wah3.. gempak giler tajuk.. dari notts ke birm.. aahh lantak la org nak kate ape.. macam aku pedulik sgt cakap korang.. bukannye korang post comment pun kat aku... hahah...
post ni nak ucapkan sanah helwah kepada husna zubir.. x dak harapan melebihi harapan ang sendiri terhadap diri ang sendiri.. ang sendiri tahu apa yang ang ingin gapai dalam hidup ni.. dan akhirat kelak.. aku mengharapkan/doakan apa yang terbaik untuk diri ang .. semua y baik.. anak yg solehah,solehah n muslih..
byk yang nak diceritakan kat sini.. tp words can't never tell the real feelings haha (mcm gay la plak haaha) wokeh cakap byk pun x guna.. check this out (sbnarnya aku rasa korang x paham pun motif video ni.. tp x pa la.. tgk ja.. wat release tension hahah
video ni aku rasa aku sorang ja yang faham hahahah...
yang bahagian yg remote tu.. sbnarnya macam aku tekan remote la nak bg keluar tulisan kat langit tu heheh (sori imaginasi aku terlebih haha)
Sunday, March 6, 2011
Tuesday, March 1, 2011
Ulang Tahun
assalamualaikum semua..
dengan ini aku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada muhammad syahmien kerana telah berjaya menggapai umur 20 tahun ni hehehe..
ada satu peristiwa yang aku x leh lupa yang ang buat kat aku msa birthday aku.. msa tu, ang ada presentation kat perhimpunan.. pastu ang announce birthday aku... dah la ang cm pemalu2.. pastu ang bley annouce birthday aku plak.. gila terharu aku.. huhu.. jadi aku pun nak buat la sesuatu yang mungkin ang akan igt la.. hehe
ok then.. plis check this video out!.. tp perlu diingatkan disini.. ni bukan video IniAnwarHadi ka, Mudluthfi ka .. Cikgu Shida Dari Parit pun bukan.. hehe
p/s:siap ada subtitle tu haha.. harap2 ang terhibur la..hehe =)
p/s: jgn bukak video tu bsaq2.. nnt nampak sgt gigi aku ni jarang hehehe
aku mendoakan semua yang terbaik untuk ang!.. mudah2an ang menjadi anak yang solehah, muslimah solehah.. isteri solehah ehem3.. hahahah
mudah2an menjadi murabbi/cikgu yang berjaya mendidik anak2 bangsa =).. (terpatriotik plak aku!)aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ang.. =).. ini lah ukhwah fillah!
mudah2an menjadi murabbi/cikgu yang berjaya mendidik anak2 bangsa =).. (terpatriotik plak aku!)aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ang.. =).. ini lah ukhwah fillah!
Sunday, February 27, 2011
Entry Panjang!
actually aku x tau nak cte ape kat belog aku ni.. dah kekeringan idea yg bernas.. huhu.. aku sebenarnye banyak nak cte tp kadang2 tu nak menulis ni yg malas ni.. stalk page org berjam2 x pe pulak.. nak tulis entry x nak.. aish..
baiklah kali ni aku nak cte pasal program Pre ISK (Ini Sejarah Kita) yang diadakan di rumah aku kali ni.. Alhamdulillah semuanya selamat ... semuanya berjalan lancar dengan izin Allah.. ni first project akudan teman seperjuangan bersama MISOC (malay islamic society).. terimakasih buat teman akhowat kerana membantu menjayakan program ISK sulung kita ni.. sangat2 apreciate.. dan hanya Allah saja yang boleh membalas kerjasama dan kebaikan kalian.. terima kasih juga kepada yang sudi meluangkan masa selama 3 jam utk mendengar sedikit sebanyak tentang tujuan kita hidup kita.. (aku ni tulis bajet macam dorang baca blog aku! ceh!)
