Tuesday, December 28, 2010

Cinta~

Cinta~ saya ambil masa begitu lama untuk menulis tajuk cinta.. sejak dari mula saya membuka blog ini lagi… saya masih belum mengupas  tentang cinta… entry ini dah begitu lama dalam simpanan saya.. biarpun x ditulis saya sentiasa ingin menulis tajuk ini.. mungkin rakan2 yang lain x perasan bahawasanya saya tidak pernah menyentuh sedikitpun topic ini sepanjang blog ini membuka tirainya
Melihat blog rakan2, ramai yang telah mengupas topic yang tidak asing ini, saya juga ingin mencuba mengutara sedikit pendapat yang mungkin hanya karutan untuk pembaca sekalian. Mungkin juga sedikit sebanyak kupasan tentang topic cinta ini ada kena mengena dengan kalian.. saya memohon beribu kemaafan dari pihak pembaca sekalian, sesungguhnya saya hanya memberikan contoh untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.. mungkin juga kisah2 ini adalah salah satu persinggahan dalam perjalanan hidup saya..

Definisi cinta..

Cinta adalah salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.. satu perasaan yang akan membawa kan satu bentuk kebahagiaan dalam hati… kata orang cinta boleh membuatkan kita bersemangat.. hehe.. itulah cinta.. dan rasa dan perasaan ini juga salah satu dari beribu tanda cinta Nya kepada kita… dan kita seharusnya membalas perasaan itu kepada Allah.. agungnya cinta Allah itu tidak dpt diungkap dengan kata kata..

Cinta manusia..

Islam itu diatur Allah cantik.. syumul(menyeluruh) tiada cacat cela dan mencangkupi semua aspek kehidupan dan kematian. Itu lah sebabh Allah mengurniakan cinta sesama manusia untuk melengkapi dan menemani seorang manusia tersebut.. siapa kata Allah suruh kita beribadah kepada tanpa menghiraukan orang lain.. maksud saya tanpa memperdulikan hal dunia yang lain… Allah menyuruh kita memilih pasangan yang baik, yang soleh dan solehah, yang boleh ingat mengingatkan antara satu sama lain  untuk menemani kita sepanjang hayat .. ianya juga sebahagian dari ibadah…subhanallah indahnya islam itu..  maka sandarkan cinta itu sebaiknya…

Jodoh

“ kamu percaya pada jodoh, fahri??” kata maria,  lalu jawab fahri(aku x ingatla apa fahri ckap, seriously! Bukan nak wat lawak, tp btui2 x ingat) lalu maria kata “jodoh itu adalah dari langit”(lbih kurang la). Ujar fahri  “jodoh itu bukan dari langit tapi ..dari hati.. dekat sekali” lalu maria berkata “aku percaya kok, kalo sungai Nil dan Mesir adalah jodoh.”

Ya jodoh.. jodoh adala rahsia Allah.. tiada siapa tahu jodoh mereka… saya juga.. sebab itu ada orang cerai berai.. orang kata x de jodohkan.. maka berdoala mudah-mudahan mendapat jodoh yang terbaek!

Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama.” Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

p/s:
1.  baru2 ni penulis pulang ke kampung utk menjaga opahnya, akibat dari ceramah agama dan perkahwinan yang disampaikan oleh opah penulis setiap hari (bukan setiap hari, setiap mase), lalu penulis membuat keputusan utk mengepost entry ini..

2. hal ini terjadi kerana, sepupu sepapat penulis sudah besar dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga belaka..

3. penulis bakal menduduki peperiksaan pda bulan Januari nanti.. doakan ya!

2 comments:

Nurasyikin Mohd Noh said...

ayong, aku juga percya sma cinta deh,,(style maria~) muahaha...^^, btw, post yg best!

nurulhusnazubir said...

Huhu..baru ade kkuatan utk tulis sal cinta ya..ha..ade pape aku termiss ke??huhu..btw, slmt maju jaya ya, utk xm..moga Allah pmudahkan..ameen :)

Afifah's Money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...