orang dewasa biasanya makcik aku yang ajar..  ni adala sample2 muka kanak2 yang belajar disini..


   Budak ni nama zaim =)



 ni dina , comel kan?? cam mia sara

ni budak banyaaaaaaak auta time nak ngaji, Haziq

Gegar SBPIKP

alhamdulillah jugak tahun ni dapat jumpa kawan2 di gegar! =) jumpa adik2.. dan jumpa sekolah yang tercinta!!.. tp bayak perubahan yang dah berlaku kat sekolah.. macam2.. kalo nak cte kat sini semua.. macam x syok.. lbih baik g skolah n sembang2 ngan junior2 hehe..


  kawan2 dan fasi2 yang haPENING

 adik2 junior!

 =)

rakan2 seperjuangan!

rakan rakan ILYSM!


**************
#saya rasa ad sesuatu yang besar akan melanda saya.. saya rasa saya patut bersedia..
#mungkin benda bear yag bakal melanda saya itu dapat mendidik saya menjadi lebih baik selepas ini..
#mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan saya dunia akhirat..
#dan saya rasa saya patut berubah dan sabar! SABAR itu kunci!
#saya mohon doa dari rakan2! =)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga.
(HR Ibnu Majah)


Wednesday, June 8, 2011

Penjaga Kedai Jamu~

antara jamu2, produk kecantikan dan ubat ubatan suplimen yang ada di kedai

sempena cuti sem ini, mak cik aku ade minta tolong untuk jagekan kedainya di Bangi ni.. kurang dari seminggu je aku dapat menikmati cti sem aku di rumah.. selepas seminggu kena bergegas ke Bangi pulak.. beban terasa.. hanya 3 hari sempat berada dirumah setelah pulang dari kampus.. lepas tu terus balik kekampung opah di Manong, Kuala Kangsar.. dah berbulan juga tiada cucu yang balik umah opah ni.. aku pun dah 2 bulan x balik ke Perak.. Opah duduk sorang2.. kadang2 mak aku or mak cik2 balik ke kampung.. ak teman opah dlam 2-3 hari dan terus ke Bangi.. sambil dengar opah berceloteh (proses membaca khutbah hehe)... kepada sesiapa yang x tahan dengar orang bercakap x boleh dgr khutbah ni.. sebabnye kadang2 khutbah ni berlanjutan sehinggga berjam2 lamanya..


kata adikku~ kakak, macam mna ang boleh tahan dengar opah cakap byk2?
aku~ sabar kot.. (senyap jap pikir) bukan sbar je tapi aku ikhlas dengar sebenarnye..
adikku~ oo x tahan aku lme sgt opah bg khutbah! huhu

salah satu sebab cucu lain x tahan balik umah opah sebab tu sebenarnye.. aku pun wonder cm ne ak bley tahan heheh.. tapi semua yang opah cakap tu semua betul.. orang kate .. kalo balik umah opah tu..dapat la jugak bagi diri ni makanan rohani lebih sket.. bagi jamu sket kat hati ni heheh (promote jamu!)


Kedai Jamu
currently, mak cik aku balik kampung, umah opah la.. so aku la jge kedai ni.. pagi2 dh jual surat khabar.. kadang2 ada customer suruh aku syorkan produk untuk dorang.. yang sesuai utk orang mengandung la.. ape kegunaan sendayu tinggi D'Folia la.. tentang set bersalin lah.. terdiam aku seketika... rasa cm LOSER gila sebab x leh jawab.. kadang2 tu customer minx, satu product ni, contohnya Pati Ikan Haruan American Ginseng, aku cari punya cari x jumpa2.. pastu customer tu pun balik la.. lepas 2-3 minit dia balik.. rupa2nya Pati Ikan Haruan tu ada dkat2 situ je.. adoi.. mse ni la aku rasa cm nak hentok je kepala kat dinding!MySpace  ah LOSER!!!! bila Customer msuk je.. aku x tau nak kata ape.. jadi keras membatu aku.. orang kata, mati kutu lah aku ni!

tu dua tiga hari je.. skang ni Alhamdulillah.. I'm fine with those jamu's or supplement that u want &customer indeed!. kismis, ke madu ke semua ada .. air zamzam pun ada.. buku2, alQuran semua ada.. 

**********

#kalo free sila la datang ke bangi ni.. beli2 barang.. hehe
#jiran kedai ni kedai jahit.. dia kalo tgk aku free je dia suruh aku jahit sembat baju tempahan dia.. aku pun buatla.. menyesal pulak aku cta kat dia aku boleh menjahit.. dia x bayar ape2 pun.. at the same time aku bersalah plak kat mak cik aku.. mak cik aku bayar aku bukan suruh jahit jiran sebelah punya baju tempahan.. dah le dia x bayar pape kat aku..
#menyesal x baljar menjahit baju kurung n sebagainya dr mak.. kalo x boleh amik tempahan baju raya tahun ni.. dpt pocket money sket.. jiran yg menjahit ni , dia amik RM50 sepasang bju.. gila mahal baq hang!
#risau pasal result.. doakan la ye..
#mudah2an dapat join usrah fathin and budak2 UKM.. =)
# lagu Maher Zain- Freedom tu sdap jugak! credit to Hakim Cirun!