Organizer
sebagai organizer program ni..dah la organizer pastu person incharge kepada semua bahagian.. aku memang style buat muka bodo je.. pastu style lambat2 sbb minggu ni aku ada lab report kene antar.. pastu aku buat bodo je la pasal ISK ni smpi la ari khamis ari tu.alhamdulillah ade rakan2 usrah dan seperjuangan makes move.. aku dah macam nak give up dah ..s ebab program ni buat ari sabtu.. tp mse ari khamis tu aku x wat pape lg... x de ape pn yang siap.. perancangan x teratur lg.. x konfirm lg sape nak datnag.. ade ke org nak dtg.. fuhh..
pastu setelah berfikir sejenak.. kenapa aku buat program ni..untuk apa.. untuk siapa.. aku rasa aku mesti buat program ni for the sake of my sisters.. and my friends.. untuk Islam...aku just berserah je pada Allah.. jika program ni x jd minggu ni pun.. mungkin itu yang terbaik.. tp Alhamdulillah dengan izin Allah.. dapat jugak kitorang wat program ni.. syukur2..
ni la sedikit sebanyak yang kita kupaskan dlm ISK adalah mengenai hadis ni..
dari abu hurairah R.A, Rasulullah bersabda, "Manusia seperti LOGAM, baiknya mereka ketika Jahiliayah, baiknya juga semasa meraka islam, sekiranya mereka faham"
Sahih Bukhari
dalam hadis ni mengatakan kan kalo seseorang ni baik ketika bukan islam nya mereka maka akan baik juga ketika islam.... jika mereka faham ISLAM tu sendiri.. ala macam Umar alkhattab tu.. semua orang kenai tahap ketegasan dia, garang..masa dia jahiliyah.. gila meluat dia kat rasulullah.. kalo ada sesapa sebut ja nama Rasulullah tu.. teruih ja dia ni naik baran.. tp bila dia masuk islam.. dia punya tegas tu beralih arah.. tetap tegas tp dengan ISLAM sebagai garisan.. kerana dia paham islam tu... Dia mengisytiharkan keislaman dia.. kat depan orang ramai.. hebatkan dia! hebat! sebab dia paham!
kenapa logam???
sebab logam ni..kita guna ja.. kalo dia elok.. kita buat kereta la.. sudu la .. kuali la.. tp kalo dia buruk kita bley guna x lg??
still bley guna .. kalo kita jual.. laku ja.. logam tu.. kalo x laku... xkan ada org sanggup curi cable letrik kat kampung Opah aku tu..
Usrah
sbanrnye aku dah lama join usrah kat notts ni... tau x aku amik masa nak dekat setahun lbih untuk serasi dengan ahli2 usrah aku.. nak bersenda gurau...termasuk la dengan kak naqibah aku.. punya la lama..
dulu2 datang usrah pun malas gila.. memang habaq la kat angpa suma.. errrrrrrrrrgg.. memang nak bukak pintu nak p usrah tu mmg malas.. tambah2 bila kak usrah kol.. tanya nak p ke x usrah.. kadang2 tu aku x angkat je phone tu.. jahat kan aku.. tp hakikatnye pegi usrah dan ceramah ni.. adalah satu cara kita nak bg makanan rohani kat diri kita ni.. yg kadang2 ketandusan makanan hati... dan sekarang Alhamdulillah .. (mudah2an berkekalan)
sebenarnya nak pegi usrah/ceramah.. senang cakap majlis ilmu ni.. kena ada effort ... kalo kita x pilih diri kita, Allah x kan pilih kita..
contohnya..
kalo korang x pilih diri korang utk pegi usrah.. Allah pun x pilih diri korang utk pegi usrah jugak....
kalo korang puilih untuk menghina diri korang.. Allah akan menghina korang la..
the one that choose is YOU... then Allah will give it to YOU.. Allah tu maha mengetahui cik adik cik kak ooii.. dia tau apa ada dalam hati kita ni.. kalo kita btui2 nak, kita akan dapat insyaAlah kalo benda yang kita nak tu memang betui2 terbaik untuk kita... yakin lah pada ALlah.. jangan buruk2 sangka padaNya.. ada hikmah disebalik apa yang terjadi..
Ujian Ini
Aku sebenranya x layak pn nak cakap apa2,, aku harap sem ni aku nak lbih berusaha.. x mau malas2.. sebenarnye dengan usrah ni, daurah ni la aku gain kekuatan utuk mengadapi ujian2 yang mendatang.. hari x semesti sentiasa terik.. kadang2 mendung, kadang hujan.. kadang tu ribut pun ada.(ni bg negara yang beriklim khatulistiwa saja, kalo yang bukan tu.. negara ada salji ka, luruh ka aku x kira) . jadi kita kena redho la.. Perjalanan kita bukan setakat disini ja.. pnjg lg.. tetiba teringat lgu raihan ni..
aku nak highlight kat lirik ni
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan...
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan...
ps: angpa ingat senang ka nak senyum waktu susah?? susah.. sebab susah tu la tanda ketabahan! =)
Wednesday, February 9, 2011
Ya Saya Suka!
Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
p/s: lagu yang benar2 ingin saya kongsikan.. dan ingin orang lain juga menghayati lagu ini..
Wednesday, January 19, 2011
Erti Menjadi Dewasa =)
ya setelah 20 tahun hidup dimuka bumi ini..
dan dalam 2 tahun akhir ini adalah bermula nya kehidupan sebenar sebagai seorang manusia yang perlu berdikari..
berlatih mendidik diri untuk menjadi matang dalam setiap keputusan yang dibuat..
mengerti akibat dari keputusan yang dibuat..
mengerti semua urusan2 hal ehwal rumah tangga(bil etc)...
mengerti menjadi seorang remaja..
menegrti dengan berbagai kerenah orang dari pelbagai bangsa..
mengerti tentang ideologi yang dipupuk kepada suatu bangsa atau politik..
mengerti tentang perlunya berfikir untuk orang lain..
mengerti tentang hasad dengki..
megerti tentang reality mean girl (yg mcm cte omputih tu)..
mengerti tentang cinta..
mengerti tentang hakikat hiburan dan konsert...
mengerti untuk berbudi dan berbakti ...
mengerti untuk memahami orang lain..
mengerti untuk sama2 mendidik diri, keluarga dan saudara mara seagama..
mengerti tentang tanggungjawab..
mengerti tentang pengorbanan..
mengerti untuk menjadi tabah..
mengertinya tarbiyah..
dan mengerti untuk menjadi DEWASA..
ya DEWASA
berfikir bukan untuk diri sendiri sahaja.. bahkan untuk orang lain juga..
dan mudah-mudahan diri ini terus thabat!
p/s:
1. 3 down 1 to go!
2: selalu terjumpa status seseorg ni slalu berkalau2.. sdih penulis dibuatnya.. takut2 Allah menarik balik nikmat yang ada.. becarefull for what u wish for.. maka mari kita sama2 renungkan sabda nabi ni..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
3. penulis akan balik bercti selama 2 minggu. Mudah mudahan sem baru ni membuka lembaran baru kepada penulis untuk membuat anjakan paradigma. meluangkan masa lebih kepada berfikir. bermujahadah.
4. sejak masuk university ni, penulis kurang membaca buku.. maka mudah2an tabiat membaca buku ini dapat dipupuk semula seperti dulu2. mungkin lebih dari dulu. walaupun teknologi semakin maju mengikut peredaran zaman dengan blog, namun buku tetap nombor satu!
Tuesday, December 28, 2010
Cinta~
Cinta~ saya ambil masa begitu lama untuk menulis tajuk cinta.. sejak dari mula saya membuka blog ini lagi… saya masih belum mengupas tentang cinta… entry ini dah begitu lama dalam simpanan saya.. biarpun x ditulis saya sentiasa ingin menulis tajuk ini.. mungkin rakan2 yang lain x perasan bahawasanya saya tidak pernah menyentuh sedikitpun topic ini sepanjang blog ini membuka tirainya
Melihat blog rakan2, ramai yang telah mengupas topic yang tidak asing ini, saya juga ingin mencuba mengutara sedikit pendapat yang mungkin hanya karutan untuk pembaca sekalian. Mungkin juga sedikit sebanyak kupasan tentang topic cinta ini ada kena mengena dengan kalian.. saya memohon beribu kemaafan dari pihak pembaca sekalian, sesungguhnya saya hanya memberikan contoh untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.. mungkin juga kisah2 ini adalah salah satu persinggahan dalam perjalanan hidup saya..