Tuesday, May 3, 2011

finalising!

selepas hampir setaon menjadi penuntut dibawah aliran mechanical engineering,
menjadi 2 orang perempuan muslim dalam kelas yang hampir 130 orang, 
dan menempuh liku2 workshop yang sungguh mencabar ketahanan fizikal (exaggerate!)  
akhirnya final exam untuk tahun 1 ni menjelma juga,,
dengan berbaki lagi 7 hari.. 
aku masih belum menghabiskan lagi sylibus2 pengajian yang sepatutnya teguh tertanam didasar sel2 otak.. bukan itu sahaja.. 
masih ada kuiz online electromechanical systempunya subjects..
x cukup dengan tu..
essay untuk professional studie masih belum menunjukkan batang hidungnya.. 
sudah hampir seminggu aku berjaya berpuasa facebook..
arghh persetankan facebook. 
bukannya aku ada fanpage pun nak kene layan..
ni webct n online portal plak x boleh bukak.. 
menyirap jugak la darah aku..



*************************
sekian, terima kasih

Tuesday, April 5, 2011

Rasa cam nak menyorok dalam poket seluar!!

assalamualaikum...

minggu ni saje aku ade byk mende nak buat....
first skali aku ada 2 lab report untk minggu ni.. (satu dh anta)
tambah plak ngan air compressor project.. yang x tentu hala dengan group member yang x komunikasi..
x cukup dengan tu.. yang plg besaq presentation esok..
aku dh rase cm nak menyorok dalam poket seluar dah ni.. x nak presentation esok!!!

dan skang ni.. aku boleh plak blogging lagi??! adoyai!!!!! MySpace

**************
ah bajet ko sorang je byk kje.. orang lain x de keje???
orang lain siap boleh jd volunteer kat bunkasai n KIN lgi huhu merujuk kepada mirull heheh
tu la ade mase ber poya2 je tau..
bukannye nak kutip emas2 (ilmu pengetahuan) sedangkan bangsa barat sibuk bizi body la nak kutip emas2 ni..

Perang uhud..

nak sebut sket pasal perang uhud ni..
korang tau x perang uhud?? x tau x pa.. saya x marah.. saya pun x tau jugak dlu.. kjap lg anda akan tau.. kalo x pun anda tau tp anda terlupa.. mungkin dlm perut korang tgh berfikir,, prang yang kalah pasai umat islam p kutip rampasan oerang tu ka?? perang yg kat bukit uhud tu ka?? betui la tu.. yang tu la dia.. ish buat2 x tau plak,,,
perang ni berlaku pada 15 syawal tahun 3 hijrah ( bru 15 ari lepas raya kot depa dh perang, kita ni perang nafsu nak puasa enam pun tewas.. huhu) perang ni lpas berlakunya Perang Badar...

mulanya orang kafir ni nak balas dendam la akibat kekalahan dorang dlm perang badar sebelum ni.. bayangkanla 70 ahli parlimen/kabinet kira menteri2 depa la yang mait (orang2 besaq tu).. cuba kita punya menteri2 mati kena bunuh ngan orang lain.. mesti nak kasi revenge balik kan..MySpace
Rasulullah pun dah mengatutr strategi yang gila punya chantek dah untuk perang tu... 

Ibrahnya..
pada mulanya orang islam dah menang.. tp akibat kealpaan dri keseronokan kemengan tu.. dorang x dengar ckap Rasulullah untuk bertahan di posisi masing2..depa semua turun pi amik harta rampasan perang.. lalu diserang semuala oleh pihak lawan..

seramai 70 orang umat islam syahid dalam perang ni.. temasuk la pak cik Rasulullah..saidina Hamzah bin Abdul Mutalib yang femes dengan gelaran Asadullah (singa Allah) dan Hanzalah bin Abu Amir yang sggup meninggalkan isteri di hari pertama perkahwinan..

lalu kalah lah umat islam dlam perang ini.. tp walaupun kalah.. ada ibrah yang terbesar kita boleh kutip dr sejarah emas perang uhud ni... sejarah ni la yang aku dok kate orang barat dok bizi body sgt nak ikut., yang kita ni nganga ja .MySpace
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah  meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:

"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan"  

same goes to others things.. contohnya belaja ke... walaupun kita gagal ke dalam exam ke.. x perform well ke .. Allah dah bg motivation awai2 lg.. sebab Dia la yang paling tau ciptaan Nya ni..

Nota Kaki

*~msa perang ni khalid al walid belom islam lg.. die la panglima berkuda kaum musyrikin 
*~sebenarnya byk yang nak diceritakan dlm perang ni.. lbih baik korang semua cari n baca sendiri.. x pun berusrah.. byk yang saya x ceritakan disini.. contohnya .. bagaimana para sahabat mempertahan kan Rasulullah dengan sungguh macho, dan bergaya sekali.. sahabat2 ni semua sharp shooter tau dak.. lg hebat dr drama IRIS yang aku bru tgk bru2 ni.. dan lagi satu salah faham yang berlaku sebelum perang ini ,, yakni orang kafir igt depa dah bunuh Rasulullah,.. tp sebenaqnya depa bunuh sepupu rasulullah yang muka seiras macam Rasulullah.. jadi untuk tahu lbih lanjut.. MySpacekene buat homework sket la.. x pun bincang2 ngan usrah masing .. hehe

p/s: doakan aku untuk esok ek kwan2.. ketaq ni.. huhu
kata-kata semangat untuk diri sendiri: dapat x dapat, tu belakang kira, janji dah usaha! =)



Wednesday, March 30, 2011

nak habaq ni!!

assalamualaikum

rasa urban gila la plak blog bila jadi cam ni hahah...
aku rasa cam nak canang kat seluruh dunia sebab dpt buat share button ngan bley buat yang "anda mungkin juga meminati" tu hehe..
k ar.. off dlu nak p usrah plak ptang ni.. huhu
papai =)

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...