Definisi cinta..
Cinta adalah salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.. satu perasaan yang akan membawa kan satu bentuk kebahagiaan dalam hati… kata orang cinta boleh membuatkan kita bersemangat.. hehe.. itulah cinta.. dan rasa dan perasaan ini juga salah satu dari beribu tanda cinta Nya kepada kita… dan kita seharusnya membalas perasaan itu kepada Allah.. agungnya cinta Allah itu tidak dpt diungkap dengan kata kata..
Cinta manusia..
Islam itu diatur Allah cantik.. syumul(menyeluruh) tiada cacat cela dan mencangkupi semua aspek kehidupan dan kematian. Itu lah sebabh Allah mengurniakan cinta sesama manusia untuk melengkapi dan menemani seorang manusia tersebut.. siapa kata Allah suruh kita beribadah kepada tanpa menghiraukan orang lain.. maksud saya tanpa memperdulikan hal dunia yang lain… Allah menyuruh kita memilih pasangan yang baik, yang soleh dan solehah, yang boleh ingat mengingatkan antara satu sama lain untuk menemani kita sepanjang hayat .. ianya juga sebahagian dari ibadah…subhanallah indahnya islam itu.. maka sandarkan cinta itu sebaiknya…
Jodoh
“ kamu percaya pada jodoh, fahri??” kata maria, lalu jawab fahri(aku x ingatla apa fahri ckap, seriously! Bukan nak wat lawak, tp btui2 x ingat) lalu maria kata “jodoh itu adalah dari langit”(lbih kurang la). Ujar fahri “jodoh itu bukan dari langit tapi ..dari hati.. dekat sekali” lalu maria berkata “aku percaya kok, kalo sungai Nil dan Mesir adalah jodoh.”
Ya jodoh.. jodoh adala rahsia Allah.. tiada siapa tahu jodoh mereka… saya juga.. sebab itu ada orang cerai berai.. orang kata x de jodohkan.. maka berdoala mudah-mudahan mendapat jodoh yang terbaek!
Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama.” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”
p/s:
1. baru2 ni penulis pulang ke kampung utk menjaga opahnya, akibat dari ceramah agama dan perkahwinan yang disampaikan oleh opah penulis setiap hari (bukan setiap hari, setiap mase), lalu penulis membuat keputusan utk mengepost entry ini..
2. hal ini terjadi kerana, sepupu sepapat penulis sudah besar dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga belaka..
3. penulis bakal menduduki peperiksaan pda bulan Januari nanti.. doakan ya!
Thursday, October 21, 2010
woah... a brand new sem started already.. huhu
poyo gila tajuk.. hehe... pape pun Alhamdulillah dah genap sebulan aku memasuki dunia undergraduate nih.. setakat nih semua ok2 je.. macam biasa.. kehidupan aku agak busy jika dibandingkan dengan kawan2 aku yang kos lain (disini la).. hehe.. slalunya msa aku pegi klas dorang masih tdo lagi dan blik klas plak dorang pun tgh tdo.. tp kalo dibandingkan dengan universiti lain boleh dikatakan sesi pembelajaran di universiti aku ni mula agak lambat.. pkul 9 baru start.. tp kat sni memang punctual la.. start pkul 9 dan habis 10 minit awal sebab nak bagi masa untuk pelajar bertukar kelas... jadi sesi pembelajaran yang akan bermula lepas sebuah klas tuh akan start on time la.. klas aku pling awal habis pkul 5 dan pling lmbt abis pkul 6.. menjadi salah seorang daripada 2 orang pelajar perempuan melayu tunggal serta menjadi salah seorang dari sepuluh pelajar perempuan didalam department mechanical engineering memang mencabar... tapi alhamdulilllah kerjasama dan respon yang amat baik diberikan oleh semua coursemate.. tq diucapkan..
10.10.10
hari ni hari anniversary ke 10 university aku kat malaysia.. jadi macam ada festival la kat sini.. tapi bagi aku event ni biasa-biasa..rasanya lebih baik x pegi dari pegi...aku cuma pegi melawat kejap je.. kata mereka ada hot air balloon.. tu yang aku pegi jgak.. ari tuh kat putrajaya ari tuh x sempat nak pegi.. hehe..
10.10.10
hari ni hari anniversary ke 10 university aku kat malaysia.. jadi macam ada festival la kat sini.. tapi bagi aku event ni biasa-biasa..rasanya lebih baik x pegi dari pegi...aku cuma pegi melawat kejap je.. kata mereka ada hot air balloon.. tu yang aku pegi jgak.. ari tuh kat putrajaya ari tuh x sempat nak pegi.. hehe..
aku dgr MYR80000 dihabiskan utk event ni.. ish2
New Home
Okay… undergraduate ni aku duduk kat luar.. Alhamdulillah walaupun dapat umah lambat sket.. tp dekat je ngan u..(dekat la jugak kalo nak bandingkan ngan kwn lain syukur)… tq bebanyak kat teman2 serumah sebab banyak membantu.. heheh dah la aku nih jenis pemalas…. Roommate aku pun memang supportive giler.. caya la korang.. yall rock bebeh!.. tp paling terima kasih kat sapika la sebab dia tolong carikan umah.. insyaAllah kita akan membina keluarga yang sakinah, mawaddah wa rohmah! hehhe (ceh cm orang kawin la plak) heheh I will put the utmost commitment to this home matter! I will insyaAllah!
ni bersama jiran sebelah sekali...
Bekalan internet
Setakat nih kitorang rompak university punye line je.. sebab jiran sebelah umah kitorang ni adalah dibawah seliaan Pioneer(pihak uni).. kira free la.. rompak2 ni kan x baik… mungkin kitorang akan bertukar ke saluran internet yang halal bila allowance dah masuk hehe
Derma darah.
ni darah aku.. separuh je dia amik kalo nak bandingkan ngan org lain..
semalam, aku pegi derma darah.. gempak giler weh.. pusat darah negara selalu je datang sni.. tp ni first time aku derma darah.. hehe.. gempak x gempak.. aku jejak kaki je kat tempat derma darah tuh aku dah pening2 dah... haha..tp aku mangat lebih semalam.. tu yang derma darah gak tuh.. hehe... tp x penuh satu bungkus la.. kurang sket.. kalo penuh satu bungkus tuh x tau la aku sampai umah ke x.. hehe.. sebab dr u ke umah aku kene jalan kaki jauh la gak..lg pun sebab 2-3 hari lepas aku x sihat sgt.. tp x makan ubat pun la.. tu yang boleh derma darah tu hehe... derma darah pun dapat sijil weh.. jgn main2 hehe.. mula2 nurse tu pakaikan alat yang pam2 tu.. nak bg ada tekanan la kat saluran darah .. pastu dia bius.. and dia cucuk jarum besar tu.. pening2 ja aku tgk.. pastu, lbih kurang 5 minit pas tuh nurse tu cabut.. darah aku dah penuh haha..
gila banyak... masa tuh x pening lagi.. masa smpi umah bru rasa pening.. smpi hari ni aku pening2 ish2..
tp kalo x derma skang.. bila lagi.. kan2.. hehe
p/s: penulis baru mengikuti ISK (ini sejarah kita).. program ni bgus .. penulis realize sebnarnye msa zaman abassiyah tu memang zaman kegemilangan kita.. bayangkan 2/3 dunia di kuasai oleh islam... dibawah pemerintahan satu amir... satu amir yang memerintah 2/3 dunia... semua orang kalo nak menuntut ilmu ni semua datang ke pusat tamadun abbasiyah di baghdad untuk menuntut ilmu.. ibnu sina pun menuntut pada zaman tuh.. kalo kawan2 nak tau ibnu sina ni bukannya orang arab tapi orang RUSIA.. gempak kan ...Islam jika diamalkan secara menyeluruh hasilnya memang gempak wei.. kalo kawan2 ada peluang untuk pegi program cm ni.. pegi la.. bes..!
Subscribe to:
Posts (Atom)






